Cara solat Witir 3 rakaat
September 5, 2008 at 9:46 pm | Posted in SOAL JAWAB | 3 CommentsSOALAN:
Ustaz, saya nak tanya tentang solat witir.
1) Sekiranya saya melakukan tiga rakaat sekaligus, adakah saya patut duduk dua tahiyat ataupun satu sahaja, yakni pada rakaat ketiga. Kerana tak silap saya ada hadith yang mengatakan Nabi saw ada buat witir dengan bilangan 3, 5 dan lebih dengan duduk satu rakaat.
2) Sekiranya saya menjadi Imam dan ingin melakukan solat witir dengan tiga rakaat sekaligus, bagaimana kah bacaan yang patut saya lakukan.
Adakah jahar pada tiga rakaat semuanya ataupun hanya dua rakaat yang pertama sahaja.
Mohon pencerahan
JAWAPAN:
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :
لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.
(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)
Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.
Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).
Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.
(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)
Bagi soalan kedua : Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)
Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah….WaAllahu A’lam
Ruj :
Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan
Taysir al-‘Allam syarh ‘umdatu al-Ahkam , Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.
sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36808&sid=a5862ebf0ef1a87b0521dbaa4e779c7c
3 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a Reply
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.










asslkum, tuan, tolong jelaskan adakah selepas witir satu rakaat akhir maka kita tidak boleh melakukan solat sunat lain kerana witir satu rakaat itu adalah penutup solat sunat pada malam berkenan melain di tambah dengan satu rakaat ganjil lagi dan lepas tu baru kita boleh melakukan solat sunat lain dan selepas sonat yang lain maka kita akhiri lagi dengan solat witir satu rakaat sebagai penutup. sila tolong perjelaskan kerana pendapat ini diperolehi dari seorang ustaz.
Comment by habib taha— September 1, 2010 #
Assalamualaikum, Tuan saya inginkan bantuan belajar solat witir yang 1 rakaat, sujud dia perlu 2 kali ke? Terima Kasih
Comment by lala— March 3, 2011 #
Assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya kepada ustaz. Soalannya adalah seorang sahabat saya iaitu seorang perempuan. Beliau ini sentiasa mengatakan bahawa beliau dapat menamatkan puasa beliau selama tiga tahun berturut2. Saya menjadi musykil kerana sebagai seorang wanita tentulah kita didatangi haid pada tiap2 bulan. Tetapi saya mengetahui bahawa rakan saya ini memakan pil untuk menahan darah haid keluar hanya semata2 untuk menamatkan puasa dan supaya dapat menunaikan solat terawih sepenuhnya. Adakah perbuatan rakan saya ini berdosa? Diharap ustaz dapat menjawab soalan saya ini.
Comment by Azra Nazrin Binti Mustapa— April 4, 2012 #