Archive for the ‘SYIAH’ Category
SANTAI: TAQIYYAH
Taqiyyah adalah merupakan satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dari Syi’ah. Taqiyyah adalah merupakan perisai yang sangat kebal dan senjata paling ampuh bagi syiah. Tanpa taqiyyah sudah pasti ajaran syiah sudah terkubur dan jauh sekali akan dapat menegakkan sebuah Negara. Pengamalan taqiyyah di kalangan syiah meliputi keseluruhan penganutnya bermula dari orang kebanyakan sehingga ulama bahkan pemimpin Negara mereka. Meninggalkan taqiyyah di sisi mereka adalah sama seperti meninggalkan sembahyang.
Apa itu taqiyyah?
Taqiyyah berdasarkan kitab-kitab syiah:
قال أبوعبدالله عليه السلام: يا معلى اكتم أمرنا ولاتذعه، فإنه من كتم أمرنا ولم يذعه أعزه الله به في الدنيا وجعله نورا بين عينيه في الآخرة، يقوده إلى الجنة، يا معلى من أذاع أمرنا ولم يكتمه أذله الله به في الدنيا ونزع النور من بين عينيه في الآخرة وجعله ظلمة تقوده إلى النار، يا معلى إن التقية من ديني ودين آبائي ولادين لمن لاتقية له
Abu Abdillah a.s. berkata: “Wahai Mu’alla! Sembunyikan urusan (agama) kami dan jangan nyatakannya, kerana sesungguhnya orang yang menyembunyikan agama kami dan tidak menyatakannya akan dimuliakan oleh Allah di dunia dan Allah akan menjadikannya sebagai cahaya di antara dua matanya di akhirat yang akan membawanya ke syurga. Wahai Mu’alla! Orang yang menyatakan agama kami dan tidak menyembunyikannya akan di hina oleh Allah di dunia dan Allah akan membuang cahaya di antara dua matanya di akhirat dan akan menjadikannya kegelapan yang mengheretnya ke neraka. Wahai Mu’alla! Sesungguhnya taqiyyah adalah agamaku dan agama datuk nenekku dan tidak ada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah”.(Usul al-Kafi jilid 2 hal 225)
عن سليمان ابن خالد قال: قال أبوعبدالله عليه السلام: يا سليمان إنكم على دين من كتمه أعزه الله ومن أذاعه أذله الله
Daripada Sulaiman bin Khalid katanya, Abu Abdillah a.s. berkata, “Wahai Sulaiman, sesungguhnya kamu berada di atas satu agama yang sesiapa yang menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyatakannya akan dihina oleh Allah”.(Usul Kafi jilid 2 hal 223)
Bahkan sesama mereka juga mereka akan saling melakukan taqiyyah sebagaimana yang diajarkan oleh tokoh-tokoh mereka (mengikut pandangan mereka bukan pandangan ASWJ). Hakikat ini didedahkan di dalam kitab rijal yang paling penting di sisi mereka yang berbunyi,
عن أبي بصير، قال سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وآله: ياسلمان لو عرض علمك على مقداد لكفر، يا مقداد لو عرض علمك على سلمان لكفر.
Daripada Abu Basir katanya, aku mendengar Abu Abdillah a.s. berkata, Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Salman, kalaulah dikemukakan ilmumu kepada Miqdad pasti Miqdad akan menjadi kufur, Wahai Miqdad! Kalaulah dikemukakan ilmumu kepada Salman pasti Salman akan menjadi kufur”. (Rijal Kasyyi j.1 hal. 48)
Dalam bahasa yang mudah taqiyyah bermakna berbohong, dusta, temberang dan semakna dengannya.
Orang yang melakukan amalan taqiyyah pada hakikatnya adalah orang yang bacul, penakut, pengecut dan sebagainya serta gelaran yang layak untuknya adalah lidah bercabang, talam dua muka, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan sebagainya.
Sifat tersebut meliputi keseluruhan penganut syiah samaada dia adalah rakyat biasa, ketua masyarakat, ulamak bahkan ketua Negara sekalipun. Kesemuanya mengaku sebagai syiah tapi andaikata ditanya tentang akidah mereka yang sebenarnya, mereka akan bertaqiyyah. Inilah sifat pengecut yang terdapat di dalam jiwa-jiwa mereka.
Mana-mana penganut syiah yang asalnya ASWJ semuanya menjadi syiah dengan cara ditaqiyyahkan. Mana-mana penganut syiah sebelum mereka menjadi syiah mereka diberitahu pada peringkat awal oleh pendakwah syiah secara taqiyyah antaranya “syiah tidak mengkafirkan sahabat, al-quran yang ada ini adalah al-quran yang benar-benar diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., bahkan dikemukakan juga kepada mereka bahawa syiah tidak mengamalkan taqiyyah”.
Apakah mereka setelah benar-benar menjadi syiah lalu menerima segala ajaran-ajaran tersebut tidak merasai bahawa mereka dulu sebelum menjadi syiah sepenuhnya telah ditemberangkan serta diperbodohkan?? Lantas mereka mahu memperbodohkan orang lain pula?? Apakah bahasa yang paling sesuai untuk mereka ini? Apakah sesuai dengan kata-kata “sudahlah bodoh nak memperbodohkan orang lain pula”.
Kedudukan taqiyyah berdasarkan kitab-kitab syiah.
Ibnu Babawaih mengatakan:“Keyakinan kami tentang taqiyyah itu adalah dia itu wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka sama dengan meninggalkan sembahyang”. [Al-I’tiqadat,hal.114].
Mereka menisbatkan kepada imam keenam Ja’far Ash-Shadiq, dia berkata, “Seandainya saya mengatakan bahawa meninggalkan taqiyyah sama dengan meninggalkan sembahyang tentu saya benar.” [Al-I’tiqadadat, hal.114]
عن أبي عبدالله عليه السلام قال: اتقوا على دينكم فاحجبوه بالتقية، فإنه لا إيمان لمن لا تقية له، إنما أنتم في الناس كالنحل في الطير لو أن الطير تعلم ما في أجواف النحل ما بقي منها شئ إلا أكلته ولو أن الناس علموا ما في أجوافكم أنكم تحبونا أهل البيت لاكلو كم بألسنتهم ولنحلوكم في السر والعلانية، رحم الله عبدا منكم كان على ولايتنا.
Muhammad Al-Kulaini berkata: “Bertaqwalah kalian kepada Allah ‘Azza wa Jalla dalam agama kalian dan lindungilah agama kalian dengan taqiyah, maka sesungguhnya tidaklah mempunyai keimanan orang yang tidak bertaqiyah. Dia juga mengatakan “Siapa yang menyebarkan rahasia berarti ia ragu dan siapa yang mengatakan kepada selain keluarganya berarti kafir.” .”[Al-KafiS 2/371,372 & 218].
Wahai penganut syiah! Kalau nak jadi syiah, jadilah syiah di kalangan keluarga anda sahaja jangan beritahu orang lain pegangan kamu tersebut. Kalau tidak bermakna anda pada hakikatnya adalah seorang kafir.
Dan kepada penyebar-penyebar ajaran syiah serta tenaga pengajar syiah, “Kalau nak mengajar jangan mengajar ajaran syiah kerana tidak boleh mendedahkan kepada orang lain tapi mengajarlah ajaran ASWJ”.
Di antara contoh pengamalan taqiyyah di kalangan imam-imam mereka (berdasarkan riwayat mereka) adalah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Kulaini di dalam kitabnya al-kafi sebagaimana berikut,
عَلِيٌّ عَنْ أَبِيهِ عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ الصَّائِغِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ مُسْلِمٍ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى أَبِي عَبْدِ اللهِ (عَلَيْهِ السَّلام) وَعِنْدَهُ أَبُو حَنِيفَةَ فَقُلْتُ لَهُ جُعِلْتُ فِدَاكَ رَأَيْتُ رُؤْيَا عَجِيبَةً فَقَالَ لِي يَا ابْنَ مُسْلِمٍ هَاتِهَا فَإِنَّ الْعَالِمَ بِهَا جَالِسٌ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى أَبِي حَنِيفَةَ قَالَ فَقُلْتُ رَأَيْتُ كَأَنِّي دَخَلْتُ دَارِي وَإِذَا أَهْلِي قَدْ خَرَجَتْ عَلَيَّ فَكَسَّرَتْ جَوْزاً كَثِيراً وَنَثَرَتْهُ عَلَيَّ فَتَعَجَّبْتُ مِنْ هَذِهِ الرُّؤْيَا فَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ أَنْتَ رَجُلٌ تُخَاصِمُ وَتُجَادِلُ لِئَاماً فِي مَوَارِيثِ أَهْلِكَ فَبَعْدَ نَصَبٍ شَدِيدٍ تَنَالُ حَاجَتَكَ مِنْهَا إِنْ شَاءَ اللهُ فَقَالَ أَبُو عَبْدِ اللهِ (عَلَيْهِ السَّلام) أَصَبْتَ وَاللهِ يَا أَبَا حَنِيفَةَ قَالَ ثُمَّ خَرَجَ أَبُو حَنِيفَةَ مِنْ عِنْدِهِ فَقُلْتُ جُعِلْتُ فِدَاكَ إِنِّي كَرِهْتُ تَعْبِيرَ هَذَا النَّاصِبِ فَقَالَ يَا ابْنَ مُسْلِمٍ لا يَسُؤْكَ اللهُ فَمَا يُوَاطِي تَعْبِيرُهُمْ تَعْبِيرَنَا وَلا تَعْبِيرُنَا تَعْبِيرَهُمْ وَلَيْسَ التَّعْبِيرُ كَمَا عَبَّرَهُ قَالَ فَقُلْتُ لَهُ جُعِلْتُ فِدَاكَ فَقَوْلُكَ أَصَبْتَ وَتَحْلِفُ عَلَيْهِ وَهُوَ مُخْطِئٌ قَالَ نَعَمْ حَلَفْتُ عَلَيْهِ أَنَّهُ أَصَابَ الْخَطَأَ قَالَ فَقُلْتُ لَهُ فَمَا تَأْوِيلُهَا قَالَ يَا ابْنَ مُسْلِمٍ إِنَّكَ تَتَمَتَّعُ بِامْرَأَةٍ فَتَعْلَمُ بِهَا أَهْلُكَ فَتُمَزِّقُ عَلَيْكَ ثِيَاباً جُدُداً فَإِنَّ الْقِشْرَ كِسْوَةُ اللُّبِّ قَالَ ابْنُ مُسْلِمٍ فَوَ اللهِ مَا كَانَ بَيْنَ تَعْبِيرِهِ وَتَصْحِيحِ الرُّؤْيَا إِلا صَبِيحَةُ الْجُمُعَةِ فَلَمَّا كَانَ غَدَاةُ الْجُمُعَةِ أَنَا جَالِسٌ بِالْبَابِ إِذْ مَرَّتْ بِي جَارِيَةٌ فَأَعْجَبَتْنِي فَأَمَرْتُ غُلامِي فَرَدَّهَا ثُمَّ أَدْخَلَهَا دَارِي فَتَمَتَّعْتُ بِهَا فَأَحَسَّتْ بِي وَبِهَا أَهْلِي فَدَخَلَتْ عَلَيْنَا الْبَيْتَ فَبَادَرَتِ الْجَارِيَةُ نَحْوَ الْبَابِ وَبَقِيتُ أَنَا فَمَزَّقَتْ عَلَيَّ ثِيَاباً جُدُداً كُنْتُ أَلْبَسُهَا فِي الأعْيَادِ وَجَاءَ مُوسَى الزَّوَّارُ الْعَطَّارُ إِلَى أَبِي عَبْدِ اللهِ (عَلَيْهِ السَّلام) فَقَالَ لَهُ يَا ابْنَ رَسُولِ اللهِ رَأَيْتُ رُؤْيَا هَالَتْنِي رَأَيْتُ صِهْراً لِي مَيِّتاً وَقَدْ عَانَقَنِي وَقَدْ خِفْتُ أَنْ يَكُونَ الأجَلُ قَدِ اقْتَرَبَ فَقَالَ يَا مُوسَى تَوَقَّعِ الْمَوْتَ صَبَاحاً وَمَسَاءً فَإِنَّهُ مُلاقِينَا وَمُعَانَقَةُ الأمْوَاتِ لِلأحْيَاءِ أَطْوَلُ لأعْمَارِهِمْ فَمَا كَانَ اسْمُ صِهْرِكَ قَالَ حُسَيْنٌ فَقَالَ أَمَا إِنَّ رُؤْيَاكَ تَدُلُّ عَلَى بَقَائِكَ وَزِيَارَتِكَ أَبَا عَبْدِ اللهِ (عَلَيْهِ السَّلام) فَإِنَّ كُلَّ مَنْ عَانَقَ سَمِيَّ الْحُسَيْنِ يَزُورُهُ إِنْ شَاءَ اللهُ.
Muhamad bin Muslim berkata: “Aku masuk untuk menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq a.s.). Pada ketika itu disisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya: “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh.” Maka beliau pun berkata kepadaku: “Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada orang yang arif tentangnya di sini.” Sambil dia mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan: “Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan membawa banyak buah badam dan dihamburkannya buah badam itu kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini.”
Maka Abu Hanifah pun menta’birkan mimpiku dengan berkata: “Engkau akan bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah engkau akan mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah.” Mendengar ta’bir itu Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata: “Demi Allah! Tepat ta’birmu itu, wahai Abu Hanifah!” Berkata Muhamad bin Muslim: “Tak lama kemudian Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku berkata kepadanya: “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada ta’bir nasib ini.” Lalu ia berkata: “Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah tidak memburukkan padahmu! Ta’bir mereka tidak akan menepati ta’bir kita dan ta’bir kita pula tidak akan menepati ta’bir mereka, ta’bir mimpiku yang sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya.”
Muhammad bin Muslim berkata: “Aku pun berkata kepadanya (Jaafar as-Sadiq): “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu tadi, “Tepat ta’birmu” dan engkau besumpah pula atas ta’birnya padahal dia salah?” Beliau berkata: “Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia tepat, tetapi tepat salah.” (al-Kafi, jilid 8 Hal. 292).
وروي ” أن العلة في ذلك أن الله تعالى فرض على الناس خمس صلوات فجعل من كل صلاة فريضة للميت تكبيرة ” ومن صلى على المرأة وقف عند صدرها، وليس في الصلاة على الميت تسليم إلا في حال التقية.
Dan diriwayatkan bahawa sebab di dalam perkara tersebut (takbir untuk sembahyang mayat) bahawa Allah taala telah memfardhukan kepada manusia lima sembahyang lalu dia menjadikan setiap daripada sembahyang sebagai kefardhuan takbir untuk mayat. Dan sesiapa yang menyembahyangkan seorang perempuan dia berdiri dekat dadanya, tiada salam di dalam sembahyang mayat kecuali dalam keadaan taqiyyah.(man la yahdhurul faqih j.1 hal 165)
عن ابن أبي يعفور قال: قال أبوعبدالله عليه السلام: من أذاع علينا حديثنا سلبه الله الايمان.
يونس بن يعقوب، عن بعض أصحابه، عن أبي عبدالله عليه السلام قال: ما قتلنا من أذاع حديثنا قتل خطاء ولكن قتلنا قتل عمد.
Daripada Yunus bin Yaa’kub daripada sebahagian sahabat-sahabatnya dari Abi Abdillah a.s. katanya, “Orang yang menyatakan hadis kami tidak membunuh kami secara tersilap tetapi dia telah membunuh kami secara sengaja”. (Usul kafi j2 ms371)
Entah sudah berapa ramai penganut syiah yang telah membunuh dengan sengaja imam-imam mereka!!
Pelik sekali satu agama yang mendakwa agama yang datangnya dari langit melalui Nabi s.a.w. mengajarkan suatu ajaran yang budak kecil pun merasa jelik untuk melakukannya. Amalan yang langsung tidak bersesuaian dengan fitrah manusia. Tidak ada suatu agamapun yang mengajarkan pengikutnya supaya berbohong dan bersifat pengecut seperti yang diajarkan oleh syiah ini. Malu rasanya nak mengakui agama yang bergelar Islam ini dan datangnya dari Allah taala dengan disokong kitab suci dari langit tiba-tiba mengajarkan satu ajaran yang begitu keji ini. Penganut mana-mana agamapun akan mengajarkan orang bawahannya terutamanya ibubapa kepada anaknya dari kecil lagi supaya jangan berbohong, tiba-tiba sebuah agama mengajarkan amalan ini!!! Sungguh-sungguh memalukan dan memualkan.
sumber: http://www.abunaaielah.blogspot.com/
Menjawab Syi’ah: Hadis 12 Khalifah
Di antara hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab ASWJ yang sering dijadikan hujah oleh golongan Syi’ah untuk menguatkan pegangan mereka adalah hadis 12 khalifah yang terdapat di dalam kitab seperti Sahih Muslim, Jami’ Termizi, Sunan Abi Daud. Sebelum membincangkan berkenaan kebenaran dakwaan mereka kita lihat hadis-hadis tersebut.
حدثنا ابن أبي عمر. حدثنا سفيان عن عبدالملك بن عمير، عن جابر بن سمرة. قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول (لا يزال أمر الناس ماضيا ما وليهم اثنا عشر رجلا. ثم تكلم النبي صلى الله عليه وسلم بكلمة خفيت علي. فسألت أبي: ماذا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال كلهم من قريش
حدثنا نصر بن علي الجهضمي. حدثنا يزيد بن زريع. حدثنا ابن عون. ح وحدثنا أحمد بن عثمان النوفلي (واللفظ له). حدثنا أزهر. حدثنا ابن عون عن الشعبي، عن جابر بن سمرة. قال: انطلقت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعي أبي. فسمعته يقول (لا يزال هذا الدين عزيزا منيعا إلى اثني عشر خليفة) فقال كلمة صمنيها الناس. فقلت لأبي: ما قال؟ قال (كلهم من قريش).
Daripada Jabir bin Samurah r.a. katanya, “Aku pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan ayahku bersamaku, lalu aku mendengar Baginda bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga ke dua belas orang khalifah, lalu Baginda berkata dengan kalimah yang orang ramai tidak mendengarnya, maka aku berkata kepada ayahku, “Apakah yang Baginda katakan? Ayahku menjawab, “Semua mereka dari Quraisy”.(Riwayat Muslim)
حدثني محمد بن المثنَّى: حدثناغندر: حدثنا شعبة، عن عبد الملك: سمعت جابر بن سمرة قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (يكون اثنا عشر أميراً فقال كلمة لم أسمعها، فقال أبي: إنه قال: (كلهم من قريش.
Jabir bin Samurah r.a. berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Akan ada dua belas orang amir, lalu baginda berkata dengan kalimah yang aku tidak dengarinya, ayahku berkata, ”Semuanya mereka dari Quraisy”. (Riwayat Termizi).
ـ حدثنا عمرو بن عثمان، ثنا مروان بن معاوية، عن إسماعيل يعني ابن أبي خالد عن أبيه، عن جابر بن سمرة قال: سمعت رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم يقول: “لايزال هذا الدِّين قائماً حتى يكون عليكم اثنا عشر خليفةً، كلهم تجتمع عليه الأمة” فسمعت كلاماً من النبيِّ صلى اللّه عليه وسلم لم أفهمه، قلت لأبي: ما يقول؟ قال: كلهم من قريش.
Daripada Jabir bin Samurah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Agama ini akan terus teguh sehingga memerintah kamu seramai dua belas orang khalifah, semua mereka ini disepakati oleh ummat”. (Riwayat Abi Daud)
Golongan Syi’ah mengatakan 12 khalifah atau amir yang terdapat di dalam hadis tersebut adalah 12 imam maksum di sisi mereka. Ulama-ulama ASWJ menolak pendapat mereka dengan beberapa hujah. Antaranya adalah:
Pertama: Di dalam hadis tersebut Nabi s.a.w. menggunakan kalimah amir atau khalifah dan tidak ada satupun riwayat yang menyebutkan kalimah imam dengan mufrad atau aimmah dengan lafaz jama’.
Kalau dipandang kepada kalimah sahajapun ianya sama sekali tidak menepati imam-imam Syi’ah kerana kalimah amir atau khalifah digunakan kepada pemerintah. Sedangkan di kalangan imam-imam Syi’ah hanya dua org sahaja yang menjadi pemerintah.
Kedua: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 orang khalifah atau amir”.
Di sisi ASWJ sememangnya agama Islam begitu gemilang selama pemerintahan 12 orang khalifah bermula dari zaman khalifah pertama Abu Bakar as-Siddiq r.a. sehingga 12 orang khalifah.
Bukankah di zaman-zaman tersebut musuh-musuh Islam begitu gerun dengan kekuatan kerajaan Islam sehingga mereka tidak mampu untuk memerangi umat Islam? Bukankah itu buktinya Islam begitu mulia dan teguh?
Namun begitu musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri bilamana mereka tidak dapat memerangi umat Islam pada ketika itu tapi dendam yang bersarang di hati mereka mendorong mereka untuk merosakkan sejarah gemilang umat Islam tersebut. Lalu tersebarlah cerita-cerita dari mereka-mereka yang jahat dan bermaksud utk menggelapkan sejarah gemilang umat islam di zaman awal Islam seperti cerita-cerita antaranya yang memburukkan khalifah umat Islam Mu’wiyah r.a. serta anaknya Yazid.
Dengan itu hadis ini memang tepat untuk dua belas khalifah di kalangan ASWJ dan sememangnya hadis ini merupakan salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w. selepas kewafatannya.
Dan juga jikalau dilihat kepada hadis ini iaitu “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 org khalifah atau amir”.
Maka ianya langsung tidak tepat untuk imam-imam Syi’ah kerana:
Mengikut Syi’ah, Imamah (iaitu zaman dua belas imam) berlangsung sehingga kini dengan mereka mengatakan zaman ini adalah zaman imam yang kedua belas mereka iaitu Muhammad bin Hasan al-‘Askari yang diberi gelaran al-Qaaim serta merupakan imam mahdi mereka (sekarang ini masih lagi ghaib entah akan keluar atau tidak,mungkin takut kena bunuh oleh Syi’ah sendiri kot).
Kalau kita melihat kepada hadis tersebut yang berbunyi, “agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 orang khalifah atau amir” bermakna ianya langsung tidak bertepatan dengan pegangan Syi’ah kerana zaman imam ke 12 mereka (sekarang bahkan bermula seribu tahun dulu lagi) bukanlah merupakan zaman kegemilangan, kemulian, keteguhan Islam tapi zaman kini adalah merupakan zaman kelemahan, kehinaan umat islam.
Ketiga: Sabda Rasulullah s.a.w, “Semua mereka dari Quraisy”.
Andaikata ianya bertepatan dengan pegangan Syi’ah nescaya Nabi s.a.w. akan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan akan berkata, “Ianya dari kalangan ahlul baitku”.
Dan kalau diperhatikan kepada hadis ini ianya memang bertepatan dengan pegangan ASWJ di mana 12 khalifah tersebut sememangnya dari kalangan Quraisy dan berasal dari berbagai-bagai kabilah Quraisy. Kerana itu Nabi s.a.w. mengatakan, “Semuanya dari Quraisy yang menunjukkah kepelbagaian keluarga serta kabilah mereka bukannya dari satu keluarga atau satu kabilah.
Kesimpulannya kalau diperhatikan kepada hadis tersebut langsung tidak terdapat isyarat apatah secara jelas perlantikan imam-imam ahlul bait sebagai imam maksum serta wajib ditaati sebagaimana mengikut fahaman Syi’ah.
Wallahua’lam.
Syiah dan al-Quran
SYI’AH DAN AL-QURAN
Oleh: Ahmad Nasim bin Abdul Rauf (darulkautsar.com)
Di antara peranan yang dimainkan oleh Syi’ah dalam usaha untuk memesongkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah dengan mendakwa bahawa al-Quran yang ada ini telahpun diselewengkan, ditokok-tambah, dikurangkan dan seumpamanya.
Kepercayaan ini adalah merupakan dharuriat aliran Syi’ah sebagaimana yang disebutkan oleh Sayyid Hashim al-Bahrani seorang ahli tafsir Syi’ah dengan katanya. “Saya yakin tentang benarnya (fahaman tentang al-Quran sudah diseleweng dan ditokok tambah) setelah diselidiki dan dikaji riwayat-riwayat dan atsar-atsar sehingga kita boleh memutuskan bahawa kepercayaan kepada perkara ini adalah salah satu daripada dharuriat aliran Syi’ah.(Al-Burhan fi Tafsiri al-Quran – Muqaddimah Fasal 4,halaman 49)
Di dalam kertas kerja ini kita akan membincangkan beberapa tajuk berkenaan penyelewengan al-Quran di sisi Syi’ah.
- Mengapa Syi’ah tidak boleh menerima bahawa al-Quran yang terdapat di tangan orang-orang Islam kini adalah al-Quran yang asli sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
- Riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab utama Syi’ah berkenaan tahrif al-Quran.
- Mushaf-mushaf yang lain selain dari al-Quran di sisi Syi’ah.
- Pengakuan ulama Syi’ah tentang adanya akidah tahrif al-Quran di sisi Syi’ah.
- Bentuk tahrif al-Quran di sisi Syi’ah.
5.1. Tahrif dari segi susunan al-Quran dengan mengasingkan suatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya.
5.2. Tahrif dari segi makna.
5.3. Tahrif dari segi lafaz.
1. Mengapa Syi’ah tidak boleh menerima bahawa al-Quran yang terdapat di tangan orang-orang Islam kini adalah al-Quran yang asli sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
1.1. Kerana kepercayaan mereka bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang merupakan pengumpul al-Quran telahpun murtad sepeninggalan Baginda s.a.w. bahkan mereka merupakan golongan manusia yang paling jahat di sisi Syi’ah. Apakah tidak mungkin golongan yang begitu jelek pekerti mereka akan merubah isi kandungan al-Quran apatah lagi di dalam al-Quran penuh dengan pujian-pujian terhadap para sahabat r.a. Bahkan andaikata Syi’ah mendakwa al-Quran yang dihimpunkan dan diwarisi turun temurun oleh Imam-imam maksum mereka itulah al-Quran yang terpelihara maka kita akan mengatakan kepada mereka, “Apakah kamu percaya kepada al-Quran yang diwarisi turun-temurun oleh Imam-imam kamu itu terpelihara dan mereka (imam-imam) akan menjaganya tanpa melakukan sebarang perubahan, sedangkan mereka merupakan golongan yang berpegang kepada ajaran taqiyyah (bohong) serta mengatakan bahawa taqiyyah itu adalah ajaran yang penting dalam ajaran Syi’ah sehingga menjadi sembilan persepuluh daripada agama, apakah mereka (imam-imam) akan menyampaikan al-Quran ini kepada kamu tanpa sebarang taqiyyah?”
1.2. Di dalam al-Quran penuh dengan pujian terhadap sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan golongan Syi’ah berpegang kepada akidah takfir as-sahabat (akidah mengal-Kafirkan para sahabat).
1.3. Kerana begitu banyak riwayat-riwayat yang sahih di sisi Syi’ah daripada Imam-imam maksum sehingga melebihi dua ribu riwayat bahawa al-Quran yang terdapat di tangan umat Islam kini telahpun diselewengkan. Bahkan tidak ada satupun riwayat daripada Imam-imam maksum mereka yang menyebutkan bahawa al-Quran inilah yang asli terpelihara daripada sebarang penyelewengan.
1.4. Golongan Syi’ah percaya Imamah termasuk salah satu aqidah penting mereka. Seseorang yang tidak menerimanya dianggap sebagai al-Kafir. Oleh kerana tidak terdapat di dalam al-Quran satu ayat pun yang dengan jelas menunjukkan keimanan kepada 12 orang Imam mereka, maka mereka mengadakan kepercayaan bahawa al-Quran yang ada ini telah diubah dan diselewengkan daripada asal untuk membenarkan aqidah mereka. Ini dapat dilihat dari kenyataan yang dinukilkan oleh Sayyid Mohsein al-Kasyani yang berbunyi:
وفي تفسير العياشي عن أبي جعفر عليه السلام قال:لولا إنه زيد في كتاب الله ونقص ما خفي حقنا على ذي حجى
Bermaksud: di dalam tafsir al-‘Ayasyi pengarangnya yang merupakan seorang ahli tafsir yang besar di sisi Syi’ah telah menyebutkan satu riwayat dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Sekiranya tidak berlaku tokok tambah di dalam kitab Allah, tentulah tidak tersembunyi hak kami (hak Imamah) kepada orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Tafsir as-Shafi – Muqaddimah Keenam – hal 10).
2. Riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab utama Syi’ah berkenaan tahrif al-Quran.
2.1. Al-Kulaini yang diberikan gelaran thiqatul Islam (orang yang sangat dipercayai dalam Islam) telah membuat satu bab dalam kitabnya Al-Al-Kafi yang berbunyi, “Bab tidaklah mengumpulkan al-Quran kesemuanya kecuali imam-imam a.s. dan mereka mengetahui kesemua ilmu”, lalu mengemukakan beberapa banyak riwayat daripada imam-imam maksum mereka berkenaan tahrif al-Quran, antaranya:
عن جابر قال: سمعت أبا جعفر عليه السلام يقول: ما ادعى أحد من الناس أنه جمع القرآن كله كما أنزل إلا كذاب، وما جمعه وحفظه كما نزله الله تعالى إلا علي بن أبي طالب عليه السلام والائمة من بعده عليهم السلام
Bermaksud: Daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja’far a.s. berkata: “Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al-Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali Ali bin Abi Talib a.s. dan imam-imam selepasnya a.s.”(Usul Al-Kafi jilid 1 ms. 228)
2.2. Di tempat yang lain Al-Kulaini mengemukakan riwayat berkenaan pengumpulan al-Quran yang sebenar oleh Sayyidina Ali r.a. sebagaimana berikut:
عن سالم بن سلمة قال: قرأ رجل على أبي عبدالله عليه السلام وأنا أستمع حروفا من القرآن ليس على ما يقرؤها الناس، فقال أبوعبدالله عليه السلام: كف عن هذه القراءة اقرأ كما يقرأ الناس حتى يقوم القائم فإذا قام القائم عليه السلام قرأ كتاب الله عزو جل على حده وأخرج المصحف الذي كتبه علي عليه السلام وقال: أخرجه علي عليه السلام إلى الناس حين فرغ منه وكتبه فقال لهم: هذا كتاب الله عزوجل كما أنزله [الله] على محمد صلى الله عليه وآله وقد جمعته من اللوحين فقالوا: هو ذا عندنا مصحف جامع فيه القرآن لا حاجة لنا فيه، فقال أما والله ما ترونه بعد يومكم هذا أبدا، إنما كان علي أن اخبركم حين جمعته لتقرؤوه.
Bermaksud: Daripada Salim bin Salamah katanya: “Ada seorang membaca al-Quran kepada Abi Abdillah a.s. dan aku mendengar dengan teliti beberapa ayat al-Quran bukan sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai, lalu Abu Abdillah a.s. berkata, “Berhentilah daripada bacaan sebegini, bacalah sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai sehingga bangkit Al-Qaim (imam mahdi), bilamana Al-Qaim a.s. bangkit dia akan membaca kitab Allah ‘Azzawajalla yang sebenar dan dia akan mengeluarkan mushaf yang ditulis oleh Ali a.s. Abu Abdillah a.s. berkata lagi, “Ali a.s. telah mengeluarkan al-Quran tersebut kepada orang ramai (sahabat-sahabat) setelah dia selesai daripada menghimpunkan dan menulisnya lalu dia berkata kepada mereka, “Ini adalah kitab Allah ‘Azzawajalla sebagaimana yang Ia turunkan kepada Muhammad s.a.w. dan aku telah himpunkannya daripada dua lauh.” Maka mereka (sahabat-sahabat) berkata, “Ini di sisi kami telahpun ada mushaf yang terhimpun di dalamnya al-Quran, kami tidak lagi berhajat kepadanya.” Lalu dia (Ali a.s.) berkata, “Ketahuilah demi Allah! Kamu tidak akan dapat melihatnya selama-lamanya selepas hari ini, kewajipan atasku hanyalah menceritakan kepada kamu setelah aku menghimpunkannya supaya kamu membacanya”. (Usul Al-Kafi jilid 2 ms. 633).
2.3. Di dalam “Bashaair ad-Darajat” pengarangnya yang merupakan salah seorang murid imam yang kesebelas di sisi Syi’ah iaitu Hasan Al-Askari a.s. telah mengemukakan satu riwayat yang berbunyi:
عن جابر قال: قال أبو جعفر (ع): دعا رسول الله أصحابه بمنى، فقال:
يا أيها الناس! إني تارك فيكم حرمات الله: وعترتي، والكعبة البيت الحرام ثم قال أبو جعفر: أما كتاب الله فحرفوا، وأما الكعبة فهدموا، وأما العترة فقتلوا.
Bermaksud: Daripada Jabir katanya, Abu Jaa’far a.s. berkata: Rasulullah s.a.w. telah menyeru sahabat-sahabatnya di Mina lalu berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan di kalangan kamu beberapa perkara yang diharamkan oleh Allah, Ithrahku (ahlul bait) dan ka’bah baitullahil haram. Kemudian Abu Jaa’far a.s. berkata, “Adapun kitab Allah maka mereka telah menyelewengkannya, adapun ka’bah mereka telah merobohkannya dan adapun ahlul bait mereka telah membunuhnya”. (Muhammad bin Hasan, Bashaair ad-Darajat juz 8 bab yang ke tujuh belas).
Dan banyak lagi riwayat-riwayat dari imam-imam maksum di sisi Syi’ah yang menyebutkan berkenaan penyelewengan al-Quran di dalam kitab-kitab utama mereka seperti Tafsir al-’Aiyyasyi, Tafsir al-Qummi, Al-Anwar An-Nu’maniyyah dan lain-lain lagi.
3. Mushaf-mushaf yang lain selain dari al-Quran di sisi Syi’ah.
Golongan Syi’ah juga mempercayai tentang adanya mushaf-mushaf yang lain selain daripada al-Quran. Muhammad bin Ya’kub Al-Kulaini telah mengemukakan di dalam al-Al-Kafi beberapa riwayat berkenaan mushaf-mushaf tersebut. Antara mushaf-mushaf berikut adalah,
3.1. Mushaf Fatimah.
عن حماد بن عثمان قال: سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: تظهر الزنادقة في سنة ثمان وعشرين ومائة وذلك أني نظرت في مصحف فاطمة عليها السلام، قال: قلت: وما مصحف فاطمة؟ قال: إن الله تعالى لما قبض نبيه صلى الله عليه وآله دخل على فاطمة عليها السلام من وفاته من الحزن ما لا يعلمه إلا الله عزوجل فأرسل الله إليها ملكا يسلي غمها ويحدثها، فشكت ذلك إلى أمير المؤمنين عليه السلام فقال: إذا أحسست بذلك وسمعت الصوت قولي لي فأعلمته بذلك فجعل أمير المؤمنين عليه السلام يكتب كلما سمع حتى أثبت من ذلك مصحفا قال: ثم قال: أما إنه ليس فيه شئ من الحلال والحرام ولكن فيه علم ما يكون.
Daripada Hammad bin Uthman katanya, aku mendengar Abu Abdillah a.s. berkata, “Telah nyata golongan-golongan Zindiq pada tahun seratus dua puluh lapan dan perkara tersebut aku dapatinya dalam mushaf Fatimah a.s. Dia (perawi) itu berkata: “Apakah itu mushaf Fatimah?” Abu Abdillah a.s. menjawab, “Sesungguhnya Allah Taala tatkala Ia mewafatkan Nabi-Nya s.a.w. maka Fatimah a.s. telah ditimpa kesedihan yang bersangatan, hanya Allah ‘Azzawajalla sahaja yang mengetahuinya. Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya untuk menghilangkan kedukaan dan berbicara dengannya. Maka beliau a.s. telah mengadu perkara tersebut kepada Amirul Mukminin a.s. (Ali) lalu Ali a.s berkata, “Bilamana engkau merasa demikian dan mendengar suara, beritahulah aku. Maka Fatimah a.s. pun memberitahunya lalu Amirul Mukminin a.s. mula menulis tatkala dia mendengarnya sehingga beliau dapat menjadikannya sebagai satu mushaf”. Perawi (Hammad) pun berkata, “Kemudian Abu Abdillah a.s. berkata: Ketahuilah sesungguhnya tidak ada sedikitpun di dalamnya berkaitan halal dan haram tetapi di dalamnya adalah ilmu sesuatu yang akan datang”.(Usul Al-Kafi jilid 2 ms 241)
3.2. Al-Jufr.
عن الحسين ابن أبي العلاء قال: سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: إن عندي الجفر الابيض، قال: قلت: فأي شئ فيه؟ قال: زبور داود، وتوراة موسى، وإنجيل عيسى، وصحف ابراهيم عليهم السلام والحلال والحرام
Daripada Husain bin Abil ‘Ala’ katanya, “Aku mendengar Abu Abdillah a.s. berkata, “Sesungguhnya kita mempunyai Al-Jufr al-Abyadh”. Perawi itu berkata, “Apakah yang terdapat di dalamnya?” Abu Abdillah a.s. menjawab, “Zabur Daud, Taurat Musa, Injil Isa, Suhuf-suhuf Ibrahim a.s. serta perkara halal dan haram”.(ibid)
Dalam riwayat yang lain Imam Jaa’far As-Sadiq diriwayatkan berkata:
ثم قال: وإن عندنا الجفر وما يدريهم ما الجفر؟ قال قلت: وما الجفر؟ قال: وعاء من أدم فيه علم النبيين والوصيين، وعلم العلماء الذين مضوا من بني إسرائيل
Bermaksud: Kemudian Beliau (Imam Jaa’far a.s.) berkata, “Sesungguhnya kamu mempunyai al-Jufr, apakah mereka mengetahui apa itu al-Jufr”? Perawi berkata, “Apa itu al-Jufr”? Beliau a.s. menjawab, “Satu bekas daripada kulit yang di dalamnya terdapat ilmu nabi-nabi dan para wasi serta ilmu ulamak-ulamak yang lalu dari kalangan Bani Israil”.(ibid)
3.3. Al-Jami’ah.
قال: ثم قال: يا أبا محمد وإن عندنا الجامعة وما يدريهم ما الجامعة؟ قال: قلت: جعلت فداك وما الجامعة؟ قال: صحيفة طولها سبعون ذراعا بذراع رسول الله صلى الله عليه وآله وإملائه من فلق فيه وخط علي بيمينه، فيها كل حلال وحرام وكل شئ يحتاج الناس إليه حتى الارش في الخدش
Ringkasan daripada riwayat yang panjang bermaksud: Perawi (Abu Basir) berkata: “Kemudian beliau (Imam Jaa’far As-Sadiq) berkata, “Wahai Abu Muhammad! Sesungguhnya kami mempunyai al-Jami’ah, apakah mereka mengetahui apa itu al-Jami’ah? Perawi berkata, “Apakah itu al-Jami’ah? Beliau (Imam Jaa’far a.s.) berkata, “Satu shahifah yang panjangnya tujuh puluh hasta Rasulullah s.a.w. dan Baginda s.a.w. menyampaikannya dari belahan mulutnya dan Ali a.s. menulis dengan tangan kanannya, di dalamnya terdapat setiap perkara halal, haram dan setiap sesuatu yang diperlukan oleh manusia sehingga diyat dalam kes luka (ibid)
4. Pengakuan ulama Syi’ah tentang adanya akidah tahrif al-Quran di sisi Syi’ah.
4.1. Ali bin Ibrahim al-Qummi pengarang kitab tafsir tertua di sisi Syi’ah menyebutkan di dalam mukaddimahnya:
فالقرآن منه ناسخ، ومنه منسوخ، ومنه محكم، ومنه متشابه، ومنه عام، ومنه خاص، ومنه تقديم، ومنه تأخير، ومنه منقطع، ومنه معطوف، ومنه حرف مكان حرف، ومنه على خلاف ما انزل الله
Bermaksud: Al-Quran di antara ayatnya ada yang memansukhkan, ada yang dimansukhkan, ada yang muhkam dan ada yang mutasyabih, ada yang umum dan ada yang khusus, ada yang terdahulu dan ada yang terkemudian, ada yang terputus dan ada yang bersambung, ada yang diletakkan satu huruf di tempat satu huruf yang lain dan di antaranya ada yang berlainan dari apa yang diturunkan oleh Allah Taala.(Tafsir Al-Qummi, Mukaddimah juz 1 mukasurat 6)
Bahkan pentahqiq kepada kitab tafsir tersebut menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “Ada yang berlainan dari apa yang diturunkan oleh Allah Taala” dengan katanya:
مراده رحمه الله منه الآيات التي حذفت منها الفاظ على الظاهر كالآيات التي نزلت في امير المؤمنين عليه السلام مثل قوله تعالى ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام)
Maksud Imam al-Qummi adalah antaranya ayat-ayat yang dibuang daripadanya lafaz-lafaz secara zahir (penyelewengan pada lafaz al-Quran itu sendiri bukan maknanya) seperti ayat-ayat yang turun berkenaan Amirul Mukminin Ali a.s. seperti firman Allah Taala “ ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام)“.
4.2. Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi menukilkan kata-kata Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu’maniyyah yang berbunyi:
أن الأصحاب قد أطبقوا على صحة الأخبار المستفيضة بل المتواترة الدالة بصريحها على وقوع التحريف في القرآن
Bermaksud: “Sesungguhnya tokoh-tokoh Syi’ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab m.s. 31)
4.3. Allamah Muhammad Baqir Al-Majlisi telah mengemukakan dalil dari segi pandangan logik yang menunjukkan berlakunya tahrif dalam al-Quran di mana beliau berkata:
والعقل يحكم بأنه إذا كان القرآن متفرقا منتشرا عند الناس وتصدى غير المعصوم لجمعه يمتنع عادة أن يكون جمعة كاملا موافقا للواقع، لكن لا ريب في أن الناس مكلفون بالعمل بما في المصاحف وتلاوته حتى يظهر القائم وهذا معلوم متواتر من طريق أهل البيت..عليهم السلام وأكثر أخبار هذا الباب مما يدل على النقص والتغيير
Bermaksud: Akal menghukum bahawa bilamana al-Quran itu berselerak dan bertebaran di sisi orang ramai dan orang yang tidak maksum tampil untuk menghimpunkannya maka dari segi adatnya terhalang untuk menjadi satu himpunan yang sempurna serta menepati kenyataan, akan tetapi tidak diragui lagi bahawa manusia ditaklifkan supaya beramal dengan apa yang terdapat di dalam mushaf-mushaf dan membacanya sehingga Al-Qaim (imam Mahdi Syi’ah) muncul. Ini merupakan suatu yang sudah dimaklumi serta mutawatir melalui jalan ahlul bait a.s. dan kebanyakan hadis-hadis berkenaan bab ini menunjukkan kepada berlakunya pengurangan dan perubahan (dalam al-Quran). (Mir’atul ‘Uqul Fi Syarhi Ahadisir Rasul jilid 1 m.s. 171)
Dan ramai lagi ulamak Syi’ah yang menerima bahawa telah berlakunya tahrif di dalam al-Quran seperti Syeikh Mufid di dalam Awailul Maqaalat hal 13, At-Thabarsi di dalam Al-Ihtijaj jilid 1 hal. 370, Al-Kasyani di dalam mukaddimah Tafsir As-Shafi, Abul Hasan Al-Amili di dalam mukaddimah Tafsir Mir’atul Anwar dan lain-lain lagi.
5. Bentuk tahrif al-Quran di sisi Syi’ah.
5.1. Tahrif dari segi susunan al-Quran dengan mengasingkan sesuatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya.
Golongan Syi’ah sering menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran demi untuk menyesuaikan al-Quran dengan pegangan mereka dan bukannya hendak menyesuaikan pegangan mereka dengan al-Quran. Kerana itulah mereka sering memutuskan hubungan sesuatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya supaya ayat tersebut bersesuaian dengan fahaman mereka sedangkan yang sebenarnya (sepertimana yang difahami Ahlus Sunnah) ayat-ayat al-Quran saling ada hubungan antara satu sama lain seperti contohnya:
5.1.1. Ayat 33 surah al-ahzab yang berbunyi:
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Bermaksud: Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Syi’ah mengatakan ayat ini langsung tidak ada kena mengena dengan ayat-ayat sebelum dan selepasnya dengan mengatakan ayat ini diturunkan oleh Allah Taala khusus untuk dua belas orang imam maksum mereka. Sedangkan ayat sebelum dan selepasnya bermula dari ayat ke 28 hingga 34 adalah membicarakan tentang isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
5.1.2. Surah An-Nisa’ ayat ke 24 yang berbunyi:
فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً
Bermaksud: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah)
Syi’ah mengatakan ayat ini turun berkenaan nikah mut’ah (kahwin kontrak) dan tidak ada perkaitannya dengan ayat sebelum dan selepasnya sedangkan kalau diperhatikan kepada ayat-ayat sebelumnya bermula dari permulaan surah An-Nisa’ lagi ianya mengisyaratkan kepada pernikahan yang berkekalan. Andaikata ayat ini turun berkenaan nikah mut’ah maka akan cacatlah susunan ayat ini jika dipandang kepada ayat sebelum dan selepasnya. Kerana jika dilihat kepada ayat sebelumnya bermula dari ayat ke tujuh lagi, ianya membicarakan berkenaan dengan hukum warisan atau pusaka yang berkait rapat dengan perkahwinan yang berkekalan dan begitulah ayat seterusnya juga berkenaan hukum perkahwinan yang berterusan . Apatah lagi dalam ayat itu sendiri pun tidak ada isyarat yang menunjukkan kepada perkahwinan bertempoh iaitu nikah mut’ah.
5.1.3. Surah Al-Maidah ayat ke 3:
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Bermaksud: Pada hari ini, orang-orang al-Kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah meredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Syi’ah mengatakan potongan ayat ini letaknya di tempat yang salah susunannya kerana mereka mengatakan kalau diperhatikan kepada keseluruhan ayat ini maka kita akan dapati permulaan ayat membahaskan berkenaan halal serta haram dalam bab makanan, tetapi tiba-tiba perbahasannya berubah kepada perbahasan tentang putus asanya orang-orang al-Kafir terhadap orang-orang Islam sebagaimana ayat yang dikemukakan di atas. Seterusnya ayat selepas itu juga membicarakan berkenaan dengan halal haram dalam makanan. Ini menunjukkan berlakunya kesilapan dalam menyusun al-Quran dan tidak mungkin kitab suci yang turunnya dari langit akan berlaku kesilapan yang seperti ini.
Sebenarnya tidak berlaku pun kesilapan dalam susunan ayat tersebut. Kalau kita perhatikan kepada keseluruhan ayat tersebut kita akan dapati Allah Taala hendak menjelaskan bahawa golongan al-Kafir telahpun berputus asa dalam usaha mereka untuk memesongkan serta mencampakkan kekeliruan umat Islam dalam perkara agama ini sehingga kepada perkara yang kadang-kadang dianggap remeh iaitu berkaitan halal haram dalam makanan. Kemudian seterusnya Allah Taala hendak menjelaskan pula bahawa Dia telahpun menyempurnakan agama ini sehingga perkara yang kecil seperti berkaitan masalah makanan dan minuman, apatah lagi perkara-perkara yang lebih besar lagi daripada itu.
5.2. Tahrif dari segi makna.
Golongan Syi’ah juga sering menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran demi untuk menyesuaikan al-Quran dengan pegangan mereka. Kerana itulah mereka sering melakukan penyelewengan makna al-Quran supaya bertepatan dengan kehendak mereka. Antaranya:
5.2.1. Al-Kulaini mengemukakan riwayat di dalam kitabnya al-Al-Kafi yang berbunyi:
عن أبي بصير قال سألت أبا عبدالله عليه السلام عن قول الله عزوجل: ” أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الامر منكم ” فقال: نزلت في علي بن أبي طالب والحسن والحسين عليهم السلام
Bermaksud: Daripada Abu Basir katanya, “Aku bertanya Abu Abdillah a.s. tentang firman Allah ‘Azzawajalla, ” Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”. Maka Beliau a.s. menjawab, “Ayat ini turun berkenaan Ali bin Abi Talib, Hasan, Husain a.s. (Usul al-Al-Kafi jilid 1 m.s. 287)
Syi’ah mengatakan ayat ini menyabitkan kewajipan supaya beriman kepada imam dua belas di sisi mereka sedangkan ayat ini langsung tidak mempunyai perkaitan dengan imam-imam maksum mereka.
5.2.2. Ali bin Ibrahim Al-Qummi menafsirkan ayat ke 103 surah Ali Imran sebagaimana berikut:
وقوله (واعتصموا بحبل الله جميعا) قال التوحيد والولاية وفي رواية ابي الجارود عن ابي جعفر عليه السلام في قوله (ولا تفرقوا) قال ان الله تبارك وتعالى علم انهم سيفترقون بعد نبيهم ويختلفون فنهاهم عن التفرق كما نهى من كان قبلهم فامرهم ان يجتمعوا على ولاية آل محمد عليهم السلام ولا يتفرقوا.
Bermaksud: Dan firman Allah Taala “ Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah” dia (Al-Qummi) berkata, “Iaitu tauhid dan walayah (walayah Ali dan imam-imam selepasnya a.s.). Dalam riwayat Abil Jarud daripada Abi Jaa’far a.s. berkenaan firman Allah Taala “Dan janganlah kamu bercerai-berai” beliau a.s. berkata, “Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala telahpun mengetahui bahawa mereka akan bercerai-berai selepas Nabi mereka dan akan berselisih, maka Allah menegah mereka daripada bercerai-berai sebagaimana Allah melarang orang-orang sebelum mereka lalu Allah Taala memerintahkan mereka supaya bersatu di atas walayah keluarga Muhammad a.s. (imam dua belas) dan jangan berpecah-belah”.(Tafsir al-Qummi jilid 1 m.s. 109).
Syi’ah menafsirkan “ حبل الله” iaitu “tali Allah” dengan makna walayah imam dua belas mereka sedangkan maksud yang sebenarnya adalah berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w..
5.2.3. Al-Kulaini menukilkan satu tafsiran al-Quran di dalam kitabnya:
عن الثمالي، عن أبي جعفر عليه السلام قال: أوحى الله إلى نبيه صلى الله عليه وآله ” فاستمسك بالذي اوحي إليك إنك على صراط مستقيم ” قال: إنك على ولاية علي وعلي هو الصراط المستقيم.
Daripada Thumali daripada Abu Jaa’far a.s. katanya, “Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya s.a.w. “ Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.” Beliau a.s. berkata, “Sesungguhnya engkau berada di atas walayah Ali dan Ali adalah jalan yang lurus”.(Usul Al-Kafi jilid 1 m.s. 119)
5.3. Tahrif dari segi lafaz.
Di dalam kitab-kitab Syi’ah terdapat begitu banyak riwayat daripada imam-imam mereka yang membuktikan bahawa berlakunya tahrif pada lafaz al-Quran. Antaranya:
5.3.1. Apa yang dikemukakan oleh Ali bin Ibrahim Al-Qummi di dalam tafsirnya:
واما ما هو كان على خلاف ما انزل الله فهو قوله ” كنتم خير امة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله ” فقال ابوعبدالله عليه السلام لقاري هذه الآية ” خير امة ” يقتلون امير المؤمنين والحسن والحسين بن علي عليه السلام؟ فقيل له وكيف نزلت يابن رسول الله؟ فقال انما نزلت ” كنتم خير ائمة اخرجت للناس “
Bermaksud: Adapun ayat yang menyalahi apa yang diturunkan Allah adalah firman-Nya, “ كنتم خير امة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله” maka Abu Abdillah a.s. berkata kepada pembaca ayat tersebut, “Sebaik-baik umat? Sedangkan merekalah yang membunuh Amirul mukminin, Hasan dan Husain a.s.? Lalu Dia a.s. ditanya, “Bagaimanakah ayat ini turun wahai anak (cucu) Rasulullah s.a.w.? Maka diapun menjawab, “Sesungguhnya ayat ini turun ” كنتم خير ائمة اخرجت للناس “ (Tafsir al-Qummi jilid 1 m.s. 11)
5.3.2. Beberapa contoh ayat al-Quran yang telah diselewengkan berdasarkan riwayat daripada imam-imam maksum Syi’ah di dalam kitab al-Al-Kafi.
5.3.2.1.
عن عبدالله بن سنان، عن أبي عبدالله عليه السلام في قوله: ” ولقد عهدنا إلى آدم من قبل ” كلمات في محمد وعلي وفاطمة والحسن والحسين والائمة عليهم السلام من ذريتهم ” فنسي ” هكذا والله نزلت على محمد صلى الله عليه وآله.
Daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Abdillah a.s. berkenaan firman Allah Taala: “ Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu,” beberapa kalimah berkenaan Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan, Husain dan imam-imam dari keturunan mereka a.s.” lalu Adam lupa” Demi Allah demikianlah ayat tersebut turun kepada Muhammad s.a.w.”. (Usul Al-Kafi jilid 1 m.s. 119)
5.3.2.2.
عن جابر عن ابي جعفر عليه السلام قال: نزل جبرئيل عليه السلام بهذه الآية على محمد صلى الله عليه وآله هكذا: ” بئسما اشتروا به أنفسهم أن يكفروا بما أنزل الله في علي بغيا “.
Daripada Jabir daripada Abu Ja’far a.s. katanya, “Jibril a.s. menurunkan ayat ini kepada Muhammad s.a.w. begini: ” Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan keal-Kafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah berkenaan Ali, kerana dengki”. (ibid)
5.3.3. Beberapa contoh ayat-ayat al-Quran yang didakwa oleh Syi’ah telah diselewengkan di dalam Tafsir Al-Qummi jilid 1 m.s. 10:
أ- آية قرئت على أبي عبدالله عليه السلام : “{ الذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماماً }” فقال أبو عبدالله عليه السلام : لقد سألوا الله عظيماً أن يجعلهم للمتقين إماماً . فقيل له : يا أبن رسول الله كيف نزلت ؟ فقال : إنما نزلت “{ الذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وأجعل لنا من المتقين إماماً }”.
ب- وقوله :”{ له معقبات من بين يديه ومن خلفه يحفظونه من أمر الله }” فقال أبو عبدالله : كيف يحفظ الشئ من أمر الله وكيف يكون المعقب من بين يديه ؟ فقيل له : وكيف ذلك با أبن رسول الله ؟ فقال : أنما نزلت “{ له معقبات من خلفه ورقيب من يديه يحفظونه بأمر الله }” ومثله كثير .
ت- وأما ما هو محرف فهو قوله “{ لكن الله يشهد بما أنزل إليك في علي أنزله بعلمه والملائكة يشهدون }” وقوله :”{ يا أيها الرسول بلغ ما أنزل إليك في علي فإن لم تفعل فما بلغت رسالته}”.
Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh ayat-ayat al-Quran yang didakwa oleh Syi’ah telah diselewengkan. Umpamanya apa yang terdapat dalam kitab al-Ihtijaj, Tafsir Majma’ul Bayan karangan At-Thabarsi, Tafsir Al-Ayyasyi dan lain-lain lagi. Kertas kerja yang ringkas ini akan menjadi terlalu panjang andaikata dibawakan kesemuanya kerana riwayat-riwayat berkenaan dengannya melebihi seribu hadis.
Walaubagaimanapun semoga dengan beberapa contoh yang dikemukakan ini kita akan dapat menyedari betapa gigihnya musuh Islam yang bertopengkan Islam ini cuba untuk merobohkan sandaran utama umat Islam ini. Kesemua ini adalah semata-mata kerana dengki terhadap umat Islam yang mempunyai pedoman yang begitu teguh ini lantas mereka musuh-musuh Islam yang sebenarnya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan juga Majusi ingin supaya umat Islam juga kehilangan pedoman yang benar sebagaimana mereka semuanya telah kehilangan kitab-kitab suci mereka.
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. (Al-Baqarah 109)
Sebelum mengakhiri kertas kerja ini sama-sama kita merenung satu sabdaan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi:
عن علي أن النبي صلى الله عليه وسلم قال له : إن سرك أن تكون من أهل الجنة فان قوما ينحلون حبك ، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم ، لهم نبز يقال لهم الرافضة ، فان أدركتهم فجاهدهم ! فانهم مشركون.
Bermaksud: Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Qur’an tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Ali al-Muttaqi, Kanzu Al-Ummal jilid 11, halaman 324)
Demikianlah serba ringkas penjelasan berkenaan usaha Syi’ah yang cuba untuk menyelewengkan al-Quran. Semoga Allah Taala memelihara kita semua dari fitnah yang sangat besar ini.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Siapakah Syiah?
Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan orang Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum., bahkan lebih parah lagi melabelkan mereka sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Justeru mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini lantaran ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)
Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan bertujuan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
Siapakah Syi‘ah?
Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan Islam yang lain. Terdapat beberapa banyak aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri yang pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas. Tetapi aliran-aliran itu berbeza antara satu dengan yang lain kerana wujudnya fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran yang saling berbeza. Tetapi tumpuan yang utama akan diberikan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah* kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini kerana ramainya bilangan mereka dan kedudukan mereka yang semakin popular terutama selepas tercetusnya revolusi di Iran.
SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai keimaman dua belas orang imam secara berturut seperti di bawah ini:-1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)
Mereka percaya Imam Kedua Belas telah ghaib dan ia akan muncul kembali ke dalam masyarakat setelah dunia ini dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan. Mereka juga percaya kepada al-bada’, ar-raj‘ah, tahrif al-Qur’an, (akan dijelaskan secara terperinci di dalam siri-siri selepas ini ), kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, ‘ismah para imam dan lain-lain. Biasa juga Syi‘ah ini disebut sebagai Syi‘ah Imamiyyah atau Ja‘fariyyah sahaja. Syi‘ah ini juga dikenali sebagai Rafidhah kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.
Di Malaysia kumpulan Syi‘ah ini dipercayai mula bertapak selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Fahaman Syi‘ah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syi‘ah Ja’fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman Syi‘ah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkannya dari diamalkan di Malaysia.
Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syi‘ah ;
Selangor : 19 Januari 1998 W.Persekutuan : 3 April 1997
Terengganu : 25 September 1997 P. Pinang : 16 Januari 1997
N.Sembilan : 12 Mac 1998 Kelantan : September 1987
BEBERAPA CONTOH PENYELEWENGAN SYI‘AH
1) Syi‘ah – Al-Quran Sudah Diseleweng. Aqidah Syi‘ah mengatakan bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditokok-tambah dan diselewengkan. Di dalam kitab Al-Fashlu Al-Khitaab at-Thabarsi menukilkan kata -kata Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi: “Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30)AGAMA ISLAM – Tidak perlu dijelaskan hukum meragui kitab suci al-Quran.
2) Syi‘ah – Imam Adalah Maksum. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan:“Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91)
Bahkan imam-imam dianggap lebih tinggi kedudukannya dari Nabi-nabi a.s. Perkara ini dinyatakan dengan begitu banyak sekali dalam kitab-kitab muktabar Syi‘ah seperti Al-Anwar An-Nu’maniyah, Al-Kafi dan juga seperti yang disebutkan Khatimatul Muhaddisin (penyudah ahli hadis) di sisi Mulla Baqir Al-Majlisi dalam kitabnya Biharul Anwar jilid 27 hal. 29: Ali bin Hussain a.s. berkata: “Imam-imam boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit sopak dan buta serta berjalan di atas air, beliau berkata lagi: “Tidak ada sesuatu yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi kecuali akan diberikannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta diberikan juga kepadanya sesuatu yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi sebelumnya. Dan setiap apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pasti akan diberikannya kepada Amirul Mukminin Ali a.s. bahkan kepada Hasan, Hussin a.s. kemudian kepada Imam-imam selepasnya sehingga hari kiamat dengan ditambah ilmu-ilmu yang baru (yang tidak dimiliki oleh Nabi-nabi) pada setiap tahun, pada setiap bulan dan demi Allah pada setiap saat.”
AGAMA ISLAM- Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadits-hadits sahih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbiya’ sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat’ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadits) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (An-Najm ayat 3 – 4)
3) Syi‘ah – Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada’). Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah , al-Bada’ ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini juzu’ 1 hal. 146:“AI-Bada” ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada’ itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)”.
AGAMA ISLAM -Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud: “Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.” (Surah al-Mukmin ayat 19). FirmanNya lagi: “Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.” (Surah A-li Imran ayat 3)
4) Syi‘ah – Taqiyyah (berpura-pura). Dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu’ 2 oleh Abu Ja’far Muhammad bin Ya’kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217: Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A’jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf.”
Di tempat yang lain Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. berkata kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (al-Kafi jilid 2, hal. 222)
Taqiyyah merupakan konsep atau ciri utama yang tidak dapat dipisahkan dari fahaman Syi‘ah
AGAMA ISLAM – . Taqiyyah pada hakikatnya adalah amalan “berdusta dan berbohong”. Ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
5) Syi‘ah – Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66: Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; “Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi.”
AGAMA ISLAM – Keadilan dan kedudukan para sahabat yang tinggi telah sabit melalui al-Quran sendiri. Mengingkarinya bererti mengingkari al-Quran.
6) Syi‘ah – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Iaitu kahwin kontrak tanpa wali dan saksi berdasarkan akad untuk tempoh waktu dan maskahwin tertentu sahaja (mafhum hadis Syi‘ah dalam kitab al-Kafi jilid 5, ms 286). Di dalam riwayat yang lain daripada Abi Jaafar (Muhammad Al-Baqir) berkenaan mut’ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284) Dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja’far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babwaih al-Qummi, juzu’ 1 hal. 358: Adapun mut’ah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat. Abu Ja’far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja’far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal. 358: “Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai al-Raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita.” AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadits tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadits-hadits tersebut ialah: Daripada Ali bin Abu Talib katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran dan Iraq. Puak Hizbullah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya beragama Syi`ah.
SYIAH: oleh JAKIM
| PENDAHULUAN |
|
Reproduced from a booklet published by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM) KANDUNGAN
|
EDITOR:
>artikel ini mempunyai sambungan, sila rujuk untuk sambungan selanjutnya: http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=103









