Kabinet baru tidak dinamik, bebankan rakyat! – Dr. Aziz Bari

March 22, 2008 at 9:46 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Mar 22, 08 | 9:34:10 am MYT
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) -Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa lalu, dilihat tidak membawa apa-apa yang memberangsangkan kepada negara mahupun rakyat. <!—-><!––>”Malah kalau dilihat dari sudut Perlembagaan ia sesuatu yang membebankan,” demikian ulasan Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Profesor Undang-undang dari UIAM itu mengakui memang tidak ada jumlah minimum atau maksimum sebagaimana pelantikan Exco di dalam Perlembagaan-Perlembagaan Negeri.

“Semua negeri di Malaysia perlu mematuhi ketetapan Perlembagaan dimana anggota Exco tidak boleh kurang dari empat dan tidak melebihi sepuluh,” jelas beliau.

“Dan ini tidak termasuk anggota ex-officio yang terdiri dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Sebab itu, tambah Dr Abdul Aziz lagi, beliau berasa pelik tentang peruntukan mana yang digunakan untuk meletakkan Mufti di dalam Exco negeri-negeri tertentu.

“Ini kerana Mufti bukan anggota Dun dan bukan anggota ex-officio sebagaimana yang ditetapkan oleh semua Perlembagaan Negeri di Malaysia,” tegasnya lagi.

Beliau menyeru lima negeri yang dikuasai oleh Barisan Rakyat (BR) agar tidak berbuat demikian kerana itu akan dijadikan isu oleh media milik BN yang sentiasa mencari sebab untuk menghentam mereka.

Dr. Abdul Aziz yang menulis buku pertama mengenai sistem kabinet bertajuk Cabinet Principles in Malaysia pada 1999 menyebut dua perkara yang begitu menonjol di dalam kabinet Barisan Nasional kali ini.

“Yang pertama ialah ia masih terlalu besar meskipun ia telah diperkecilkan. Yang kedua kabinet itu disertai oleh mereka yang tidak dipilih seolah-olah mereka itu terlalu baik atau di dalam Dewan Rakyat tidak ada calon yang sesuaian” katanya.

Beliau menjelaskan, meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara Westminster yang lain.

“Contohnya di United Kingdom yang penduduknya seramai 60 juta mereka hanya mempunyai 23 orang menteri kabinet. Sementara itu India yang mempunyai penduduk seramai 1.1 bilion hanya mempunyai 32 orang menteri

Dr. Abdul Aziz bertanya adakah wajar jika rakyat negara ini yang seramai 27 juta diminta menanggung hampir 30 orang menteri?

Katanya lagi, Malaysia hanya memerlukan sekitar 12 ke 15 orang menteri penuh.

Untuk itu, sambungnya, kita perlu jelas bahawa peranan dan tugas menteri ialah membuat dan menyelia dasar, bukan membuat kerja-kerja rutin yang seharusnya dipikul oleh perkhidmatan awam.

“Oleh kerana mereka kabur tentang peranan kabinet maka rakyat terpaksa menanggung kos menyara menteri-menteri itu,�� komennya.

Pensyarah UIAM itu mengingatkan, kos ini melibatkan gaji, elaun, kenderaan, pegawai, rumah dan pencen. “Oleh sebab itu rakyat berhak diyakinkan mengapa dan untuk apa bilangan seramai itu dilantik ke kabinet?” soalnya.

Beliau berpendapat Perdana Menteri tidak harus melihat kuasa membentuk kabinet sebagai hak mutlak yang tidak terbatas.

Mengenai pelantikan menteri melalui senator pula Dr. Abdul Aziz mengakui bahawa Perlembagaan memang membolehkannya.

“Tetapi takkanlah sampai begitu ramai kerana Perlembagaan sebenarnya sekadar memberi ruang untuk mereka yang berkebolehan dan mempunyai nilai tambah yang tinggi yang rakyat perlukannya,�� tegas beliau sambil mengingatkan keharusan ini tidak harus disalahgunakan.

“Saya fikir keutamaan perlu diberikan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat” katanya.

Dua isu penting ini, selain kemurungan yang menyelubungi komponen Barisan Nasional, menyebabkan kabinet yang diumumkan itu hambar dan menimbulkan banyak persoalan.

Beliau bagaimanapun, menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melakukan hal yang sama selepas pilihan raya 1999 bukanlah isu asas. Dalam soal ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya mengikut apa yang Mahathir mulakan.

“Saya fikir Perlembagaan sekadar mengharuskan, bukan menggalakkan perlantikan menteri dari kalangan senator kerana ini menggalakkan orang masuk kabinet melalui pintu belakang,” ujarnya.

Tetapi Dr. Abdul Aziz mengingatkan bahawa Perdana Menteri mestilah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat – Senator tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri./wann

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13437&Itemid=28

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: