Israel bunuh 10 penduduk Palestin

February 29, 2008 at 2:39 pm | Posted in BERITA | Leave a comment

GAZA: Pertempuran di antara Israel dan Hamas dijangka memuncak lagi di Gaza selepas tercetusnya hari berdarah kelmarin di mana 10 penduduk Palestin termasuk bayi enam bulan dibunuh dalam serangan udara Israel di sini, dan roket dilepaskan dari wilayah Palestin itu membunuh seorang penduduk Israel di bandar dicerobih Yahudi yang musnah teruk.

Hamas mengaku bertanggungjawab ke atas serangan maut roket tengah hari kelmarin di Kolej Sapir di bandar Sderot, membunuh seorang pelajar di sebuah tempat letak kereta. Dia dikenal pasti oleh media Israel sebagai bapa empat anak berusia 47 tahun.

Membalas serangan lewat kelmarin, pesawat Israel mengebom pejabat Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dan Kementerian Dalam Negeri yang kosong. Haniyeh dan pemimpin Hamas lain sedang berlindung daripada cubaan bunuh Israel.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata, seorang bayi enam bulan turut maut dan kira-kira 30 penghuni bangunan berhampiran cedera dalam serangan Israel itu. Beberapa minit kemudian, sebuah pesawat Israel menyerang bengkel logam.

Tentera Israel berkata sasaran ialah pos arahan di bangunan kerajaan dan kawasan di mana senjata dibuat dan disimpan. Tentera menyalahkan Hamas kerana melakukan serangan dari kawasan padat penduduk, sambil mengatakan kecederaan ke atas orang awam Palestin tidak disengajakan.

Sekurang-kurangnya 40 roket dilepaskan ke arah Israel dari Gaza kelmarin, kata tentera, lebih banyak serangan bertalu-talu mengorbankan nyawa di rantau itu. Gambar Associated Press menunjukkan roket dilancarkan dari kawasan padat penduduk di utara Gaza.

Pelajar itu adalah penduduk Israel pertama terbunuh akibat serangan roket sejak Mei lalu, apabila dua orang maut dalam serangan berasingan. Pelajar di kolej cuba menyelamatkan lelaki itu yang mempunyai kecederaan terbuka di kiri dadanya.
Pada malam hari, empat roket meletup di bandar tepi pantai Israel di Ashkelon, termasuk satu berhampiran hospital utama bandar itu, kata polis. Tiada siapa yang cedera. Ashkelon terletak 10 kilometer utara Gaza.

Serangan maut itu diperhebatkan oleh Israel bagi membuka jalan untuk pelancaran serangan darat besar-besaran di Gaza mensasarkan untuk membersihkan kawasan sempadan yang dipenuhi skuad roket.

Perdana Menteri Ehud Olmert, yang melawat Jepun mengetepikan tindakan pencerobohan pada masa ini.

Ketika melawat Sderot lewat kelmarin, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak berazam ‘menentang mereka yang bertanggungjawab’ bagi serangan roket itu. Dalam kenyataan kepada berita TV AP, beliau juga menolak perdebatan bahawa Israel ‘tidak boleh atau tidak akan melakukan operasi menyeluruh di Gaza.’ – AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20080229004553/Article/index_html

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: