Memasarkan konsep “ummah” di kalangan gerakan Islam

April 23, 2008 at 2:13 pm | Posted in ARTIKEL | Leave a comment
Dr Ruheyl Ghreybeih, Jabhah al-Amal al-Islamiyy Jordan, 2006.

Di antara guru di Jordan dahulu yang saya masih berhubung sehingga kini adalah Dr Ruheyl al-Ghreybeh. Bagi graduan universiti Al al-Bayt di Jordan, nama beliau bukanlah asing lagi. Beliau telah mengajar ramai di antara siswa Malaysia di universiti berkenaan subjek Fiqh al-Siyasah al-Islamiyyah (Sains politik Islam). Isteri saya merupakan salah seorang yang sempat “mengaji” dengan beliau, begitu juga ratusan penuntut Malaysia yang lain. Menariknya hubungan saya dengan beliau bukanlah di dalam kelas, tetapi di luar kelas. Beliau yang sering saya kunjungi di pejabat dan juga rumahnya, merupakan guru yang banyak berkongsi pengalamannya mengenai gerakan Islam dan dakwah Islamiyyah.
Sewaktu di zaman universiti, beliau merupakan aktivis siswa. Sewaktu beliau mengajar kami, beliau merupakan anggota Majlis Syura Pertubuhan Ikhwan al-Muslimin Jordan. Kini, beliau menjadi pemimpin nombor dua di dalam Parti “Jabhat al-‘Amal al-Islamiyy” (Islamic Action Front). Tulisan-tulisan beliau di majalah al-Ummah terbitan abang kandung beliau Ibrahim Ghreiybeh merupakan keminatan saya. Dulu, Ibrahim juga merupakan aktivis IM, tetapi kini telah meninggalkan pertubuhan tersebut dan membawa haluannya sendiri.
Kali akhir saya menziarahi Dr Ruheyl adalah pada bulan Oktober tahun 2006. Pada waktu itu, beliau sedang sibuk menguruskan arwah isterinya yang pada waktu tersebut sedang tenat bergelut dengan penyakit kanser tulang. Di dalam pertemuan tersebut, Ibrahim juga turut datang untuk bertemu dengan saya. “Rakan lama…”, saya disifatkan oleh Ibrahim. Saya sendiri banyak belajar pemikrian kritis dan juga selok belok penulisan dengan Ibrahim. Sewaktu beliu sibuk dengan majalah Ummah di Jordan, saya turut membantu beliau dengan membekalkan berita-berita tentang Malaysia di dalam Bahasa Inggeris.
Seperkara yang menarik memgenai pertemuan kali ini, ialah status-quo sudah berubah. Jika dulu mereka berdua adalah guru, kini kedua-duanya mengganggap saya sebagai rakan aktivis. Mungkin jalan yang dipilih tidak sama, tetapi matlamat kami sama. Dalam kesempatan tersebut, Dr Ruheyl telah melontarkan ide beliau yang amat menarik. Ide-ide yang sempat saya kutip itu pada asalny ingin saya curahkan semula ke persada pembaca Melayu, namun sehingga kini ianya masih di alam fikiran. Ide yang dilontarkan oleh seorang aktivis politik, mantan ahli akademik dan juga pimpinan gerakan Islam di Jordan.

 


Bersama para siswa Malaysia di Irbid, Jordan 2006.

Beliau mengeluh panjang mengenangkan perjuangan dakwah IM di Jordan. Kesibukan dengan arena politik telah menyebabkan dakwah Im yang sepatutnya bersifat universal itu akhirnya terkongkong di dalam blok yang sangat ekslusif. Apabila saya meminta beliau memberikan komentar mengenai penyertaan semula IM (melalui Jabhah) di dalam pilihanraya umum Jordan dan seterusnya berjaya mendapatkan bilangan kerusi yang amat minimum, beliau tidak berminat untuk mengulasnya. Beliau kelihatan lebih matang dengan penuh kritis.
Menurutnya, kejayaan sesuatu gerakan Islam itu bukanlah diukur dengan kerusi parlimen yang dimenanginya. Kejayaan juga tidak diukur dengan institusi yang mereka miliki, sambil merujuk kepada Hospital Islam milik IM di Amman. Kejayaan dakwah ialah apabila fikrah atau pemikiran yang mereka bawa itu telah sampai kepadasetiap lapisan masyarakat. Beliau tidak laparkan bilangan kerusi, berbanding mesej atau dakwah yang ingin dibawa itu sampai kepada hati setiap insan yang menduduki kerusi-kerusi parlimen Jordan, tidak kiralah mereka IM ataupun bukan. Dakwah juga hanya akan berjaya jika hati setiap doktor dan jururawat, malah pesakit di semua hospital-hospital di Jordan telah mendapat ketukan dakwah IM. Dakwah dan fikrah Islam adalah milik umat Islam, bukan hanya milik gerakan tertentu ataupun kumpulan tertentu.
Beliau memetik kata-kata Hassan al-Banna, “Nahnu Ruh yasri fi jasadil ummah” (kami adalah ruh yang mengalir di dalam jasad ummah). Perniagaan utama kita sepatutnya ialah membangunkan ummah dan membawa mereka kembali ke jalan Islam. Perjuangan kita bukanlah hanya untuk menambahkan keahlian dan bilangan undian. Pemikiran ini sepatutnya dijadikan kemuncak eksperimen gerakan-gerakan Islam, tidak kiralah di mana pun mereka berada, menurut Dr Ruheyl. Penglibatan politik hanyalah sebahagian daripada fardhu ‘ain dan juga amanah di dalam melakukan “Amar Makruf Nahi Munkar”.
Apakah pula pendapat anda?
Fakulti Pengajian Fiqh dan Undang-Undang, Universiti Al al-Bayt, 2006.
** Untuk maklumat Lanjut Mengenai Jabhah al-Amalal-Islamiyy, sila layari: www.jabha.net
sumber: http://maszleemalik.blogspot.com/2007/09/memasarkan-konsep-ummah-di-kalangan.html

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: