Sunat bersetubuh malam Jumaat?

July 31, 2008 at 2:02 am | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

SOALAN:

Apakah dalil yang sahih yang menyunatkan suami isteri bersetubuh malam Jumaat?

JAWAPAN:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Berkenaan jimak pada MALAM JUMAAT, kami tidak mendapati dalil yang sahih dan jelas tentangnya. Kecuali beberapa hadis yang direka-reka Syiah kononnya Nabi SAW berwasiat kepada Ali r.a. supaya jimak pada malam-malam tertentu antaranya malam Jumaat. Wasiat ini hanya didapati dalam sumber Syiah.

Manakalah hukum sunat jimak pada PAGI JUMAAT, sebahagian ulama mengatakan sunat berjimak pada pagi Jumaat, berdasarkan kepada satu isyarat dalam hadis Nabi SAW. Iaitu:

من غسل واغتسل وغدا وابتكر ودنا من الإمام ولم يلغ كان له بكل خطوة عمل سنة صيامها وقيامها

Maksudnya: “Sesiapa yang memandikan dan mandi, keluar pada waktu pagi dan bersegera, menghampiri dengan imam dan tidak melakukan perkara yang lagha (sia-sia), maka diberikan kepadanya dengan setiap langkah amalan setahun dengan puasanya dan qiyamnya”. Direkod oleh: Abu Daud (no: 345), Tirmizi (no: 496), Nasai (no: 1381), Ibn Majah (no: 1087) dan lain-lain. Dinilai HASAN oleh Imam Nawawi dalam Majmuk 4/542.

Perkataan غسل diriwayatkan dengan dua bacaan:

i) Dengan tasydid. Bacaan ini membawa beberapa penafsiran. Antaranya: “Sesiapa yang menyebabkan isterinya wajib mandi”. Ertinya melakukan jimak dengan isterinya pada pagi Jumaat sebelum keluar ke masjid.

ii) Dengan takhfif (tanpa tasydid). Ia membawa beberapa pengertian. Antaranya ialah jimak, sebagaimana kata seorang pakar lughah al-Azhariy.(Majmuk 4/543).

Jadi, berdasarkan kedua-dua riwayat ini dengan penafsiran seperti ini, sebahagian ulama mengambil istinbat sunat jimak pada pagi Jumaat.

Walaubagaimanapun, di kalangan ahli tahqiq, yang sahih ialah riwayat takhfif (tanpa tasydid), tetapi penafsirannya ialah: membasuh kepala, BUKAN jimak.

Kata Imam Nawawi: “Yang dipilih ialah pendapat yang menjadi pilihan Imam Baihaqi dan lain-lain ulama tahqiq iaitu dibaca dengan takhfif, dan maknanya ialah: membasuh kepala. Ia dikuatkan dengan riwayat Abu Daud dalam hadis ini “Sesiapa membasuh kepalanya pada hari Jumaat dan mandi”. Abu Daud dalam Sunannya dan Baihaqi meriwayatkan tafsiran seperti ini daripada Makhul dan Said bin Abdul Aziz. Kata baihaqi: “Ia jelas dalam riwayat Abu Hurairah dan Ibn Abbas daripada Nabi SAW”. (Majmuk 4/543).

Juga terdapat satu hadis lain yang dikatakan boleh menguatkan pendapat sunat jimak pada hari Jumaat, iaitu: “Adakah lemah salah seorang kamu untuk jimak pada setiap hari Jumaat, maka baginya dua pahala; pahala mandinya dan pahala memandikan isterinya”. Direkod oleh Baihaqi dalam Syuab al-Iman, dan beliau menilainya dhaif.

Kesimpulan, hukum sunat jimak pada hari Jumaat adalah khilaf di sisi ulama.

Wallahu A’lam

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35721&sid=f421ea602e5c6c3e939fa8ce72b50134

About these ads

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: