Umno Kedah hentam Abdullah

April 10, 2008 at 4:44 pm | Posted in BERITA | Leave a comment
Apr 10, 08 8:05pm
kemaskini 9:42pm Tekanan terhadap perdana menteri semakin meningkat – dengan pemimpin-pemimpin Umno Kedah pula mengkritik kepemimpinan beliau hari ini.

Dalam satu pertemuan tertutup 15 bahagian dengan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, mereka menyalahkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas ketewasan teruk parti itu, termasuk kehilangan Kedah kepada Pakatan Rakyat, dalam pilihanraya umum 8 Mac.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/81207

Difahamkan, ada pihak mendorong Najib mengambil langkah mencabar Abdullah dalam pemilihan Umno pada 16-20 Disember.

Menurut sumber-sumber Umno negeri, mesyuarat antara dua tiga tiga jam di sebuah resort di Sungai Petani menyaksikan perdebatan panas, termasuk nada menyalahkan presiden Umno itu, sehingga memaksa Najib mententeramkan keadaan.

umno 2007 najib and umno 061107“Pemimpin-pemimpin bahagian itu menyatakan (mantan perdana menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun tidak menyebabkan BN dan Umno kalah seteruk itu.

“Mereka juga mengkritik Abdullah kerana enggan mendengar laporan dari pihak bawah (rasa tidak puas hati orang ramai) tetapi meneruskan juga rancangannya sendiri,” kata sumber itu.

Turut hadir dalam mesyuarat yang bermula 11 pagi tadi, dua naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketua Wanita Datuk Seri Rafidah Aziz, setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad dan ketua Putera Datuk Abdul Azeez Abd Rahim.

Pemimpin di peringkat negeri yang turut serta termasuklah bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas menteri penerangan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan ketua bahagian Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharum.

Beberapa ketua bahagian yang dihubungi Malaysiakini malam ini enggan mengulas dengan memberi ulasan tentang butiran mesyuarat itu diadakan secara tertutup.

pak lah abdullah ahmad badawi putrajaya malaysiaHanya Abdul Azeez menyatakan perkara sedemikian – mendorong Najib mencabar Abdullah – tidak pernah dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

Malaysiakini difahamkan, sekumpulan ahli akar umbi Umno menaikkan kain pemidang sebelum pertemuan itu yang menggesa Najib mengambil alih kepemimpinan Umno.

Setiap bahagian menghantar sembilan pemimpin, termasuk ketua dan jawatankuasanya, ke mesyuarat tersebut.

Menurut sumber-sumber itu lagi, pertemuan untuk penilaian punca kekalahan Umno negeri itu bertukar menjadi pentas mengecam cara Abdullah memilih calon-calon BN baru-baru ini.

Oleh kerana ramai yang mahu “meluahkan perasaan” di majlis itu, kata sumber lagi, Najib menyarankan mereka menulis laporan kepada jawatankuasa pengurusan Umno yang diketuainya.

Agensi berita Bernama melaporkan, kaedah pemilihan calon yang tidak dipersetujui di bahagian-bahagian didapati satu daripada punca-punca penyebab BN kalah teruk.

Najib, menurut laporan itu lagi, berkata kebanyakan ketua bahagian dan ahli jawatankuasa mereka kecewa apabila calon-calon yang disenaraikan dari Putrajaya tidak dirujuk kepada mereka.

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: