Mufti Perlis Harap Peraturan Peluk Islam Tidak Dilakukan Tergesa-gesa

April 12, 2008 at 6:35 am | Posted in BERITA | Leave a comment

KANGAR, 11 April (Bernama) — Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap peraturan yang dicadangkan oleh kerajaan untuk mewajibkan mereka yang ingin memeluk agama Islam supaya mengisytiharkan status terkini mereka tidak akan menyukarkan atau mendatangkan kerugian.

 

Katanya peraturan itu tidak boleh dilakukan tergesa-gesa sebaliknya perbincangan lanjut perlu diadakan bagi memastikan perkara itu tidak memudaratkan mereka yang terbabit.

“Saya setuju dengan peraturan itu tapi perbincangan masih perlu dilakukan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini sebagai mengulas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa kerajaan akan memperkenalkan peraturan baru mewajibkan mereka yang ingin memeluk agama Islam mengisytiharkan perkara itu secara terbuka kerana tindakan memeluk Islam secara senyap seperti diamalkan sebelum ini mengundang banyak masalah hingga ada yang menyebabkan berlaku ketegangan kaum.

Mohd Asri berkata pengisytiharan memeluk Islam tidak menimbulkan masalah tetapi jika mereka yang terbabit diwajibkan memohon keizinan keluarga, ia akan menimbulkan masalah besar.

“Saya tidak setuju sama sekali jika peraturan itu turut memasukkan perkara yang mewajibkan mereka memohon izin keluarga,” katanya.

Beliau berkata, jika keizinan keluarga diwajibkan bermakna hasrat mereka yang terbabit untuk memeluk Islam akan terbantut kerana mereka akan berhadapan dengan tentangan.

“Mana-mana orang yang telah dewasa mempunyai hak untuk memeluk Islam dan tidak perlu memohon keizinan keluarga,” katanya.

BERNAMA

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: