Anwar tegaskan ‘beli orang’ bukan tradisi KeADILan, PAS dan DAP

March 22, 2008 at 9:49 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Mar 22, 08 | 10:24:20 am MYT
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata emang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemuinya yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beliau menegaskan ‘beli orang’ seperti yang didakwa Umno/BN bukan tradisi parti pembangkang. <!—-><!––>”Memang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemui saya dan prinsip kita siapa sahaja yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beli orang bukan tradisi kita,” katanya.

“Kalau ada yang berbicara soal (bayaran) kita batalkan perbincangan sama sekali…kita tidak terburu-buru kerana kita mempunyai waktu,” katanya.

Anwar juga berkata pihaknya akan membuat pengumuman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Serian, Dato’ Richard Riot Anaj Jaem selepas parti itu mendapat surat rasmi mengenainya.

Beliau berkata demikian dalam satu laporan akhbar versi internet (klpost) ketika ditanya mengenai berita mengenai Richard Riot yang dikatakan telah menyertai KeADILan.

Mengulas mengenai laporan bahawa KeADILan sedang melobi anggota Parlimen BN menyertai pakatan KeADILan, PAS dan DAP, beliau mendakwa ramai anggota parlimen BN telah menyatakan hasrat menyertainya tetapi pihaknya tidak mahu terburu-buru.

Beliau mengakui telah mengadakan perjumpaan dengan wakil BN di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.

Wakil rakyat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Richard Riot bakal menjadi ahli parlimen Pertama meninggalkan BN jika perkara itu berlaku namun Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan semalam menganggap ia sebagai khabar angin dan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan daripada Richard.

Pakatan KeADILan, PAS dan DAP kini menguasai 82 kerusi Parlimen manakala BN mempunyai 140 kerusi. Majoriti mudah yang diperlukan untuk menguasai parlimen ialah 112 kerusi.

Sebelum itu, Anwar berkata lima kerajaan negeri yang diperintah PAS, DAP dan KeADILan memberi jaminan kepada pelabur asing dan tempatan semua projek pelaburan di negeri-negeri terbabit diberi kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.

“Kita akan pastikan proses pelaburan di negeri-negeri ini (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) berjalan licin dan tidak ada kebocoran,” katanya pada sidang akhbar selepas berjumpa Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak.

Beliau berkata kepimpinan tiga parti itu memberi jaminan kepada para pelabur asing dan tempatan akan mewujudkan iklim pelaburan tersebut dalam usaha mereka memberi tumpuan utama menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri.

Anwar berkata beliau akan melawat negara Arab minggu depan serta menemui beberapa syarikat besar China dan perkara berkenaan akan dimaklumkan kepada mereka bagi menarik mereka melabur di negeri-negeri terbabit.

Beliau berkata lima kerajaan negeri itu perlu memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kerana jika perkara itu gagal dilaksanakan, kerajaan negeri terbabit tidak akan dapat mengagihkan kekayaan dengan adil dan saksama kepada rakyat seperti dijanjikan dalam pilihan raya.

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13441&Itemid=28

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: