Krisis 1988: K’jaan tidak minta maaf

April 18, 2008 at 9:42 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Apr 18, 08 3:02pm
Pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988 bukan merupakan satu bentuk minta maaf kerajaan terhadap mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
“Pembayaran ex-gratia tidak harus ditafsirkan sebagai sebarang bentuk minta maaf tetapi ini adalah cara kita mengambil pertimbangan apa yang mereka lalui, pengalaman peribadi mereka, kesusahan yang telah mereka rasai.
    
“Itu saja…jadi ia patut dilihat dari aspek itu. Ia tidak harus ditafsirkan lebih daripada itu,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.Enam bekas hakim itu ialah Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed serta Datuk George Seah.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, selain membayar ex-gratia kepada enam hakim kanan itu, kerajaan juga akan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim untuk mencalonkan, melantik dan menaikkan pangkat hakim secara telus dan diwakili.

Mengenai anggota suruhanjaya itu, Bernama memetik Timbalan Perdana Menteri itu sebagai berkata ia akan dibincangkan kemudian.
    
“Saya fikir ia (penubuhan suruhanjaya) itu merupakan satu langkah ke depan yang penting kerana pembaharuan atau perubahan yang diumumkan Perdana Menteri semalam bermakna kerajaan sedar bahawa kita memang perlu memastikan bahawa kehakiman kita mempunyai kewibawaan yang tinggi dan sistem kehakiman di negara ini boleh bertindak dari segi membuat keputusan dengan cepat dan hakim-hakim yang mempunyai kewibawaan dan kebolehan tinggi dilantik di pelbagai peringkat.

“Pembentukan suruhanjaya ini adalah ditekankan di sini, hanya atas kapasitinya sebagai penasihat. Kuasa muktamad masih terletak kepada Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
    
“Ia merupakan satu langkah ke depan yang amat penting kerana ia bermakna Perdana Menteri mempunyai sekumpulan orang yang amat bijaksana dan terbilang untuk memberikan pendapat mengenai kesesuaian melantik seseorang itu memegang pelbagai jawatan dalam kehakiman,” kata Najib.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/81576

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: