Hishammuddin kosongkan ketua Pemuda

April 3, 2008 at 3:29 pm | Posted in BERITA | Leave a comment
Muda Mohd Noor | Apr 3, 08 1:56pm
kemaskini 2:53pm Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno dalam pemilihan agung parti itu Disember ini.

hishammuddin hussein pc 030408 04“Saya membuat keputusan awal supaya mereka yang berminat boleh bergerak ke depan (untk jawatan ini),” katanya, mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di Putrajaya tengah hari ini.

“Bagaimanapun saya tetap menjadi ketua Pemuda sehingga 14 Disember ini (menjelang pemilihan ketua baru).

“Dalam tempoh itu saya akan terus memimpin, memantau dan membimbing pergerakan itu.

“Saya melepaskan jawatan ini bukan kerana tekanan tetapi bergerak untuk melakukan reformasi dalam parti.”

Tambahnya, pengumuman awal untuk tidak bertanding lagi dibuat bagi memudahkan persiapan kempen mereka yang berminat.

khir toyo and khairy jamaluddinKeputusan melepaskan jawatan itu  – yang dipegangnya sejak lapan tahun lepas – akan membuka ruang persaingan sengit kepada muka-muka baru yang berminat, antaranya ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

Hishammuddin mengotakan janjinya selepas dipilih semula pada 2004  bahawa beliau berminat memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja.

Pemilihan Umno, yang sepatutnya diadakan tahun lepas, bermula antara 16-20 Disember.

Ia bermula dengan mesyuarat perwakilan Umno peringkat cawangan antara 17 Julai hingga 24 Ogos, dan mesyuarat peringkat bahagian pada dari 9 Oktober hingga 9 November.

Hishammuddin bagaimanapun enggan menjelaskan jawatan baru yang akan ditandinginya.

“Saya tidak boleh menyatakan jawatan (lebih tinggi) yang akan saya tandingi dalam pemilihan ini. Dalam tradisi Umno, tidak semestinya ketua Pemuda akan bertanding naib presiden,” katanya, yang juga Menteri Pelajaran, di kementeriannya.

Kekosongan jawatan itu juga mungkin memberi peluang kepada calon-calon lain, antaranya exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir.

Kelmarin beliau enggan mengulas sama ada akan bertanding jawatan teratas pergerakan itu, sebaliknya berkata beliau menunggu keputusan Hishammuddin dahulu sebelum membuat keputusan.

zahid hamidi 02Beliau menjadi ketua Pemuda Umno tanpa bertanding sejak 2000 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Ahmad Zahid Hamidi dua tahun sebelumnya.

Pada 1998, pergerakan itu mengalami perpecahan teruk susulan pemecatan timbalan perdana menteri, dan juga timbalan presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Khairy belum menyatakan sebarang keputusan, Dr Mohd Khir telah mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan itu awal minggu ini.

Bekas menteri besar Selangor itu, yang melepaskan jawatan sebagai ketua badan perhubungan Umno negeri, dijangka bertembung dengan “musuh tradisinya” Khairy – walau menantu Perdana Menteri ini diuar-uarkan mula mengambil langkah berundur susulan ketewasan besar BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Dihubungi Malaysiakini selepas pengumuman Hishammuddin, Dr Mohd Khir berkata beliau sedang mengumpul maklum balas daripada Pemuda di bahagian-bahagian.

Keputusan muktamad untuk bertanding ketua Pemuda, katanya, akan diumumkan tidak lama lagi.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/80815

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: