MT sokong Ahmad MB Terenganu

March 27, 2008 at 12:42 pm | Posted in BERITA | 3 Comments
Mar 27, 08 7:12pm
Majlis Tertinggi Umno sepenuhnya menyokong pelantikan menteri besar baru Terengganu  Datuk Ahmad Said, kata seorang anggota majlis itu.

“Tiada seorang pun (ahli MT) yang bantah,” katanya kepada Malaysiakini.

Susulan itu, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh menerima pelantikan yang dibuat oleh pihak istana.

Idris, sebagai ketua perhubungan Umno negeri, dan dua lagi ahli MT dari negeri itu turut hadir.

Ketua bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar, dan ketua Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, antara tokoh Umno negeri yang menolak Idris.

Keutamaan Umno negeri itu, kata Perdana Menteri, untuk melantik barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri secepat mungkin.

Abdullah juga menafikan keputusan MT menerima Ahmad sebagai “memalukan” beliau dan parti.

Mesyuarat itu, yang diadakan di ibu pejabat Umno mulai pukul 3 petang, berlangsung lebih empat jam.

Abdullah juga mengumumkan Ahmad sebagai menteri besar dalam sidang medianya selepas mesyuarat itu.

Beliau juga mengumumkan Umno akan mengadakan pemilihan agung 16-20 Disember.

Pertandingan peringkat cawangan dan bahagian bermula 17 Julai, katanya.

Isu perhimpunan khas yang dibawa oleh Tengku Razaleigh Hamzah tidak menjadi topik perbincangan.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/80497

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Ok… What happen to the 22 BN assenblymen that threaten to resign if Idris is not chosen??????? Balls to them.

  2. Sekarang macam mana dengan 22 ADUN UMNO Terengganu? Perlukah mereka mohon ampun dari DYMM Agong? Dan macam mana pulak dengan wang ehsan berbillion billion? Harap rakyat Terengganu tidak ditindas dan dirompak oleh UNMO lagi.

  3. memang memeritkan kepada 22 adun BN itu.. kini, mereka terpaksa menelan air ludah mereka sendiri jika mahu terus survive dalam dunia politik diterengganu..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: