Kerajaan Negeri Selangor akan ambil alih sekolah menengah agama

April 22, 2008 at 6:44 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Roy Rasul Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 22, 08 | 8:31:00 am MYT
KUALA LUMPUR,22 April (Hrkh) – Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih semula Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir sendiri, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Muhamad Khusrin Munawi.ImageKatanya, pengambilalihan itu adalah satu keperluan bagi kerajaan Selangor memandangkan bilangan murid sekolah menengah semakin bertambah.

Tambahan pula katanya, memberi pendidikan agama setakat darjah enam tidak mencukupi.

“Kita amat perlu mendidik anak-anak ini kerana pada peringkat 13 hingga 17 tahun mereka memerlukan pendidikan.

“Kalau kita tidak memberi pendidikan yang secukupnya maka berlakulah gejala anak-anak muda yang melepak di pasar-pasar raya, masalah keruntuhan akhlak dan sebagainya,” katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Pelajar Sesi 2007 di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Allam, pada Sabtu, 14 April lalu.

Katanya, pada usia tersebut, jika tidak diberi pendidikan yang secukupnya kaum remaja akan mengalami keruntuhan akhlak dan sebagainya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri yang baru sekarang akan menambah sebanyak 40 buah sekolah agama yang dijangka siap pada tahun 2010.

Ini katanya, bagi menampung permintaan pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah agama.

“Dengan kemampuan yang kita ada dan bilangan sekolah yang ada, kita hanya dapat menampung kira-kira 60 peratus bilangan pelajar ke sekolah agama.

“Jadi kerajaan negeri sedang berusaha untuk menambah kemudahan-kemudahan tersebut,” katanya.

Oleh sebab itu, beliau berharap di bawah kerajaan baru (Pakatan Rakyat) akan berlaku banyak lagi perubahan demi memantapkan syariah Islam.

Dalam pada itu katanya, dalam menangani masalah sosial yang semakin gawat melanda umat Islam, setiap orang Islam perlu bersama-sama pergiatkan usaha dakwah untuk menjadi umat yang cemerlang.

ImageMalah katanya, kerajaan negeri membenarkan Jais mengadakan program-program agama khususnya mewujudkan program forum perdana di setiap daerah.

Katanya, forum pertama yang akan dianjurkan ialah di Stadium Melawati, Shah Alam pada 27 April ini dengan menampilkan ahli panel terkenal, antaranya, Dato’ Haron Din dan Dato’ Ismail Kamus.

Selain itu katanya, kerajaan negeri akan memperkasakan pendidikan agama kepada seluruh masyarakat.

Usaha tersebut katanya, akan dilakukan sehingga kepada mereka yang berurusan di pasar-pasar malam.

Ini katanya, bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat sebagai seorang Muslim.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawab menyuburkan syariat Islam bukan saja terletak ke atas Jais tetapi ia menjadi tanggungjawab semua orang Islam.

“Jais hanya ada 70 anggota penguatkuasa untuk mentadbir urusan syariah dan undang-undang jenayah syariah.

“Jadi mustahil untuk kita mengawal dan melaksananya tanpa kerjasama daripada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, selaras dengan pentadbiran kerajaan baru yang dilihat lebih mudah untuk perkasakan syariat Islam, Jais akan mengadakan program seperti usrah di jabatan-jabatan kerajaan setiap hari.

Sementara itu dalam majlis konvokesyen tersebut seramai 221 pelajar menerima sijil masing.

Penerima-penerima sijil berkenaan terbahagi kepada tujuh bidang iaitu Talaqi al-Quran Tinggi, Taranum al-Quran Lanjutan, Bahasa Arab Asas, Taranum al-Quran Asas, Talaqi al-Quran Pertengahan dan Talaqi al-Quran Rendah.

Dalam majlis tersebut turut diisytiharkan Md Amin Abdul Rahman alJarumi, 61, sebagai Tokoh Keilmuan.

Dato’ Mohamed Khusrin turut menyampaikan sijil-sijil kepada pelajar yang disaksikan bersama Imam besar Masjid negeri, Shah Alam. – mks.

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14051&Itemid=28

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: