“Fitrah Seorang Insan”

February 4, 2008 at 5:25 pm | Posted in FIKRAH ajimoni | Leave a comment

Islam merupakan anugerah yang paling bermakna bagi kita semua, ianya mengatasi segala anugerah yang pernah Allah berikan kepada kita. Ini kerana islam merupakan agama yang sempurna dan meliputi semua aspek kehidupan manusia. Tetapi ada segelintir dari kita yang mengganggap agama ini penuh dengan bebanan dan peraturan. Permasalahan ini timbul kerana berlakunya salah faham kita dalam memahami apa itu islam dalam maksud yang sebenar. Islam merupakan “ad-din” atau cara hidup yang mana meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dalam mengharungi hidup ini yang penuh cabaran dan masalah yang berbeza setiap hari.  Islam tidak pernah gagal dalam memberikan penyelesaian kepada segala permasalahan umatnya.

Hanya kadang-kala kegagalan kita sebagai seorang muslim dalam memahami islam dalam erti kata yang sebenar menyebabkan imej itu seringkali tercemar dimata masyarakat bukan muslim. Islam merupakan agama yang senantiasa meletakkan kebenaran pada tangga yang teratas agar kita dapat melihat betapa adilnya islam itu terbina. Islam bukan agama yang penuh dengan ibadah ritual semata ataupun agama yang penuh dengan peraturan yang membebankan, tetapi islam merupakan agama yang meletakkan disiplin kepada manusia dalam menjalani hidup ini agar tidak tersasar dan merosakkan diri sendiri. Islam merupakan fitrah asal kejadian manusia, begitu juga dengan mahluk-mahluk lain ciptaan Allah. Kita sewajarnya mengikuti fitrah asal kejadian kita kerana apabila kita tidak mengikuti fitrah asal itu, maka akan rosak binasalah diri kita. Sebagaimana bumi yang tercipta dengan kitaran asal kejadiannya, maka apabila kita mencemarkannya dengan sesuatu yang bukan fitrahnya, maka akan tercemarlah ianya dan menyebabkan implikasi yang buruk. Islam adalah agama yang sangat fleksible terhadap naluri asal kejadian manusia. Sebagaimana firman Allah… 

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah Ar Rum: 30)

 Islam membenarkan manusia menuruti fitrah asal kejadiannya seperti naluri untuk berkeluarga, bersukan, berhibur, bersosial dan berbagai-bagai lagi. Islam bukan agama yang menyekat semua keinginan naluri semulajadi manusia, tetapi islam meletakkan garis panduannya dalam segala perbuatan kita. Anda ingin bercinta dan berkeluarga? Islam ada meletakkan cara serta adab yang betul agar kita tidak terjerumus ke lembah zina. Anda inginkan hiburan? Islam tidak melarang berhibur bahkan ianya telah meletakkan panduan etika untuk kita berhibur agar tidak keterlaluan sehingga melupakan tanggungjawab pada Allah, masyarakat dan juga diri. Anda ingin hidup bermasyarakat dengan melakukan pelbagai aktiviti? Islam tidak pernah menghalang kita melakukan pelbagai perkara yang mana ianya dapat mengeratkan hubungan ukhuwah sesama insan.

Islam bukanlah agama yang jumud dengan membataskan sesuatu perkara tanpa sebab dan alasan, segala yang telah ditetapkan mempunyai alasan serta hikmah yang tersendiri. Begitu juga dengan penciptaan kita di muka bumi ini, sudah tentulah Allah menciptaankan kita tidak sia-sia.Oleh itu berfikirlah kita akan sebab kita dijadikan oleh Allah dimuka bumi ini. tiada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia, meskipun ianya hanya secebis zarah. Oleh itu, renungkanlah dan fikirkan mengikut landasan asal fitrah kita sebagai seorang islam.

-ajimoni-

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: