Pakatan pembangkang bentuk Kabinet bayangan

March 11, 2008 at 10:44 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Mohd Rashidi Hassan
Tue | Mar 11, 08 | 04:58:30 PM
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Hrkh) – Pakatan pembangkang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membentuk Kabinet bayangan sebagai alternatif kepada kerajaan BN yang berada dalam keadaan tidak stabil.

Sehubungan itu, Anwar berkata beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada pemimpin Parti KeADILan Rakyat, PAS dan DAP dalam satu pertemuan tidak lama lagi.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya sebentar tadi, Anwar berkata beliau akan mengusahakan suatu perjanjian bertulis membabitkan ketiga-tiga parti itu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 8 Mac lalu, BN kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen. BN hanya meraih 140 kerusi, manakala pembangkang memperolehi 82 kerusi.

Daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara, 51 daripadanya adalah dari Sarawak dan Sabah.

Walaupun BN memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan kata Anwar, hakikatnya 52 peratus pengundi di Semenanjung menolak mereka.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku ‘cross over’ atau pembelian wakil rakyat, Anwar yakin anggota Parlimen pembangkang tidak akan melompat menyertai BN.

Tegasnya, beliau juga tidak akan berusaha untuk membeli atau meminta mana-mana wakil rakyat BN untuk menyertai KeADILan, PAS atau DAP.

Beliau turut menolak kemungkinan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeADILan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepadanya.

“Saya tidak fikir itu perlu, beliau (Wan Azizah) memenanginya dengan majoriti yang lebih besar,” katanya sambil menolak kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.

Ditanya bagaimana hendak berperanan sebagai pemimpin pembangkang jika tidak berada di Parlimen, Anwar tidak menafikan beliau mahu kembali ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun pada masa ini, beliau akan menjalankan tugasnya membantu kerajaan-kerajaan negeri yang dimenangi pembangkang.

Yang penting katanya, beliau akan menumpukan untuk memperkukuhkan ekonomi lima negeri yang diterajui iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

“Sebenarnya kita menguasai enam negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga kita kuasai,” ujarnya.

Menurut Anwar kelima-lima negeri yang diterajui BA akan menumpu agenda memperbaiki taraf hidup masyarakat berbilang kaum sama ada Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain. – lanh

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13220&Itemid=85

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: