Hukum Alkohol Dalam Makanan

April 10, 2008 at 4:55 pm | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

SOALAN:

Assalamualaikum.ust…sy just nak konfermkan pemahaman sy dr kuliah ust mengenai istihalah dan istilak.

istihalah=apabila sesuatu bahan bertukar unsur yg tidak menyerupai unsur asal(eg:arak menjadi cuka/alcohol menjadi eter)

istilak=apabila sesuatu bahan melarut dalam unsur yg lain menjadikan unsur bahan yg melarut hilang sifat kerana lemah(eg:alcohol yg dititiskan dalam satu tong air)

betui dak ust pemahan mengenai kedua istilah ini??

dalam kes alcohol kite ade bincg:ALCOHOL BUKANLAH ARAK…dan ARAK BUKANLAH ALCOHOL.jadi yg haram adalah arak…dan alcohol tak haram MELAINKAN ethanol@ethyl alcohol kerana ia unsur utama dalam arak.betui???dan persoalan lain….JADI BULEH TAK KAMI MENYIMPULKAN MANA2 MAKANAN YG ADE TERTULIS ALCOHOL PADA INGREDIENTS MAKANAN MAKA BULEH DIMAKAN TETAPI ANDAI KATER TERTULIH ETHANOL@ETHYL ALCOHOL MAKA HARAM DIMAKAN??

Persolan seterusnye mengenai GELATIN.kalu tak silap…ade pendapat ulamak mengatakan bahawa GELATIN BULEH BERUBAH UNSUR.dan dalam hukum istihalah…berubah unsur maka akan berubah hukum.JADI….APAKAH PANDUAN TERBAIK MEMILIH MAKANAN BERGELATIN?sori ust….bab gelatin tak clear sgt ritu…..kami just nakkan konfirmation…mengenai gelatin nih.ADAKAH GELATIN YG TERTULIH PD INGEDIENTS MERUPAKAN GELATIN YG TELAH BERUBAH UNSURNYE atau…kalu ade tertulih GELATIN MAKA ELOK DIELAKKAN SAJA UNTUK MENGAMBIL MAKANAN TERSEBUT?

dan kalu ust ade panduan lain yg lebih jelas dalam memilih makanan maka silala sertakan.untuk pengetahun ust…kebanyakkan makanan di ukraine dan russia sumenye berunsurkan alcohol….dr roti murah…kek…cekelat…eskrim.jd student selalu kompius cam ne nak amik makanan2 nih.mereka mahu makan tapi tak tahu gane nak memilih yg terbaik.

kalu ade kesilapan dalam pemahaman saye nih mintak ust perbetuikan sbb line asek putuih2 ritu.
jd asek kene pk betui2 ape ust cakap…utk cr kesinambungn kuliah.tp takut tersilap.dan kami jugak bertanggungjawab utk membantu student lain dalam hal nih.maka…perlukan bantuan dan panduan dr ust.

wassalam

JAWAPAN:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

 

DEFINISI ISTIHALAH DAN ISTIHLAK

Istihalah: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya.  Atau dalam kata lain: Proses tindak balas kimia yang merubah unsur daripada satu benda kepada benda yang lain. Contohnya: arak bertukar menjadi cuka.

Istihlak: Masuk najis ke dalam air atau selainnya terdiri daripada cecair. Najis itu tidak meninggalkan kesan dan hilang larut di dalamnya serta hilang segala sifat najis tersebut.  Contoh segelas air dimasuki setitik arak. Arak larut dan hilang sama sekali sifatnya di dalam air tersebut.

Kira betul dah atau dekat-dekat betul dah kefahaman yang dapat tu.

ALKOHOL DI DALAM MAKANAN

Sebagaimana yang diperbincangkan, alkohol ethanol atau ethylacohol yang merupakan punca kepada mabuk. Alkohol terdapat pecahan yang pelbagai, ethanol atau ethylacohol merupakan salah satu daripada pecahan alkohol.

GELATIN HAIWAN YANG DIHARAMKAN ATAU DISEMBELIH SECARA TIDAK SYARIE

Para saintis dan Ilmuwan Islam mengatakan bahawa boleh berlaku proses istihalah kepada gelatin yang dimasukkan ke dalam makanan. Dari itu halal untuk dimakan sebagaimana halal cuka dimakan yang asalnya adalah arak. Ia akan diharamkan jika terdapat mudarat pada sudut yang lain. Tetapi resolusi Majma’ Fiqh Islami memutuskan tidak dibenarkan untuk memakan gelatin yang diambil daripada haiwan yang diharamkan atau tidak disembelih dengan sembelihan syarie. Alasan tentang keputusan tersebut telah dijelaskan di dalam diskusi yang telah ana buat berhubung dengan masalah tersebut.

Gelatin yang mengalami perubahan sebahagian unsurnya tidak termasuk di dalam perbahasan ini. Ia masih membawa unsur asal binatang yang diharamkan.

KESIMPULAN & PANDUAN

1)     Wajib seorang Muslim/Muslimah memilih sumber makanan yang dihalalkan oleh syarak. Ini juga merupakan satu tanggungjawab terpikul di atas bahu setiap Muslim. Makanan yang mencerna keimanan ketakwaan dan ibadat kepada Allah Taala.

2)      Untuk mengenal sesuatu unsur itu melalui proses istihalah atau istihlak, perlu bertanya kepada mereka yang berkeahlian perkara tersebut. Terdiri daripada saintis, pakar pemakanan dan seumpamanya. Firman Allah Taala di dalam surah an-Nahli ayat 43:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu Bertanyalah kamu kepada orang-orang Yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.

3)     Kebanyakan negara bukan Islam terdapat persatuan atau NGO tempatan yang mengatur urusan umat Islam. Ana rasa ukraine juga tidak terlepas daripada situasi yang sama. Ambil pandangan dan kajian yang dilakukan oleh mereka untuk mengetahui hakikat halal atau tidak makanan yang akan dimakan. Ini juga merupakan tanggungjawab persatuan yang terpenting. Lebih penting daripada mengatur program-program yang lain. NGO ini lebih mengenal tentang cara mendapatkan yang halal dan teknik yang digunakan oleh sebuah negara untuk proses makanan.

4)     Setiap negara bukan Islam terdapat kedai-kedai makanan halal yang diusahakan oleh orang Islam itu sendiri. Membeli daripada kedai seumpama itu jika kita berkemampuan.

5)     Untuk memutuskan ingredient yang ditulis itu menetapi maklumat sebagaimana kita inginkan, belum dapat dipastikan. Hari ini dunia menerima keputusan untuk meletakkan kandungan bahan yang ada di dalam sesuatu makanan. Tidak mustahil suatu hari nanti dengan gerak kerja dan usaha umat Islam, setiap makanan wajib disertakan tahap istihalah atau istihlak yang berlaku di dalam makanan tersebut untuk memudahkan individu Muslim membelinya. Ingrdient diletakkan pada setiap makanan pada dunia hari ini bukan bertujuan mencari halal atau tidak, tetapi untuk mengetahui kandungan yang mengganggu kesihatan.

6)     Perkembangan perindustrian semakin kompleks tidak memadai hanya ahli ilmu daripada agamawan sahaja bertindak mencari keputusan hukum halal karam. Perlu kerja sama daripada semua yang mempunyai kepakaran untuk mengenal hakikat benda yang diproses dijadikan sebagai makanan. Juga penting mencari agamawan yang benar-benar pakar di dalam masalah hukum agar tidak mengharamkan benda yang dihalalkan oleh syarak. Firman Allah Taala di dalam surah at-Tahrim ayat 1:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاةَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Wahai Nabi! mengapa Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa Yang Dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Akhirnya ana merasakan telah menjawab segala persoalan yang ditanya. Segala persoalan dan jawapan yang diberi tidak lebih kesinambungan daripada perbincangan sebanyak 3 kali berhubung tajuk “Istihalah dan Istihlak di dalam makanan, perubatan dan minyak wangi”. Kitab tersebut di dalam proses terjemahan oleh 3 individu.

1)     Ust Azali
2)     Ust Fahmi
3)     Ust Abd Rahman.

Setelah buku itu berada di pasaran, penanya boleh menjadikan panduan yang lebih berguna untuk menjawab segala permasalahan yang berlaku. Lebih-lebih lagi berada di negara yang agak susah untuk mendapatkan makanan yang halal. Ingin berusaha mencari makanan yang halal bukti dalil bahawa hati masih bercahaya dengan nur iman. Jika ada penambahan boleh ditanya atau diulas di dalam ruangan komentar.

 
Allahu A’lam

Disediakan:
Muhammad Aidil Azwal Zainudin.

sumber: http://www.mymkkk.org/efiqh/view_soalan.php?id=12

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: