Kerajaan Campuran Perak Calonkan Wakil PAS Sebagai Menteri Besar

March 9, 2008 at 5:30 am | Posted in BERITA | Leave a comment

IPOH, 9 Mac (Bernama) — PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak telah mencapai persetujuan untuk mencalonkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang mengesahkan kepada Bernama bahawa persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara pemimpin ketiga-tiga parti yang diadakan awal pagi ini.

“Persetujuan itu dibuat atas semangat kerjasama ketiga-tiga parti yang mahu menubuhkan kerajaan campuran di Perak,” katanya ketika dihubungi hari ini berhubung pemilihan calon bagi jawatan Menteri Besar Perak.

Beliau berkata upacara mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan sebaik mendapat perkenan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Pada pilihan raya umum semalam, PAS menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN.

Pada pilihan raya 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN dengan DAP menang tujuh kerusi.

PAS yang bertanding 21 kerusi DUN memenangi kerusi Pasir Panjang, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selinsing, Lubuk Merbau dan Changkat Jong.

PKR pula menang di Hutan Melintang, Behrang, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Simpang Pulai, Teja dan Changkat Jering daripada 20 kerusi yang ditandinginya.

DAP menyapu bersih 18 kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Jelapang, Pantai Remis, Sitiawan, Bercham, Buntong, Pasir Pinji, Aulong, Pokok Assam, Canning Garden, Pasir Bedamar, Sungkai, Jalong, Tebing Tinggi, Kepayang, Menglembu, Tronoh, Keranji, Malim Nawar.

Pakatan pembangkang di Perak turut menguasai 11 kerusi Parlimen manakala BN 13.

Calon PAS yang terpilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri ialah Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong), Ramli Tusin (Gunung Semanggol), Husin Din (Selinsing), Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubok Merbau) dan Mohd Anuar Sudin (Changkat Jong).

Calon PKR yang menang pula ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham mempertahankan kerusi DUN Sitiawan selain menang kerusi Parlimen Beruas manakala Ketua Pemuda DAP Perak yang merampas kerusi Parlimen Taiping turut mempertahankan kerusi DUN Pantai Remis.

BERNAMA


Dari harakahdaily.net

 Ir Mohamad Nizar dijangka MB Perak

IPOH, 9 Mac (Hrkh) – Adun Pasir Panjang, yang juga Setiausaha PAS Negeri Perak, disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Perak yang baru apabila pakatan parti pembangkang berjaya membentuk kerajaan di negeri ini.

Persetujuan telah diberikan oleh DAP dan KeADILan Negeri untuk memilih calon dari PAS sebagai Menteri Besar yang baru dalam satu mesyuarat BA di Pejabat PAS Perak lewat pagi tadi jam 4.00 pagi.

Keputusan pilihan raya semalam memihak kepada BA di mana DAP memenangi 18 kerusi, KeADILan (7) dan PAS (6). Kemenangan 31 kerusi Dun membolehkan parti politik pembangkang menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Wakil pimpinan pakatan BA Negeri Perak dijadualkan akan mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada hari ini bagi membolehkan seorang Menteri Besar Perak baru dilantik.

Ir Mohamad Nizar Jamaludin merupakan seorang jurutera Perunding (Mekanikal – Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator). Beliau merupakan lulusan Bachelor Sains (BSc. Mechanial Engineering). – mks.

sumber: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=61234

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: