Lagi kempen pilihan raya berdarah – 20 terbunuh, lebih 45 cedera di Pakistan

February 9, 2008 at 7:14 pm | Posted in BERITA | Leave a comment

PESHAWAR, Pakistan 9 Feb. – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lebih 45 yang lain cedera dalam satu letupan bom dipercayai angkara penyerang berani mati, dalam kempen pilihan raya anjuran sebuah parti pembangkang di barat laut Pakistan, hari ini.

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Hamid Nawz berkata, serangan itu berlaku semasa kempen pilihan raya anjuran Parti Kebangsaan Awami (ANP) di bandar Charsadda.

“Kemungkinan letupan itu satu serangan berani mati,” kata Nawaz kepada stesen televisyen Dawn News.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Brigedier Javed Cheema memberitahu, kejadian itu berlaku “sangat hampir dengan pentas tempat pemimpin ANP berucap, tetapi kesemua mereka tidak mengalami kecederaan.”

Beliau bagaimanapun hanya dapat mengesahkan angka korban seramai 14 orang.

“Seramai 14 orang telah terkorban dan 24 yang lain cedera dalam letupan dipercayai akibat serangan berani mati pada kempen pilihan raya itu,” katanya.

Pemimpin parti ANP, Afrasiab Khattak yang sedang menyampaikan ucapan ketika kejadian memberitahu stesen televisyen Dawn News, beliau terselamat dalam letupan itu.

Parti ANP adalah sebuah parti sekular dan akan bersaing dengan beberapa parti berasaskan agama pada pilihan raya 18 Februari ini,

Pilihan raya tersebut telah ditangguhkan daripada 8 Januari lalu selepas pemimpin pembangkang, bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto terbunuh dalam satu serangan bom berani mati pada 27 Disember lalu.

Sementara itu, lebih 100,000 penyokong arwah Benazir Bhutto berhimpun di bandar selatan Pakistan hari ini bagi mendengar suaminya, Asif Ali Zardari menyampaikan ucapan pada perhimpunan pertama kempen pilihan raya selepas pembunuhan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang berusaha mengisi kekosongan kepimpinan Parti Rakyat Pakistan (PPP) selepas kematian isterinya itu menggesa para pengikutnya berjuang untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya Parlimen 18 Februari ini.

Para pengikut parti telah berarak dalam konvoi besar dari Karachi sejauh 110 kilometer menuju ke bandar bersejarah, Thatta.

Pada masa yang sama lebih 2,000 anggota polis ditempatkan di stadium sukan yang menjadi tempat perhimpunan tersebut.

Kira-kira 30,000 orang berhimpun di dalam stadium dan berpuluh-puluh ribu lagi memenuhi jalan-jalan raya dengan menaiki bas dan trak sambil mengibarkan bendera PPP.

Kehadiran para penyokong PPP yang ramai itu mengatasi perhimpunan politik sebelum ini.

“Kami akan menuntut bela terhadap kematian Benazir. Kami tidak mempunyai bom. Kami bukan pengganas tetapi kami ada kuasa politik,” kata Haji Jaffar, 75, seorang pesara guru dan ahli PPP.

– Agensi

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: