Ku Li mahu cabar presiden Umno

March 19, 2008 at 2:01 pm | Posted in BERITA | Leave a comment
Mar 19, 08 6:01pm
kemaskini 7:45pm Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.

Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno.

Tengku Razaleigh gagal mencabar Abdullah bagi jawatan presiden pada 2004 setelah tidak berjaya mencapai 30 peratus pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan beliau mencabar jawatan tersebut.

Selain jawatan presiden, Umno juga menetapkan 20 peratus pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus) dan majlis tertinggi (5 peratus).

Bercakap di sidang media di Kota Bharu petang tadi, Tengku Razaleigh berkata ketewasan besar-besaran Umno dan BN tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Siapa yang bertanggungjawab tidak boleh terus tidur,” katanya.

Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan, juga menggesa kepemimpinan negara mengambil berat kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah yang akan membawa kesan kepada Malaysia.

Katanya, apabila kadar jenayah di negara ini makin meningkat, itu menandakan ekonomi sedang lemah.

Beliau, yang juga bekas naib presiden Umno, turut menyatakan sokongan kepada exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk menyuarakan desakannya agar Abdullah meletakkan jawatan.

“Mukhriz berhak menyuarakan pendapat, Umno bukan parti satu orang. Setiap ahli Umno berhak bersuara,” katanya, yang juga mesra dipanggil Ku Li.

Esok, tambahnya, bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat bagi mencadangkan Umno memanggil mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan isu kekalahan teruk Umno.

Mengulas tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), Ku Li berkata sebahagian kritikan pemimpin pembangkang tentang dasar itu ada kebenarannya.

DEB, tambahnya, telah lari daripada semangat asal sewaktu ia digubal pada 1970, selepas tragedi rusuhan 13 Mei, bagi membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Seperti dakwaan pembangkang, beliau bersetuju bahawa wujud amalan kronisme dalam pelaksanaan DEB apabila sesetengah pemimpin atau individu yang rapat dengan mereka menunjukkan kekayaan berlebihan.

Sebagai seorang yang terlibat di peringkat awal merumuskan dasar itu, kata Ku Li lagi, beliau menyokong dasar itu diteruskan.

Beliau juga bersetuju dengan gesaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Umno dibersihkan selepas parti itu tewas pada pilihanraya umum 8 Mac.

Sebelum itu, bekas pengasas Parti Melayu Semangat 46 itu disambut meriah oleh kira-kira 100 penyokong di lapangan terbang Pengkalan Chepa, kira-kira setengah jam dari kediamannya di Palm Manor.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/80114

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: