3 negeri dirampas — * Pembangkang tawan P. Pinang, Selangor, Kedah * Perak kritikal

March 8, 2008 at 9:44 pm | Posted in BERITA | Leave a comment

KUALA LUMPUR 9 Mac – Barisan Nasional (BN) bagai dilanda ‘tsunami’ pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila secara mengejut kehilangan tiga negeri – Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, selain gagal menawan Kelantan.

Di Perak pula, keadaannya kritikal sehingga pukul 3.30 pagi ini, pakatan pembangkang telah menguasai 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya menang 27 kerusi dengan tiga lagi kerusi di DUN Sungai Rapat, Simpang Pulai dan Teja belum diumumkan.

Kejatuhan ala domino ketiga-tiga negeri itu merupakan keputusan terburuk dalam sejarah BN yang dibentuk pada 1973 daripada parti Perikatan.

Mengikut rekod, Kedah dan Selangor tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang. Pulau Pinang pernah berada di bawah Gerakan yang ketika itu sebuah parti pembangkang pada tahun 1969.

Pemerhati politik menyifatkan senario ini sebagai ‘satu sentimen nasional’ yang ditunjukkan secara padu oleh para pengundi dalam pilihan raya hari ini.

Menurut mereka, beberapa isu rakyat dimainkan pembangkang terutama soal kenaikan harga barang dan beberapa isu lain membabitkan polisi kerajaan, menjadi faktor utama fenomena itu berlaku.

Antara faktor penyebab lain, menurut mereka, ialah krisis dalam BN sendiri, khususnya UMNO yang dikatakan memboikot calon sendiri akibat perebutan kerusi.

BN turut kehilangan pengaruh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila semua kerusi Parlimennya disapu bersih pembangkang kecuali Setiawangsa yang dipertahankan oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Kejutan buat BN bermula di Pulau Pinang apabila pembangkang memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN.

BN hanya menang 11 DUN di Pulau Pinang, DAP pula 16 kerusi sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat lapan kerusi dan Pas satu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memenangi kerusi Parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih disebut-sebut bakal Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pembangkang turut mengejutkan BN di Kedah apabila sehingga tengah malam ini, Pas memenangi sekurang-kurangnya 22 daripada 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Razak diumumkan oleh parti itu awal pagi ini sebagai Menteri Besar Kedah.

Paling mengejutkan ialah kejatuhan Selangor kepada pakatan pembangkang yang diterajui Pas dan Tan Sri Khalid Ibrahim dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut keputusan tidak rasmi, DAP menguasai 14 DUN Selangor, PKR (11) dan Pas (9). BN hanya memperoleh 21 daripada 56 DUN Selangor.

Pas juga mengekalkan penguasaan di Kelantan dan sekali gus menggagalkan usaha BN untuk merampas negeri berkenaan.

Situasi di Perak juga dikatakan kritikal dengan BN dikatakan berada dalam keadaan sukar untuk mempertahankan negeri itu.

Namun, Perlis yang dikatakan akan jatuh akibat krisis dalaman politik UMNO negeri itu berjaya menguasai 100 peratus kerusi Parlimen dan DUNnya.

Sementara itu BN berjaya membentuk semula kerajaan di Sabah, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: