Selangor belum lantik TMB

March 24, 2008 at 6:18 am | Posted in BERITA | 3 Comments
Mar 24, 08 12:23pm
Sepuluh anggota exco kerajaan negeri Selangor mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, buat masa ini, timbalan menteri besar belum dilantik lagi.

Sementara itu, Teresa Kok memberitahu pemberita, beliau telah dilantik sebagai exco kanan yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio pelaburan, perindustrian dan perdagangan.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim tidak hadir di majlis angkat sumpah hari ini. 

Ketika ditanya mengenainya, Teresa berkata, Teng dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina semalam, bahawa beliau tidak menerima jemputan menghadiri upacara tersebut.

Malaysiakini difahamkan, Teng bakal dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Ditanya sama ada penyokong Teng tidak akan puashati, Teresa berkata ia bergantung kepada reaksi Teng. 

Turut menghadiri upacara tersebut ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, komposisi ahli exco yang dilantik hari ini adalah empat dari PKR, tiga dari DAP dan tiga dari PAS. Mereka ialah:

bullet button Xavier Jayakumar Arulanandam (PKR – Seri Andalas) 

bullet buttonYaakob Sapari (PKR – Kota Anggerik)

bullet buttonRodziah Ismail (PKR – Batu Tiga)

bullet buttonElizabeth Wong (PKR – Bukit Lanjan)

bullet buttonTeresa Kok (DAP – Kinrara)

bullet buttonRonnie Liu Tan Khiew (DAP – Pandamaran)

bullet buttonEan Yong Hien Wah (DAP – Seri Kembangan)

bullet buttonDatuk Dr Hassan Ali (PAS – Gombak Setia)

bullet buttonDr Halimah Ali (PAS – Selat Kelang)

bullet buttonIskandar Abdul Samad (PAS – Chempaka)

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/80271

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. If Chinese and Indians are not even qualified to be a Timbalan Menteri Besar,what for we have this election?What is the point of us supporting the opposition?This is a clear discrimination based on race and religion.We are treated as 2nd class and 3rd class citizens in this country.

    Secretary
    Concern Youth Movement

  2. Dear DAP,
    Why is YB Teng, the most senior assemblyman in Selangor, being by-passed?

    In what ways are the three DAP Exco members more qualified than YB Teng?

    Please do not forget that in the past when other DAP candidates were losing one election after another, YB Teng had always made DAP and it’s members proud.

    If DAP practises factionalism, it will surely self-destruct itself one day. Don’t be carried away by your recent overwhelming success because the groundswell may not be in your favour next time.

    I am of the opinion that the exco members must be appointed based on merit only and nothing else.

    Thank you.

  3. kawanku rakyat malaysia..
    jika kita mempelajaran sejarah, kita akan tahu kenapa perkara2 ini terjadi.. org melayu takut jika org yg memerintah malaysia bukan terdiri dari golongan melayu islam.. kedudukan melayu dan islam akan tergugat.. jika ingin melihat ada timbalan dikalangan bukan melayu.. peminpin bukan melayu perlu menunjukkan satu jaminan secara mutlak terhadap perkara ini.. jika ianya berjaya, tidak mustahil akan ada perubahan dari segi corak pemilihan pemimpin..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: