Sokongan kepada Istana Terengganu, lebih 2000 rakyat sertai solat hajat

March 29, 2008 at 6:15 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Awang Harun
Sat | Mar 29, 08 | 11:00:03 am MYT
KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Hrkh) – Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dinamakan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) kini semakin dikenali ramai apabila dilihat paling lantang dalam isu menyokong, membela serta berusaha mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan khususnya di Terengganu. <!—-><!—->Isu tersebut timbul apa Barisan Nasional (BN) Terengganu yang berjaya memenangi 24 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu menghadapi kemelut perlantikan jawatan Menteri Besar (MB).

Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato’ Ahmad Said ditentang oleh bekas MB, Dato’ Seri Idris Jusoh serta 22 Adun-adun lain.

Berikutan itu, bantahan serta protes dilakukan terhadap Istana Tuanku dan MPPR oleh penyokong Umno/BN Terengganu di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman, dekat sini, pada 23 Mac 2008 lalu.

Tindakan tersebut telah menimbulkan reaksi kurang senang serta kemarahan rakyat umumnya apabila terdapat slogan kain rentang yang dipercayai menghina pihak Istana Tuanku dan MPPR.

Antaranya, ‘kami Nak Idris, Natang’ (Binatang) yang menimbulkan kontroversi, ‘Kami Menyokong Kepimpinan YAB Dato’ Seri Idris Jusoh’ ; ‘kami Mahukan Idris Jadi MB’ dan sebagainya.

Sehubungan itu, berpuluh aduan dan laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan NGOs yang prihatin serta menentang sebarang usaha mencemar nama baik Tuanku Sultan dan Istana.

Semalam, MAMPAT turut mengadakan Majlis Pelancaran Pengumpulan Tandatangan Sokongan dan Pembahagian Riben Kuning di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) di Kuala Ibai, Khamis lalu.

Manakala, pada sebelah malam diadakan solat hajat dalam Program Munajat Perdana yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Sheikh Ismail Mohammad bagi memohon perlindungan, keberkatan dan kesejahteraan daripada Allah s.w.t ke atas Baginda, Pemangku Raja serta rakyat jelata.

Tinjauan Harakahdaily mendapati lebih 2000 rakyat menyertai program solat hajat tersebut dan orang ramai yang hadir masih berpeluang menandatangani sokongan kepada Istana Terengganu./wann

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13601&Itemid=28

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: