Pendeposit Tabung Haji kini boleh guna ATM

April 16, 2008 at 3:29 pm | Posted in BERITA | Leave a comment

KUALA LUMPUR 15 April – Mulai hari ini, kesemua 4.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang mempunyai kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat boleh mengendalikan transaksi perbankan di seluruh rangkaian mesin ATM dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di kedua-dua bank berkenaan.

Bagaimanapun, bagi menggunakan perkhidmatan itu, pendeposit TH perlu memiliki kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat, dengan menjadi pelanggan salah satu bank itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata, perkhidmatan nilai tambah oleh TH itu melibatkan pengeluaran wang tunai, simpanan wang dan pertanyaan baki simpanan.

Sebelum ini, semua urusan transaksi TH hanya boleh dilakukan di kaunter lembaga itu.

Pendeposit juga boleh menambah simpanan TH menggunakan CDM di kedua-dua bank dan simpanan melalui CDM akan dikreditkan ke akaun TH secara dalam talian pada waktu sebenar, katanya.

“Ini adalah kerjasama pertama TH dalam tempoh 44 tahun penubuhan TH dengan institusi perbankan tempatan dengan tujuan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian kepada pendeposit lembaga.

“Dengan kerjasama ini, pendeposit TH berupaya membuat urusan transaksi di lebih 750 rangkaian kemudahan termasuk 124 milik TH, 500 cawangan Bank Islam dan 270 cawangan ATM Bank Rakyat di seluruh negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran projek integrasi TH bersama Bank Islam dan Bank Rakyat di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Zukri Samat dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Menurut Ismee, pendeposit TH yang telah memiliki kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat hanya perlu mendaftarkan kad ATM bank mereka di semua cawangan bank terbabit untuk dihubungkan dengan akaun TH.

Bagi tujuan itu, pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan buku akaun simpanan TH semasa berurusan dengan bank.

Ismee berkata, urusan pengeluaran wang tunai pendeposit TH yang dibenarkan di Bank Islam ialah sebanyak RM3,000 sehari, manakala RMM5,000 sehari di Bank Rakyat.

Tambahnya, selain akaun sendiri, pendeposit yang mempunyai akaun anak-anak juga boleh mendaftarkan akaun anak di bawah satu kad sehingga maksimum tujuh akaun anak di bawah jagaannya.

Katanya, untuk urusan pengeluaran dan pindah simpanan, kedua-dua bank itu akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1 bagi setiap transaksi yang berjaya, manakala urusan pertanyaan baki adalah percuma.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: