Sepakat Azizah ketua pembangkang

March 19, 2008 at 5:24 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Mar 19, 08 12:26pm
Ketiga-tiga parti pembangkang sepakat melantik wakil Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai ketua pembangkang baru di Dewan Rakyat bagi penggal ini susulan kejayaan PKR mendapat jumlah kerusi paling banyak.

PKR menguasai 31 kerusi parlimen, DAP dan PAS masing memperoleh 28 dan 23 kerusi.

Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR, disokong oleh tokoh utama DAP Lim Kit Siang, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika ia menjadi kenyataan, Dr Wan Azizah merupakan ketua pembangkang pertama dalam sejarah negara.

Dalam kenyataan ringkas, ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini berkata Dr Wan Azizah kekal dengan jawatan itu sehingga Anwar mengambil alihnya selepas layak bertanding dan menang.

Kenyataan tiga perenggan itu dikeluarkan oleh PKR tengah hari ini.

Semalam Lim, ketua pembangkang pada sesi lalu, menyatakan sokongannya pada pelantikan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang.

Sejak 1973, Lim mengepalai parti pembangkang sehingga tewas pada 1999. Beliau berkhidmat selama 30 tahun.

Presiden PAS waktu itu Datuk Fadzil Noor menggantikannya susulan kemenangan besar partinya ekoran kes pemecatan Anwar.

Tugas itu kemudian dipikul oleh Abdul Hadi sehingga 2004.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/80077

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: