Isu MB: Idris dapat sokongan padu ADUN BN

March 16, 2008 at 6:52 pm | Posted in BERITA | Leave a comment
16/03/2008 5:09pm

MARANG 16 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh mendapat sokongan padu daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar Terengganu.

Sebanyak 22 daripada 23 ADUN daripada parti itu menyokong Idris dengan menandatangani surat sokongan berhubung perkara itu dalam pertemuan mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam.

Hanya seorang ADUN BN tidak menyatakan sokongan terhadap Idris untuk terus memimpin negeri ini.

Terengganu mempunyai 24 orang ADUN BN termasuk Idris yang merupakan wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh. Lapan lagi kerusi DUN dikuasai oleh Pas.

Idris ketika mengesahkan perkara itu berkata, 22 ADUN terlibat sebelum ini sudah menyatakan sokongan mereka kepada beliau untuk terus menerajui negeri ini.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: