Umat Islam disaran jangan terburu-buru label Barat jahat

February 16, 2008 at 4:22 pm | Posted in BERITA | Leave a comment

mh_02_big.jpg

16/02/2008 8:07pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Sheikhul Al-Azhar Dr Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi hari ini menyeru umat Islam agar tidak mengikut perasaan dan terburu-buru melabel semua warga dunia Barat sebagai ’jahat’.

Beliau berkata ini kerana tidak semua orang Barat itu jahat, dan pelabelan sedemikian hanya menyukarkan lagi usaha dunia Islam dan Barat untuk memahami budaya dan tamadun masing-masing.

“Bukan semua (orang) Barat jahat dan bukan semua (orang Barat) baik, jadi jangan terburu-buru menghukum mereka. Ada juga orang Barat yang memeluk agama Islam dan menyokong Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai sikap negara Barat yang seolah-olah memandang serong terhadap negara Islam.

Sheikhul Al-Azhar itu berkata di Universiti Al-Azhar sendiri terdapat ramai pelajar bukan Islam khususnya dari Amerika dan negara-negara Eropah yang telah memeluk Islam.

Ditanya mengenai pembangunan ilmu-ilmu baru khususnya dari negara Barat, Sheikh Muhammad berkata Islam menyokong pembangunan ilmu yang dapat memberi manfaat kepada ummah.

“Sekiranya ilmu itu boleh diguna untuk memajukan ummah tanpa meninggalkan kesan buruk, Islam sokong asalkan ia tidak diguna untuk menghancurkan masyarakat Islam,” katanya.

Sementara itu bercakap perkara yang sama dalam acara berlainan, Sheikh Muhammad berkata ilmu bermaksud semua ilmu yang bermanfaat sama ada dalam bidang syariah ataupun bidang keduniaan.

“Setiap ilmu yang memberikan petunjuk dan menghasilkan kebahagiaan, kekuatan, peningkatan keredaan kepada kekuasaan Allah s.w.t. Inilah dimaksudkan dengan ilmu itu iaitu segala jenis ilmu syariah dan segala ilmu keduniaan sama ada ilmu tentang pertanian, alam semulajadi yang dicipta Allah kepada manusia,” katanya.

Sheikh Muhammad berkata sebahagian ulama tafsir menyatakan ulama yang banyak disebut dalam Al-Quran adalah ulama yang mengetahui ilmu bumi (geologist).

“Di antara kelebihan ilmu itu ialah memendekkan jalan yang panjang, memudahkan perkara yang susah dan dengan ilmu ini seseorang itu akan menang dalam perlumbaannya (mengejar kejayaan),” katanya dalam ucapan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Sains Islam Malaysia.

— BERNAMA

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: