Israel bertindak balas selepas serangan nekad pejuang – Hamas janji lebih banyak ‘kejutan’

April 20, 2008 at 6:59 pm | Posted in BERITA, PALESTIN | Leave a comment

BANDAR GAZA 20 April – Serangan udara tentera Israel telah membunuh tujuh pejuang Hamas di Genting Gaza awal hari ini, sehari selepas pergerakan itu melancarkan serangan nekad yang mencederakan 13 askar Yahudi,.

Pengebom berani mati Hamas meledakkan bahan letupan di dalam dua kenderaan yang disamarkan sebagai jip tentera Israel di pintu sempadan Kerem Shalom pagi semalam.

Pegawai tentera Israel, Mejar Jeneral Yoav Galant menggambarkan serangan tersebut sebagai “yang paling nekad pernah dilancarkan ke atas askar kita” sejak pengunduran Israel dari Gaza pada tahun 2005.

Pintu sempadan Kerem Shalom digunakan untuk menghantar bekalan kemanusiaan ke Genting Gaza, wilayah yang mengalami kelumpuhan ekonomi disebabkan sekatan rejim Yahudi.

Kedua-dua jip dan sebuah kereta berperisai yang dipandu pejuang Hamas itu menghampiri pintu sempadan tersebut dalam keadaan kabus tebal tanpa menghiraukan tembakan mortar.

Tentera Israel melaporkan, askarnya mematahkan percubaan untuk meletupkan kereta berperisai itu dan membunuh empat “pengganas” di dalamnya.

Kenderaan keempat yang dipasang bom menghampiri pagar keselamatan dekat Kibbutz Nirim, ke utara Kerem Shalom, tetapi askar Israel sempat meletupkannya sebelum ia boleh mendatangkan kemalangan jiwa, menurut tentera Yahudi.

Hamas mengakui melancarkan serangan tersebut, kali kelima dalam masa 10 hari selepas pejuang itu menyerang pintu sempadan Gaza dengan Israel.

Galant mendakwa serangan Hamas itu menjejaskan usaha untuk membantu penduduk Palestin.

Tentera menyatakan, kira-kira 200 trak yang membawa bantuan kemanusiaan yang dianggap sebagai kritikal memasuki Gaza mengikut Kerem Shalom setiap minggu.

Hamas dalam kenyataannya berkata, pejuangnya melancarkan operasi “Amaran Letupan” itu semalam untuk memecahkan sekatan Israel.

Ia memberi amaran, lebih banyak “kejutan” bakal menyusul untuk rejim Yahudi itu.

“Jika pihak-pihak terbabit tidak campur tangan segera untuk menyelamatkan Gaza, Hamas akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk menamatkan sekatan,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: