Doa antara 2 khutbah Juma’at & selepas iqam

March 27, 2008 at 5:21 pm | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

 SOALAN:

1.Adakah sunnah membaca doa ketika antara 2 khutbah juma’at. Adakah boleh membaca apa2 doa ketika itu. Adakah betul waktu tersebut merupakan antara waktu yg afdhal untuk doa dimakbulkan ALLAH SWT ?

2.Saya ada mendengar seorang ustaz mengatakan selepas iqamah tidak sunat utk membaca doa seperti selepas azan. Adakah ini betul?

Sekian terima kasih.

JAWAPAN:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

a. Pada hari Jumaat memang ada satu sa’at dimana Allah swt akan mengkabulkan permintaan hambanya. Hadith riwayat Abu Hurairah ra berkata :- Abu al-Qassim  berkata :

فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّي فَسَأَلَ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ

“Pada hari Jumaat terdapat satu saat (masa), tidak seseorang Islam berdo’a pada masa tersebut dan meminta Allah sesuatu kebaikkan, melainkan akan diberikan kepadanya” [Hadith Riwayat al-Bukhari #5295 dan Muslim #852].

Walaubagaimanapun, ulama’ khilaf mengenai waktu mana pada hari Jumaat do’a tersebut di kabulkan. Ibn al-Qayyim rh menyebut bahawa terdapat dua pandangan sahih mengenainya iaitu :-

1. Waktu dimana Imam duduk diatas Mimbar sehingga berakhirnya solat Jumaat. Dari Abu Burdah ibn Abi Musa al-Asy’ari berkata : Abdullah ibn Umar ra. berkata kepada ku:-

أَسَمِعْتَ أَبَاكَ يُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَأْنِ سَاعَةِ الْجُمُعَةِ ؟ قَالَ : قُلْتُ : نَعَمْ ؛ سَمِعْتُهُ يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ ) .

“Tidakkah bapa kamu meriwayatkan dari Rasulullah  mengenai saat (khusus) pada hari Jumaat? Dia berkata : Dia telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah  berkata : Ia adalah diantara waktu Imam duduk sehinggalah selesai solat” [Hadith Riwayat Muslim #853].

2. Waktu kedua adalah yang dikatakan lebih rajih dari padangan pertama iaitu waktunya adalah selepas solat Asar pada hari Jumaat. Ini merupakan pandangan Abdullah ibn Salam, Abu Hurairah, Imam Ahmad dan lain2. Hadith dari Abu Sa’ed al-Khudri dan Abu Hurairah ra : bahawa Rasulullah  bersabda :-

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu masa dimana tidak seseorang Islam itu memohon dari Allah azza wajalla sesuatu kebaikkan melainkan Allah akan memberikan kepadanya, maka waktunya adalah selepas Asar” [Hadith riwayat Ahmad didalam Musnad #7631].

Didalam hadith riwayat Jabir ibn Abdullah ra. bahawa Rasulullah  bersabda :

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

“Hari Jumaat terdapatnya 12 jam, dimana didalamnya tidaklah seseorang Islam itu memohon kepada Allah swt sesuatu melainkan dia akan mendatangkan (memberikan) kepadanya. Maka carilah waktu akhir selepas Asar” [Hadith Riwayat Abi Daud #1048, al-Nasaa'i #1389].

Mengenai pandangan (1); iaitu waktunya adalah diantara Imam duduk diatas mimbar sehingga selesai solat. Ini tidak bermakna seseorang itu menyibukkan dirinya dengan berdo’a sehingga lalai dari mendengar khutbah Jumaat. Dia boleh mengaminkan do’a Imam (tanpa mengangkat tangan dan tanpa menyaringkan suara), dan juga boleh berdo’a ketika sujud dan sebelum memberi salam.

Dia juga boleh berdo’a pada waktu akhir solat Asar, sebagaimana pandangan (2) diatas.

b. Mengenai do’a selepas iqamah, memang tidak ada dalil yang menyebutnya. Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Torifi : tidak thabit dari Rasulullah  apa-apa bacaan/zikir atau do’a sebelum Takbir al-Ihram. Yang ada hanyalah makmum menyibukkan diri meluruskan saf [Sifatu Solaati al-Nabii , ms 45].

Sekian, wassalam

panel_feqh022.gif

sumber: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=35418

About these ads

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: