Timbalan menteri letak jawatan

March 27, 2008 at 5:27 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Mar 27, 08 6:01am
Lebih kurang seminggu sejak dilantik, Datuk Abdul Ghapur Salleh membuat kegemparan apabila meletak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Surat peletakan jawatan pemimpin Umno itu dikirim semalam kepada Perdana Menteri dan berkuatkuasa serta-merta.

Perkembangan mengejutkan ini satu lagi tamparan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas ketewasan besar-besaran BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Peletakan jawatan ahli parlimen Kalabakan, yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lalu, mengikut jejak dua lagi ahli parlimen BN yang enggan menerima jawatan timbalan menteri selepas nama mereka diumumkan dalam barisan kabinet pada 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan.

Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri luar.

Kedua-duanya dilaporkan menolak, antaranya, dengan alasan telah lama berkhidmat dan sewajarnya diberikan jawatan menteri.

Penolakan seumpama itu dipercayai pertama kali berlaku.

Malaysiakini difahamkan, surat peletakan jawatan Abdul Ghapur dikirim melalui faksimili ke pejabat Perdana Menteri petang semalam.

Malam tadi desas-desus tentangnya mula berkembang melalui mesej SMS dan laman-laman web, termasuk percubaan untuk menekannya agar menarik balik surat tersebut.

Setakat ini belum jelas sebab-sebab beliau berbuat demikian.

Perdana Menteri setakat tengah malam tadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Selain itu, pemilihan kabinet Abdullah kali ini menyaksikan perasaan kurang senang yang meluas di beberapa negeri dan dalam kalangan beberapa tokoh.

Sehari selepas pengumuman kabinet, ahli parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan jawatan setiausaha agung Umno dan BN susulan penggugurannya daripada kabinet.

Datuk Seri Rafidah Aziz, wakil Kuala Kangsar, melahirkan rasa terkejut.

Di Sabah, beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk Umno berasa tidak dihargai walaupun telah memberi sokongan besar dalam pilihanraya ke-12.

Gara-gara itu, dua ahli parlimen dari Sarawak dilaporkan ingin meninggalkan BN – Datuk Dr Tiki Lafe (Mas Gading) dan Richard Riot (Serian) bagaimanapun menafikannya

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/80450

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: