Samy-Subra setuju berdamai

March 12, 2008 at 11:11 am | Posted in BERITA | Leave a comment
12/03/2008 5:52pm

KUALA LUMPUR 12 Mac — Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu dan bekas timbalannya, Datuk S. Subramaniam bersetuju berbaik-baik semula dan “melupakan perbalahan lampau” demi perpaduan kaum India berikutan kekalahan mengejut calon-calon MIC pada Pilihan Raya Umum Sabtu lepas.

Kedua-dua pemimpin itu yang tidak sekata selama lebih 30 tahun, bersetuju berganding bahu susulan keputusan pilihan raya umum itu yang menyaksikan pemimpin utama parti berkenaan tewas.

Perbalahan antara kedua-dua pemimpin itu sampai ke kemuncaknya apabila Subramaniam, yang lebih mesra dengan panggilan Subra di kalangan anggota parti, kalah jawatan nombor dua pada pemilihan MIC 2006, setelah memegang jawatan itu selama 26 tahun.

Ketika itu, Samy Vellu mencadangkan Timbalan Presiden sekarang, Datuk G.

Palanivel mengisi jawatan itu dan pada pemilihan parti 2006, Palanivel menewaskan Subramaniam.

“Saya mahu melupakan semua perbalahan yang mungkin ada dengan Datuk Subra sebelum ini kerana sekarang adalah masa untuk mengukuhkan parti,” kata Samy Vellu selepas mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu di sini hari ini.

Beliau turut memberi lampu hijau kepada Subramaniam untuk bertanding mana-mana jawatan parti, apabila MIC mengadakan pemilihannya tahun depan.

Ditanya sama ada Subramaniam layak bertanding pada pemilihan parti yang akan datang, Samy Vellu berkata: “Mengapa tidak. Beliau boleh bertanding pada pemilihan itu… tak ada masalah.”

Presiden MIC itu berkata beliau berbincang selama 90 minit dengan Subramaniam semalam dan bekas timbalan presiden itu telah menyuarakan kesediaan beliau untuk membantu memperkukuhkan parti politik berasaskan kaum India yang terbesar itu dan mengembalikan kegemilangannya.

Pada Pilihan Raya Umum Sabtu lepas, calon-calon MIC kalah teruk, dan hanya menang di tiga daripada sembilan kawasan Parlimen yang ditandinginya.

Selain Samy Vellu, Timbalan Presidennya, Datuk G. Palanivel, Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan, Ketua Pemuda, S.A. Vigneswaran dan Ketua Wanita, Datin Paduka K. Komaladevi, kalah.

Hanya Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S. Subramaniam, Ketua Penerangan, Datuk M. Saravanan dan S.K. Devamany menang di kawasan parlimen masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Samy Vellu juga sudah berbaik-baik dengan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas yang tewas di kerusi Parlimen Taiping.

Setelah bertelagah lebih dua tahun, kedua-dua pemimpin itu bertemu dan berbual selepas mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) Isnin lepas.

Samy Vellu juga berkata MIC akan terus menjalin hubungan rapat dengan Barisan Progresif India (IPF) dan presidennya Tan Sri M.G.Pandithan. – BERNAMA

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: