Tiada Paksaan Dalam Islam

April 20, 2008 at 6:56 pm | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment
SOALAN:

apakah pandangan AAN tentang organisasi yang suka menghalang perkembangan dakwah agama lain, sebagai contoh certain organisasi cuba menyekat perkembangan dakwah agam lain. adakah kaedah ini sesuai dengan manhaj para nabi dalam berdakwah? tidakkah Allah berfirman (maksudnya)
“Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)”. (Al Baqarah-256)?.
dan Allah juga berfirman dalam surah Al-kafirun(maksudnya)
“Untukmu agamamu dan untukku agamaku” (Al-Kafirun-6).

Mohon penjelasan.
Jazakallahu khairan.

JAWAPAN:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Agama Islam amat menitik beratkan persoalan toleransi (tasamuh) didalamnya. Ini tidak bermakna agama Islam tunduk kepada kehendak agama lain. Dan tidak bermakna juga kerana tasamuh, orang Islam tidak perlu berdakwah kepada orang yang bukan Islam. Sebagaimana yang dinyata pada soalan diatas, firman Allah swt :-

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)” [Surah al-Baqarah : 256].

Ibn Kathir rh didalam Tafsirnya menyebut : “Jangan memaksa seseorang menjadi Islam, kerana sesungguhnya Islam itu terang dan jelas, beserta dalil dan bukti yang juga jelas, maka tidak perlu untuk memaksa seseorang itu memeluk agama Islam, Bahkan, Allah akan member hidayah Islam kepada seseorang, membuka hatinya, menerangi pemikirannya, dan masuk Islam dengan yakin. Barangsiapa yang Allah butakan hatinya, ditutupkan pendengaran dan penglihtannya, maka tiadalah munafaat memaksanya memasuki Islam…..”

Orang Islam tidak boleh menghalang agama lain dari mengamalkan agama mereka selamana mereka tidak mengganggu keselamatan orang Islam. Malah menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, kita dibolehkan bekerjasama dengan agama lain didalam menghapuskan kezaliman. Apa yang dilarang ialah bekerjasama didalam aspek keagamaan sebagaimana firman Allah didalam surah al-Kafirun diatas :-

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” [surah al-Kafirun : 6]

وَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقُلْ لِي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ أَنْتُمْ بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ

“Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Bagiku amalku dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan.” [Surah Yunus : 41].

Orang Islam harus pandai menggunakan strategi yang bagus bagi mengawal dan memantau kerja-kerja dakwah agama-agama lain tanpa menggunakan kekerasan. Sebagaimana kata Ibn Kathir, bukti kebenaran Islam itu jelas, kita sahajalah yang perlu menggunakan kepandaian didalam menghadapi penyerapan dakwah agama-agam lain ini. Hanya apabila mereka melampaui had batasan tersebut; seperti menghina Islam dan sebagainya, maka tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap mereka. WA.

Sekian, wassalam

PANEL FIQH Al-Ahkam.Net

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35610&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=&sid=725b8b2f1db48e669352f1ae86590c24

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: