Kerajaan campuran Perak calonkan wakil Pas sebagai Menteri Besar

March 9, 2008 at 8:01 am | Posted in BERITA | Leave a comment

09/03/2008 3:42pm

IPOH 9 Mac — PaS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak telah mencapai persetujuan untuk mencalonkan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang mengesahkan kepada Bernama bahawa persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara pemimpin ketiga-tiga parti yang diadakan awal pagi ini.

“Persetujuan itu dibuat atas semangat kerjasama ketiga-tiga parti yang mahu menubuhkan kerajaan campuran di Perak,” katanya ketika dihubungi hari ini berhubung pemilihan calon bagi jawatan Menteri Besar Perak.

Beliau berkata upacara mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan sebaik mendapat perkenan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Pada pilihan raya umum semalam, Pas menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN.

Pada pilihan raya 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN dengan DAP menang tujuh kerusi. – Bernama

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: