AS Rancang Perang Saudara di Gaza

March 6, 2008 at 1:17 pm | Posted in PALESTIN | Leave a comment


Amerika Rancang Perang Saudara di Gaza!!!

Walaupun pihak kerajaan PA di Gaza telah menyuarakan berkali-kali kepada dunia mengenai konspirasi Amerika Syarikat (AS) di Gaza, namun tiada siapa yang memperdulikannya. Walau bagaimanapun keadaan kini berubah. Pendedahan oleh majalah Vanity Fair pada 4 Mac 2008 melalui edisi online mengenai dokumen yang mereka perolehi mengenai perkara tersebut telah menggemparkan dunia. Isu yang bakal dimuatkan pada edisi April majalah tersebut telah mendedahkan usaha jahat AS yang telah cuba merancangkan peperangan saudara di Palestin demi menjatuhkan kerajaan HAMAS yang telah dipilih oleh rakyat Palestin (www.vanityfair.com, 4/3/2008).

Majalah yang diterbitkan di AS itu juga telah mendedahkan bagaimana dokumen-dokumen yang mereka perolehi dari sumber-sumber dari dalam Palestin dan AS cukup membuktikan konspirasi tersebut. Mereka menamakan Presiden AS, George W Bush, Setiausaha luar AS, Condoleez Rice dan penolong penasihat keselamatan dalam negeri As, Elliot Abrams sebagai dalang utama konspirasi yang dinamakan sebagai “Iran Contra 2.0”. Pihak AS telah menyerahkan tugas kepada Muhammad Dahlan, penasihat keselamatan Presiden Mahmoud Abbas untuk melakukan pemberontakan bersenjata di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Mereka telah membekalkan Dahlan dan kumpulan samseng bersenjatanya dengan wang dan senjata yang canggih untuk melakukan rampasan kuasa di Gaza yang diharapkan akan mencetuskan peperangan bersaudara. Tujuan utamanya ialah untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS yang telah dipilih rakyat melalui pilihanraya tahun 2006.


Abbas dan Bush

Walau bagaimanapun konspirasi itu telah menemui kegagalan dan menyebabkan Muhammad Dahlan dan kuncu-kuncunya yang terlibat telah melarikan diri dari Gaza. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan penguasaan 100% ke atas Gaza. AS dan Mahmoud Abbas yang terdesak akibat kegagalan Dahlan akhirnya telah berjaya menutup kegiatan jahat tersebut dengan menuduh HAMAS melalukan pemberontakan bersenjata di Gaza. Media antarabangsa malangnya telah berjaya dipengaruhi oleh AS dan Abbas untuk memberikan gambaran buruk bahawa HAMAS telah melakukan rampasan kuasa dan menghalau anggota Fatah keluar dari Gaza. Walaupun HAMAS telah cuba menjelaskan keadaan yang sebenar, namun lobi Zionis telah berjaya memastikan bahawa mereka tidak diberikan peluang untuk membela diri. Sehingga kini, peristiwa tersebut telah dijadikan alasan oleh ramai pihak untuk menunding jari ke arah HAMAS, dan menuduh mereka sebagai gila kuasa.


Muhammad Dahlan

Majalah Vanity Fair itu juga telah berjaya mendapatkan reaksi dari Muhammad Dahlan sebagai salah seorang aktor di dalam konspirasi berkenaan. Beliau bukan sahaja mengakui penglibatannya dan kegagalan beliau, malah telah menyalahkan Bush kerana membenarkan HAMAS menyertai pilihanraya pada tahun 2006. Beliau juga mengakui pendedahan oleh seorang warga Gaza yang beliau telah diseksa dan didera oleh kuncu-kuncu Dahlan. Dahlan menambah bahawa kuncu-kuncunya boleh melakukan lebih teruk daripada apa yang telah dilakukan. Dahlan juga mendedahkan hubungan rapatnya dengan Bush dan juga pentadbiran AS. Tidak hairanlah pada Julai 2003 beliau telah dipuji oleh Bush sebagai “a good, solid leader” dan juga Bush pernah mengatakan kepada pihak Israel, Dahlan adalah “Our guy”.


Elliot Abrams

Operasi tersebut dinamakan sebagai “Iran Contra 2.0” bersempena dengan Abrams yang pernah dituduh menyimpan dokumen-dokumen rahsia berkaitan isu kontra Iran di zaman Presiden Reagen. Konspirasi tersebut telah dikritik oleh David Wurmser, seorang neoconservative yang juga merupakan mantan penasihat kepada Naib Presiden Dick Chenney berkaitan isu Timur Tengah. Beliau telah meletakkan jawatannya pada Julai 2007, sebulan selepas kegagalan operasi Iran Contra 2.0 tersebut sebagai tanda protes. Beliau menyalahkan pentadbiran Bush di atas kegagalan konspirasi tersebut sehingga membawa kepada penguasaan 100% HAMAS ke atas Gaza. Menurut beliau, HAMAS tidak pernah merancang untuk menguasai Gaza sehinggalah pada saat kegagalan konspirasi tersebut. Beliau juga mengkritik sikap bermuka-muka Bush yang kononnya inginkan demokrasi di Timur Tengah, tetapi di dalam waktu yang sama melancarkan konspirasi berkenaan.


David Wurmser

Akhbar Gulf Daily News yang sempat menemui Rice di Tebing Barat telah cuba untuk mendapatkan komen beliau berhubung isu berkenaan. Malangnya Rice enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut (Gulf Daily News, 5/3/2008).

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: