BERTAM buat laporan polis terhadap kenyataan Guan Eng

March 15, 2008 at 4:41 pm | Posted in BERITA | Leave a comment
15/03/2008 5:16pm

SHAH ALAM 15 Mac — Badan Bertindak Melayu (BERTAM) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur BERTAM, Ahmad Sharizal Jimin berkata, laporan itu dibuat kerana ucapan Lim pada 11 Mac lepas bahawa kerajaan baru Pulau Pinang pimpinan DAP tidak akan melaksanakan polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) di dalam pentabdirannya yang didakwa menimbulkan kronisme dan rasuah.

Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Seksyen 11, di sini hari ini.

Ahmad Sharizal berkata, beliau merujuk ucapan Lim yang disiarkan dalam laman rasmi DAP dan bukannya laporan akhbar bagi mengelakkan daripada dikatakan salah tafsir mengenai ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang itu. “Kami percaya ucapan (Lim) Guan Eng menyalahi peruntukan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan ia juga boleh menyebabkan dan mencetuskan sensitiviti antara kaum.

“Kami tidak mahu berlaku salah faham antara kaum kerana percetusan api perkauman senang dimulakan tetapi sukar dipadamkan,” katanya.

Ahmad Sharizal berkata, tindakan Guan Eng juga menunjukkan DAP memperlekehkan hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera lain di Sabah dan Sarawak dan menipu mereka kerana sebelum ini DAP tidak pernah menyatakan dalam manifesto pilihan raya parti itu untuk memansuhkan DEB.

Beliau berkata, BERTAM Selangor yang dianggotai oleh badan gabungan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) di peringkat negeri seperti Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan & Profesyen Wanita (PENIAGAWATI) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ditubuhkan dua hari lepas bagi memperjuangkan hak kaum Melayu.

Lebih 100 orang penyokong BERTAM mengiringi Ahmad Sharizal berarak ke ke IPD Shah Alam dari Bangunan UMNO Shah Alam sambil membawa sepanduk dan melaungkan “Hidup Melayu” “Hidup DEB” dan “Daulat Tuanku”. Bagaimanapun kumpulan itu yang berkumpul di hadapan IPD diarahkan bersurai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, SUP Shariff Abdul Wahid selepas 20 minit meluahkan perasaan mereka secara aman sejak pukul 11.05 pagi.

Ketika ditanya adakah perarakan itu mendapat permit polis, Ahmad Sharizal berkata: “Tak minta permit, kita tak buat perhimpunan. Mereka menemani saya nak buat laporan polis.” – Bernama

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: