Selangor: Melayu 5, bukan Melayu 5

March 22, 2008 at 10:08 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Mar 21, 08 12:09pm
Barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan Selangor kemungkinan besar menyaksikan komposisi yang sama antara Melayu dan bukan Melayu, berbeza daripada nisbah bawah pentadbiran BN.

PKR mendapat empat anggota, manakala DAP dan PAS masing-masing tiga orang.

Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya wanita – dua wakil PKR, dan masing-masing seorang daripada PAS dan DAP.

Sumber-sumber memaklumkan, barisan exco tersebut seperti berikut:
PKR
bullet buttonDr Xavier Jayakumar Arulanandam (Seri Andalas)
bullet buttonYaakob Sapari (Kota Anggerik)
bullet buttonRodziah Ismail (Batu Tiga)
bullet buttonElizabeth Wong (Bukit Lanjan)

DAP
bullet buttonTeresa Kok (Kinrara)
bullet buttonRonnie Liu Tan Khiew (Pandamaran)
bullet buttonEan Yong Hien Wah (Seri Kembangan)

PAS
bullet buttonDr Hassan Mohamed Ali (Gombak Setia)
bullet buttonDr Halimah Ali (Selat Kelang)
bullet buttonIskandar Abdul Samad (Chempaka)

Senarai ini, dipercayai telah diserahkan kepada istana, bagaimanapun belum muktamad.

Selangor bawah pentadbiran BN menyaksikan pengagihan enam jawatan kepada wakil rakyat Melayu, dan selebihnya bukan Melayu.

Komposisi barisan exco gaya BN ini menjadi tuntutan sekumpulan warga negeri itu ‘Gabungan Melayu Selangor’, yang dikepalai ketua Pemuda Umno negeri Abdul Shukor Idrus (wakil Kuang), kelmarin dalam memorandum mereka kepada istana.

Barisan exco kerajaan negeri Selangor akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang Isnin depan, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Beliau akan mengumumkan barisan exco berkenaan selepas majlis angkat sumpah.

Khalid enggan mengulas lanjut mengenai komposisi barisan exco negeri, tetapi berkata: “Kami (PKR, DAP and PAS) telah dapat menyelesaikannya.”
    
Mengenai jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata beliau akan menjelaskan perkara itu selepas majlis angkat sumpah ahli exco Isnin depan.

Dalam pilihanraya umum lepas, PKR menang 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/80182

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: