Ajar mengaji ketika haid

April 23, 2008 at 2:06 pm | Posted in SOAL JAWAB | 2 Comments
SOALAN:

Saya nak tanya hukumnya mengajar budak mengaji Al Quran semasa berada dalam haidh.

JAWAPAN:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan aiman03 dengan kadar kemampuan yang ada dan diharapkan anda juga dapat membuka minda didalam menilai jawapan berikut, Insyaallah.

Apa bila membicarakan tentang mengajar mengaji al-Quran, sudah tentu seseorang itu tidak boleh lepas dari perbuatan membaca al-Quran. Jumhur ulama’ mengatakan haram bagi wanita membaca al-Quran semasa datang haid, sehinggalah ia suci. Yang menjadi kelonggaran ialah kecuali ia menjadikan ayat-ayat al-Quran itu sebagai Zikir dan lafaz-lafaz yang tidak bermaksud untuk membaca al-Quran seperti lafaz Bismillah, Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun atau lafaz yang menjadi do’a umum.

Larangan ini berdasarkan kepada hukum yang dikenakan keatas orang yang berjunub (keadaan tidak suci akibat bersetubuh atau keluar mani), kerana kedua-dua keadaan ini memerlukan seseorang itu mandi. Ini berdasarkan dari hadith ‘Ali bin Abi Thalib ra, menurutnya bahawa “Rasulullah saw biasa mengajar Al-Quran dan tidak menegah sesiapa mempelajarinya melainkan mereka yang berada didalam keadaan junub” {أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يعلمهم القرآن وكان لا يحجزه عن القرآن إلا الجنابة}- [Hadith riwayat Abu Daud #1/281, Al-Tirmudzi #146, Al-Nasaa'i #1/144, Ibn Majah #1/207, Ahmad #1/84, Ibn Khuzaimah #1/104].

Terdapat juga didalam hadith dari Ibn ‘Umar ra, menurut apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw :

لا تقرأ الحائض ولا الجنب شيئاً من القرآن

“Wanita yang haid dan mereka yang didalam keadaan junub tidak boleh membaca apa-apa dari Al-Quran” -[hadith riwayat al-Tirmudzi #131, Ibn Maajah, 595; al-Daaraqutni (1/117); al-Baihaqi, 1/89].

Hadith ini da’if, kerana ia diriwayatkan oleh Ismail ibn ‘Ayyaash dari Hijaaziin, dan riwayat beliau adalah da’if, berkata Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah (majmu’ fatawa 21/460) : “Ia adalah hadith da’if yang disepakati oleh ulama’ hadith”. sila lihat juga Nasb al-Raayah, 1/195, al-Talkhis Al-Habeer, 1/183.

Walaubagaimanapun beberapa ulama seperti Imam Maalik, Ibn Taimiyah, Al-Sawkaani (Nayl al-Awtaar, 1/226), Al-Albani, Abdul Aziz bin Baaz, Ibn Utsaimin dsb membenarkan wanita didalam haid membaca Al-Quran. Ini berdasarkan prinsip bahawa setiap perkara itu harus kecuali ada dalil yang melarangnya. Berkata Ibn Taimiyah :

في منع الحائض من القراءة نصوص صريحة صحيحة ، وقال : ومعلوم أن النساء كن يحضن على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ولم يكن ينههن عن قراءة القرآن ، كما لم يكن ينههن عن الذكر والدعاء .

“Tidak terdapat nas yang jelas larangan wanita haid membaca Al-Quran, dan berkata lagi : Adalah maklum bahawa wanita juga datang haid semasa zaman Rasulullah saw, dan baginda tidak melarang mereka membaca al-Quran, atau berzikir kepada Allah dan membaca do’a”. (Majmu’ al-Fataawaa, 21/460)

Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz berkata :

لا حرج على الحائض والنفساء في قراءة كتب التفاسير ولا في قراءة القرآن من دون مس المصحف في أصح قولي العلماء ، أما الجنب فليس له قراءة القرآن مطلقا حتى يغتسل ، وله أن يقرأ في كتب التفسير والحديث وغيرهما من دون أن يقرأ ما في ضمنها من الآيات ، لما ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان لا يحجزه شيء عن قراءة القرآن إلا الجنابة ، وفي لفظ عنه صلى الله عليه وسلم أنه قال في ضمن حديث رواه الإمام أحمد بإسناد جيد : ( أما الجنب فلا ولا آية )

“Tidak ditegah keatas wanita datang haid dan nifas membaca kitab tafsir dan membaca Al-Quran tanpa memegang Al-Quran dan ini adalah pandangan yang paling benar dari kalangan ulama’. Bagi mereka yang berjunub dilarang baginya secara Mutlak membaca Al-Quran sehinggalah ia mandi, dan baginya boleh membaca Kitab Tafsir dan hadith dan selainnya TANPA membaca teks ayat-ayat al-Quran. Telah terbukti dari Nabi saw sesungguhnya tidak melarang dari apa-apa perkara yang berkenaan dengan Al-Quran kecuali seeorang didalam keadaan Janaabah (Junub). Dari lafaz Nabi saw bersabda didalam sebuah hadith riwayat Al-Imam Ahmad dengan sanad yang baik : “bagi mereka yang berkeadaan jubub maka Tidak dan Tidak boleh membaca satu Ayat” [Fatawa Islamiyah, 1/239].

Didalam Fatawa Al-Lajnah Al-Daa’imah yang bernombor 9402, membenarkan wanita haid mengajar Al-Quran samada tilawah ataupun tajwid, katanya :-

يجوز لك أن تقرئي القرآن وأنت حائض، وأن تعلمي الحيض التلاوة والتجويد حال الحيض، لكن دون مس للمصحف، وللحائض أن تمس كتب تفسير القرآن وتتعرف الآيات منها، في أصح قولي العلماء.

“Adalah dibolehkan untuk kamu(wanita) membaca Al-Quran semasa kamu berhaid, dan anda mengajar didalam keadaan haid subjek tilawah dan tajwid Al-Quran, akan tetapi tanpa menyentuh Al-Quran, dan bagi yang datang haid, menyentuh kitab tafsir Al-Quran dan mengetahui ayat didalamnnya dibolehkan. Ini adalah pandangan terbaik dikalangan pandangan ulama” – (Fatawa Al-Lajnah Al-Daa’imah, 4/111).

Apa yang penting dibicarakan disini ialah, ulama’ ini berpendapat bahawa wanita yang sedang didalam haid boleh membaca Al-Quran, mengajar dsb TANPA menyentuh mushaf Al-Quran itu. Bagi wanita yang didalam keadaan berjunub, dilarang sama sekali membaca dan menyentuh Al-Quran. Pandangan ini merupakan pandang yang terbaik dikalangan ulama’ dan ia juga merupakan pegangan para ahli-ahli hadith. WA.

wassalam
==============
Rujukan :

1. Dar Al-Ifta’ Al-Saudiyah. قراءة القرآن للحائض والنفساء. url : http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=5536

2. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim [penyusun]. Majmu’ Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah – 21. Makkah : Percetakan Al-Hukumah, 1969. ms 460.

3. Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li Al-Buhooth al-’Ilmiyyah wa Al-Ifta’ – 4. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua’yad, 2000. ms 111

PANEL FIQH Al-Ahkam.Net

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26595

About these ads

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Alhamdulillah,..
    ilmu yang sangat bermanfaat..
    dengan ilmu ini, syukur saya dapat meneruskan pembelajaran & pengajaran sy..

  2. syukran ats pkongsian.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: