DYQ membenarkan perluasan Shofa Marwah

April 22, 2008 at 6:49 am | Posted in ARTIKEL | Leave a comment
Presiden Ikatan Ulama Muslim Sedunia, Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi membolehkan kerja-kerja memperluaskan Shofa dan Marwah. Menerusi kenyataannya kepada Islamonline, beliau menyatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan usaha berkenaan.Sebagaimana yang dilaporkan di dalam web rasmi beliau , beliau menegaskan, syarak tidak pernah menghalang usaha memperluaskan Shofa dan Marwah. Malah, syarak mendokong usaha ini yang dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada kaum muslimin yang mengerjakan Haji dan Umrah.

Dengan penjelasan dari Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi ini dipercayai dapat merungkaikan kekeliruan sebahagian umat Islam di Malaysia khasnya mengenai pandangan syariat tentang usaha kerajaan Arab Saudi memperluaskan Shofa dan Marwah.

Kekeliruan ini timbul apabila ada pihak tertentu yang menyiarkan artikel yang berisi kritikan tajam terhadap usaha kerajaan Arab Saudi di blog mereka dan sebahagiannya disebarkan melalui e-mail.

Adalah dipercayai bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba memecah belahkan perpaduan umat Islam dengan menghasut melalui pandangan ekstrem mereka yang ketinggalan zaman.

Menurut penelitian beberapa individu yang boleh dipercayai, usaha penyebaran artikel berbau hasutan ini didalangi oleh golongan pelampau agama Ahbash yang ketua mereka adalah seorang Afrika yang berpangkalan di Lubnan.

 Image 

Last update : 20-04-2008 09:13

sumber: http://al-qayyim.net/news/index.php?option=com_content&task=view&id=47&Itemid=9

   

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: