Akhirnya Pemimpin Arab Mampu Untuk Bersepakat!

March 9, 2008 at 5:27 am | Posted in PALESTIN | Leave a comment

Akhirnya Pemimpin Arab Mampu Untuk Bersepakat!

Pepatah yang sering dilemparkan kepada para pemimpin Arab sebagai sindiran ialah: “They always agree to disagree”. Gambaran sekumpulan Arab yang berperut buncit, bermisai tebal tanpa janggut, menjerit, menengking dan menhentak meja merupakan sesuatu yang melekat di benak setiap manusia di bumi ini apabila disebutkan persidangan Liga Arab, ataupun OIC. Ibarat lawak Azhar Usman, pelawak “Allah Made Me Funny” dari AS, para pemimpin Arab merupakan seorang yang bermuka garang, diktator, kejam, tetapi takut dan kecut apabila berhadapan dengan AS dan Presiden AS (sila lawati:
http://www.youtube.com/watch?v=HeHPij0JZIA).
Allah Made Me Funny, Azhar Usman dan Preacher Moss

Persepsi ini mungkin boleh dicabar dengan persidangan menteri-menteri penerangan negara-negara Arab yang berlangsung di Kaherah, Mesir pada 12 Februari 2008 yang lalu. Jika mereka (para pemimpin Arab) tidak boleh mencapai kata sepakat ataupun pendapat majoriti mengenai isu Palestin, Gaza, Lubnan, Israel dan lain-lain lagi, tetapi di dalam persidangan tersebut mereka telah mencapai keputusan majoriti meluluskan wathiqah (dokumen) berkaitan undang-undang berkenaan stesen televisen satelit berbahasa Arab. Dokumen yang mengandungi 13 artikel itu telah disepakati dan diluluskan oleh majoriti menteri-menteri yang hadir kecuali satu sahaja bantahan telah dikemukakan oleh wakil dari Lubnan dan juga sikap berkecuali Qatar (bbc.co.uk, 12/2/2008). Dokumen dan juga persidangan tersebut telah disifatkan oleh Committee to Protect Journalist (CPJ) yang berpusat di New York sebagai pencabulan jelas terhadap hak bersuara warga Arab (CJP Press release, 15/2/2008).

Dokumen tersebut juga telah memberikan ruang kepada negara-negara Arab untuk mengenakan tindakan, menutup dan mensita mana-mana stesen tv satelit yang dianggap melanggar nilai-nilai Arab dan mengganggu kesejahteraan politik serantau. Ketika menjustifikasikan dokumen berkenaan, kebanyakan menteri-menteri tersebut memberikan alasan kebanyakan stesen-stesen tv satelit berbahasa Arab mempromosikan agenda barat yang bertentangan dengan moral masyarakat tempatan (rapidtvnews.com, 12/2/2008). Malangnya, selesai ianya dipersetujui, stesen televisen yang menjadi mangsa adalah stesen-stesen yang membawa mesej Islam dan politik. Stesen-stesen lucah dan melampau (dipanggil sebagai Fadhaihiyyat oleh warga Arab) tidak pula dikenakan apa-apa tindakan. Menarik lagi, Mesir sebagai tuan rumah dan pemilik satelit Nilesat merupakan kerajaan yang paling pro-aktif mengenakan tindakan tersebut bersama Arab Saudi. Sehingga kini, lima stesen tv satelit yang dipancarkan melalui satelit Nile telah ditutup, termasuk stesen tv berkaitan ekonom Islam, “al-Barakah” (al-Quds al-Arabi, 6/3/2008).

Fenomena tv satelit berbahasa Arab bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan setelah kemunculan al-Jazeerah. Samada ianya untuk tujuan berita, hiburan, politik, pendidikan, sastera, kanak-kanak, kemazhaban (Syiah dan Ahmadiyyah) mahupun yang bercorak keIslaman. Fenomena ini telah mengundang kepada kebebasan maklumat di kalangan warga Arab. Pemerintahan diktator yang menghalang kebebasan maklumat di dalam negara masing-masing akhirnya menjadi kalah di hadapan revolusi maklumat pasca tv satelit. Para politikus yang digam di negara masing-masing boleh muncul di stesen-stesen tv satelit negara lain, dan akhirnya dapat menyampaikan mesej mereka kepada rakyat negara masing-masing. Revolusi maklumat ini tidak boleh dihalang. Pemilikan parabola penerima rancangan satelit merupakan satu yang diakui oleh undang-undang di semua negara Arab, termasuk di Arab Saudi yang terkenal dengan undang-undang yang ketat dan keras.

Jika di Malaysia, rakyat yang celik IT sahaja mampu untuk mendapatkan maklumat dari pihak kedua berhubung sesuatu isu, perkara seperti ni tidak lagi berlaku di negara-negara Arab. Malah warga Arab yang berada di Eropah merupakan golongan yang paling terdedah kepada kebebasan maklumat tersebut. Kini ruang forum dan penjelasan terbuka luas kepada masayrakat Arab. Hal ini benar-benar menggerunkan para diktator Arab berkaitan masa depan pemerintahan autokratik mereka. Revolusi tv satelit telah menyebabkan proses ketelusan itu diuruskan oleh pihak ketiga. Di atas kesedaran inilah para menteri Arab telah bersidang dan meluluskan dokumen yang bertujuan mengekang kebebasan maklumat di kalangan warga Arab.

Perkara ini amat memalukan. Tatkala di negara-negara barat yang bukan Islam, ruang maklumat dan ruang politik terbuka luas, negara-negara Islam pula melangkah beribu tapak ke belakang. Agak pelik, pentadbiran Bush yang sering mengumandangkan demokrasi di Timur Tengah tidak mengambil tindakan pro-aktif di dalam hal yang benar-benar mencabuli nilai-nilai demokrasi ini. Mungkin kepentingan aparat-aparat beliau yang menjadi para diktator di Timur Tengah lebih utama. Mungkin juga itulah demokrasi yang diinginkan oleh Bush di Timur Tengah. Perlu diingat,kepentingan AS di Timut Tengah akan sentiasa terjamin selagimana para diktator tersebut terus berkuasa.


Para Pemimpin Negara-Negara Arab

Hal seperti ini adalah mustahil untuk berlaku di Eropah, apatah lagi di UK. Jika ada mana-mana pihak yang hendak melakukan perkara seumpama ini, maka rakyat akan bangkit menentangnya. Malah tidak tergambarkan di dalam kepala, ada para pemimpin UK yang akan berfikir seperti para pemimpin Arab. Parlimen di sini begitu telus dengan siaran langsung semua perdebatan parlimen di dewan rakyat (House of Common) dan juga dewan senat (House of Lord). Malah sebarang siasatan dan laporan oleh suruhanjaya yang ditubuhkan juga adapat ditonton secara langsung. Maka nilai akauntabiliti itu seiring dan seimbang dengan ketelusan. Maka keadilan akan tercapai dan kezaliman akan dapat dielakkan. Apakah lebih Islam dari sistem seperti ini?

Agak lucu apabila ada pihak yang mendakwa sistem diktator di aman-mana negara Arab sebagai Islamik. Lebih menyakitkan hati lagi jika ada mana-mana ulama yang benar-benar mempertahankan ulil amri mereka. Seorang Professor di Durham pernah memuji salah sebuah negara Teluk yang mempunyai Majlis Shura yang dianggotai oleh para professional dan juga para bangsawan. Agak malang bagi beliau yang telah dilantik sebagai penasihat kepada sakah sebuah kementerian di dalam negara tersebut terpaksa menjual prinsip dan harga dirinya untuk memuji pemerintahan diktator negara berkenaan.Beliau lupakah bahawa kesemua ahli Majlis Shura itu dipilih oleh Raja negara tersebut?, Beliau tidak perasankah bahawa setiap anggota Majlis Shura, para menteri dan juga rajanya tidak terbuka untuk akauntabiliti?, Apakah beliau lupa juga bahawa tahap ketelusan hampir tiada di negara berkenaan?, malah penglibatan rakyat di dalam membuat keputusan turut dinafikan juga? Lebih malang lagi hak rakyat untuk menikmati hasil minyak tidak diberikan sepenuhnya, berbanding keluarga di raja mereka yang membazirkan hartanya di meja-meja judi di AS, Eropah, malah di Genting.

Bagaimana pula Malaysia? Apakah hak rakyat untuk mendapatkan maklumat yang seimbang wujud? Apakah juga terdapat tahap ketelusan yang tinggi did alam urus tadbir negara? Bukankah kita negara Islam Hadhari?


Azhar Usman

sumber: http://maszleemalik.blogspot.com/

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: