Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat

April 14, 2008 at 4:59 pm | Posted in BERITA | Leave a comment
Apr 14, 08 12:35pm
kemaskini 9:19pm Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada “di belakang” projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang – dilaporkan menelan belanja RM100 juta – daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

selangor pig farmMendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi – masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk – tempat projek itu diadakan – turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.

Katanya, menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch’ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas.

khir toyo interview 171207Kebanyakan ladang tersebut sedia wujud di kampung Ladang Tumbuk atau dari sekitar daerah Kuala Langat, tambah ketua biro MCA itu lagi.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

“Hari ini (Sabtu) saya mahu tekankan bahawa kos RM100 juta itu yang bertujuan mempertingkatkan sistem pembuangan sisa ternakan bukan datangnya daripada kerajaan negeri,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Datuk Karim yang akan membawa sebuah syarikat Jerman untuk satu usahasama dengan sebuah syarikat Bumiputera.”

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.

Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, beratus-ratus ribu risalah penerangan tentang isu tersebut – termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini – akan diedarkan kepada penduduk Selangor.

PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas – dianggap boleh membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat – di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/81312

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: