Kenyataan Ghani Patail tidak wajar

March 19, 2008 at 4:58 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Intan Abdullah
Wed | Mar 19, 08 | 12:13:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) – Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mengeluarkan kenyataan seolah-olah menegur Yang Di-Pertuan Agong mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu dianggap tidak wajar.Pensyarah Kuliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Abdul Ghani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka kepada umum.

“Dia telah membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku, lantaran kelewatan proses perlantikan Menteri Besar Terengganu dengan mendakwa terdapat campurtangan dalam hal tersebut oleh Yang Di-Pertuan Agong, ia adalah tindakan yang tidak wajar.

“Kenapa dia perlu buat kenyataan terbuka mengenai hal tersebut sedangkan beliau boleh menyelesaikannya secara prosedur yang lebih sesuai,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Aziz juga mempertikaikan mengenai tindakan campurtangan Peguam Negara itu yang menimbulkan persoalan berkaitan bidang kuasa beliau.

“Sebagai Peguam Negara, beliau adalah penasihat undang-undang Persekutuan, sedangkan Penasihat Undang-undang Negeri tidak memberikan apa-apa komen.

“Ini jelas menunjukkan beliau telah melanggar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dan ini adalah suatu perkara yang tidak betul,” katanya.

Abdul Ghani telah mengeluarkan kenyataan rasmi jam 11.45 malam tadi.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Abd Ghani Patail:

Pelantikan Menteri Besar Terengganu dibuat oleh Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja menurut Perkara 14(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Dalam hal ini, calon yang layak dilantik sebagai Menteri Besar hendaklah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja boleh mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyedari sepenuhnya tentang peruntukan tersebut dan bahawa Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar. Ini adalah kerana menurut perkara 34(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Baginda sebagai Raja Negeri Terengganu kecuali fungsi sebagai Ketua Agama Islam.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon Baginda sendiri bagi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, dan baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut.

Dalam soal pemilihan Menteri Besar, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa jua daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut hendaklah dilantik.

Dalam hal yang sedemikian, mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Oleh kerana itu dalam hal pelantikan Menteri Besar, tidak berbangkit isu perebutan antara Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja pada satu pihak dengan Kerajaan Negeri pada satu pihak lain.

Proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.– tajdid

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13373&Itemid=28

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: