New Perak MB by end week

March 11, 2008 at 11:01 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Andrew Ong | Mar 11, 08 6:27pm
The DAP-PKR-PAS coalition has submitted an official list of candidates to Perak Sultan Azlan Shah.  

The list was handed over to the Sultan’s secretary at 2pm today by a tripartite delegation, and the Ruler is expected to make an announcement within the next two days.  

At a joint press conference, DAP chairperson Ngeh Khoo Ham confirmed that each party has submitted one name.

They are Ngeh himself who is Sitiawan assemblyperson, Pasir Panjang assemblyperson Mohamad Nizar Jamaludin and PKR’s Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi.  

“All three parties have unanimously agreed that we will fully endorse the Sultan’s choice,” said Ngeh, speaking for coalition.  

He stressed that, irrespective of the Sultan’s choice, the new coalition government will make decisions collectively.  

“We therefore call upon party supporters from all three parties to fully support the new menteri besar,” he said

Asked why three names had been submitted – instead of the coalition settling for one nominee – Ngeh replied that the decision was made based on various aspects of the state constitution.  

Complex circumstances

Under the state constitution, the menteri besar has to be a Malay Muslim, but there is a provision that allows the Sultan to waive the requirement.  

None of the 18 DAP elected representatives are Malay Muslim, even though the party controls the most number of seats in the new state government.

It is learnt that the three of seven Malay Muslim PKR assemblypersons were ruled out as they are deemed not to have suitable paper qualifications.  

This makes Mohamad Nizar, 51, the frontrunner as he has academic credentials and ranks high in the PAS Perak hierarchy.  

Observers have noted that the three parties cannot automatically nominate Mohamad Nizar for the post, or the DAP would suffer severe political repercussions.  

DAP has vehemently rejected PAS’ conservative religious agenda in favour of a secular ‘Malaysian Malaysia’ and had even left the PAS-PKR Barisan Alternatif coalition in protest in 2001.

In each general election, however, DAP has worked out a seat-distribution formula with PKR to avoid three-corner fights.

Source: http://malaysiakini.com/news/79641

Pakatan pembangkang bentuk Kabinet bayangan

March 11, 2008 at 10:44 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Mohd Rashidi Hassan
Tue | Mar 11, 08 | 04:58:30 PM
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Hrkh) – Pakatan pembangkang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membentuk Kabinet bayangan sebagai alternatif kepada kerajaan BN yang berada dalam keadaan tidak stabil.

Sehubungan itu, Anwar berkata beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada pemimpin Parti KeADILan Rakyat, PAS dan DAP dalam satu pertemuan tidak lama lagi.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya sebentar tadi, Anwar berkata beliau akan mengusahakan suatu perjanjian bertulis membabitkan ketiga-tiga parti itu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 8 Mac lalu, BN kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen. BN hanya meraih 140 kerusi, manakala pembangkang memperolehi 82 kerusi.

Daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara, 51 daripadanya adalah dari Sarawak dan Sabah.

Walaupun BN memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan kata Anwar, hakikatnya 52 peratus pengundi di Semenanjung menolak mereka.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku ‘cross over’ atau pembelian wakil rakyat, Anwar yakin anggota Parlimen pembangkang tidak akan melompat menyertai BN.

Tegasnya, beliau juga tidak akan berusaha untuk membeli atau meminta mana-mana wakil rakyat BN untuk menyertai KeADILan, PAS atau DAP.

Beliau turut menolak kemungkinan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeADILan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepadanya.

“Saya tidak fikir itu perlu, beliau (Wan Azizah) memenanginya dengan majoriti yang lebih besar,” katanya sambil menolak kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.

Ditanya bagaimana hendak berperanan sebagai pemimpin pembangkang jika tidak berada di Parlimen, Anwar tidak menafikan beliau mahu kembali ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun pada masa ini, beliau akan menjalankan tugasnya membantu kerajaan-kerajaan negeri yang dimenangi pembangkang.

Yang penting katanya, beliau akan menumpukan untuk memperkukuhkan ekonomi lima negeri yang diterajui iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

“Sebenarnya kita menguasai enam negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga kita kuasai,” ujarnya.

Menurut Anwar kelima-lima negeri yang diterajui BA akan menumpu agenda memperbaiki taraf hidup masyarakat berbilang kaum sama ada Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain. – lanh

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13220&Itemid=85

Belakang Nabi ada cop ke?

March 11, 2008 at 2:07 am | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment
SOALAN:

Assalamualaikum..
tumpang tanye..
saya ada sorang sahabat ni..
dia cerita kat saye ttg “khatam nubuwwah”

ini ceritanya:

yang melazimkan percetakkan ini,
Kedai Kitab dan Kedai Percetakan Menara Kudus, Indonesia, dri kitab syarah berzanji m/s 52,
Abdul Jalil Hamid,Qudus( Jawa Tengah )

Terjemahannya : Diantara dua bahu nabi SAW cap kenabian (Khataman Nubuwwah)
penerangan : belakang nabi ada ini, ia bercahaya.

terjemahan :Dia (cap kenabian) daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail,tertulis dalam segitiga itu,” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula, “Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,”( Tamatlah perkataan syarah berzanji m/s 52)

pastu bila saye tanye ade hadith ker?

dia jawab ni:

Terjemahannya: Berkata hadrat Imam Thirmizi RA, barangsiapa berwudhu’lalu melihat ia(ini khatam) diwaktu subuh,nescaya akan dipelihara akan dia ALLAH Taala sampai petang.sesiapa melihat ia di waktu maghrib,nescaya memelihara dia akan ALLAH Taala sehigga waktu subuh,dan barangsiapa melihat ia ketika awal bulan(nampak anak bulan),nescaya memelihara akan dia ole ALLAH Taala sampai akhir bulan,dan barang siapa melihat ia akan awal tahun(nampak anak bulan),nescaya memelihara akan dia oleh ALLAH Taala sampai akhir tahun dari bala dan bencana,dan barangsiapa melihat ia ketika bermusafir,nescaya jadilah safar itu diberkati ALLAH Taala keatasnya,dan barangsiapa mati pada demikian tahun,mengkhatamkan(mengakhirkan) oleh ALLAH Taala baginya dengan iman bahkan aku (Tharmizi) berharap akan ALLAH Taala,bahawasanya barangsiapa melihat ia(ini khatam) dengan benar cintanya akan Nabi SAW,dengan kepercayaan iman yang benar, dengan umurnya yang satu sahaja,memelihara ALLAH Taala akan seluruh apa yang tidak disukai sampai ia bertemu akan ALLAH Taala.(Tamat Syarah Berzanji m/s 52)

Penerangan Ustaz: kalau kia nak bawa pergi berjalan,susah,Jadi kita bayang depan mata kita. InsyaALLAH selamat dala perjalanan.

Harap ustaz dapat tolong saye..

JAWAPAN:

Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW:

Cop yang terdapat pada belakang Nabi SAW adalah benar seperti yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a telah berkata:

ذَهَبَتْ بِي خَالَتِي إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ ابْنَ أُخْتِي وَقَعَ فَمَسَحَ رَأْسِي وَدَعَا لِي بِالْبَرَكَةِ وَتَوَضَّأَ فَشَرِبْتُ مِنْ وَضُوئِهِ ثُمَّ قُمْتُ خَلْفَ ظَهْرِهِ فَنَظَرْتُ إِلَى خَاتِمٍ بَيْنَ كَتِفَيْهِ

“Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda.” (H.R Bukhari)

Dan dari Jabir bin Samurah r.a., katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ شَمِطَ مُقَدَّمُ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ وَكَانَ إِذَا ادَّهَنَ لَمْ يَتَبَيَّنْ وَإِذَا شَعِثَ رَأْسُهُ تَبَيَّنَ وَكَانَ كَثِيرَ شَعْرِ اللِّحْيَةِ فَقَالَ رَجُلٌ وَجْهُهُ مِثْلُ السَّيْفِ قَالَ لَا بَلْ كَانَ مِثْلَ الشَّمْسِ وَالْقَمَرِ وَكَانَ مُسْتَدِيرًا وَرَأَيْتُ الْخَاتَمَ عِنْدَ كَتِفِهِ مِثْلَ بَيْضَةِ الْحَمَامَةِ يُشْبِهُ جَسَدَهُ

“Rambut Nabi SAW kelihatan bercampur putih di kepala bahagian muka dan dijanggut baginda, tetapi apabila telah baginda minyaki tidak nyata kelihatan. Apabila rambut baginda kusut,. Barulah jelas kelihatan dan janggut baginda tebal.”

Lalu bertanya seseorang, “Apakah wajah baginda seperti pedang?”

Jawab Jabir, “Tidak! bahkan bundar seperti matahari dan bulan. Dan aku melihat sebuah cap di bahunya, kira-kira sebesar telur merpati.” Dia serupa dengan warna tubuh baginda.” (H.R Muslim)

Quote:
Dia (cap kenabian) daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail,tertulis dalam segitiga itu,” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau)

al-Hafidz Ibn Hajar mengatakan perincian yang dinyatakan seperti ini tidak sabit di dalam hadith-hadith sahih. Berkata al-Qurtubi: Hadith-hadith sahih bersepakat menyebut bahawa cap kenabian adalah sesuatu yang jelas kemerahan terdapat pada bahu kiri Baginda. Sekurang-kurang kadarnya adalah sebesar telur merpati dan sebesar-besarnya sebuku tangan. Wallahu a3lam.

Rujukan:
– Sahih Bukhari
– Sahih Muslim
– Fathul Bari

Wallahu a3lam.

oleh: Sheikh Izrail (Panel Fiqh Al-Ahkam.Net)

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34886&sid=ede8f806ca5b6f7d66746fd20b617bad

DAP nafi setuju Nizar MB Perak

March 11, 2008 at 1:51 am | Posted in BERITA | Leave a comment

PULAU PINANG 10 Mac – DAP menafikan pihaknya telah mencapai persetujuan untuk melantik Setiausaha Perhubungan Pas Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, meskipun Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran di Perak, namun ketiga-tiga pihak masih belum memutuskan calon untuk memegang jawatan tersebut.

Jelasnya, walaupun Majlis Tertinggi DAP selesai bermesyuarat untuk membincangkan mengenai perkara tersebut di sini, malam semalam namun tiada sebarang keputusan rasmi dibuat mengenai siapa yang akan dipilih untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

‘‘Sama ada dia (Mohamad Nizar) atau tidak, itu kena tunggu. Belum pasti lagi. Bagaimanapun, DAP Perak memberitahu saya bahawa terdapat beberapa nama sudah dihantar kepada Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

‘‘Apa yang diperkatakan itu (Menteri Besar), cuma mereka (Pas) yang umumkan. Semalam memang kita (DAP) telah bermesyuarat tapi parti masih belum mendapat sebarang kepastian lagi berhubung perkara tersebut, tunggulah,” katanya yang juga bakal Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kampung Tanjung Tokong di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, DAP akan mengadakan perbincangan dengan PKR terlebih dahulu dan membuat keputusan secara bersama termasuklah memilih calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar Perak.

‘‘Kami (DAP) tidak akan membuat sebarang keputusan sendiri. Ia akan dilakukan secara bersama kerana ketiga-tiga parti telah bersetuju berkongsi kuasa mentadbir negeri Perak biarpun memperoleh 18 kerusi, DAP tidak mahu dikatakan hanya satu parti sahaja yang membuat keputusan.

‘‘Saya ingin tegaskan sekali lagi, kita tunggu saja. Tunggu perkembangan terkini dari Ipoh, Perak, saya tidak mahu memperkatakan perkara yang sama dan berulang-ulang,” katanya.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang daripada Pas, Mohamad Nizar disebut-sebut akan dipilih menjadi Menteri Besar walaupun parti itu hanya memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding DAP yang memperoleh 18 kerusi.

Perlembagaan negeri Perak memaktubkan hanya wakil rakyat Melayu boleh dilantik memegang jawatan paling tinggi dalam kerajaan negeri.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.