MPF: ‘Dinosaur celupar’ dalam Pakatan

April 23, 2008 at 10:26 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Apr 23, 08 3:11pm
Malang jika seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat begitu mudah terpengaruh dengan laporan akhbar arus perdana sehingga melatah menggesa PAS menggugurkan agenda negara Islam, kata Forum Profesional Muslim (MPF).

“Pemimpin de facto Pakatan Rakyat dan majlis perundingan Pakatan mesti mengekang dinosaur yang sering pula ‘celupar’ dan pendek akal sehingga gagal membezakan fakta dan cereka,” kata pengerusi badan itu Dr. Mazeni Alwi.

Beliau mengulas gesaan pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar PAS menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi parti itu untuk meneruskan agendanya tersebut dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

“Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

pas islamic state agenda hadi and nik aziz 200105“Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat,” kata Karpal lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Mazeni berkata sesiapa yang mengikuti perkembangan politik Malaysia kini mengenali Dr Dzulkifly sebagai seorang tokoh PAS yang menjunjung politik Islam yang serasi dengan prinsip-prinsip asas demokrasi, tadbir urus yang baik dan menghormati kebebasan asas.

Karpal mengulas laporan kenyataan pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu sewaktu mendiskusikan buku Dr Abdelwahab Al-Affendi, Who Needs an Islamic State hujung minggu lalu anjuran MPF.

Dalam diskusi itu, tambah Dr Mazeni lagi, Dr Dzulkifly berkata “kalaulah saya pengarang buku ini.”

Karya penulis Sudan itu membahaskan konsep politik Islam yang berbeza daripada negara teokratik yang ditakuti Karpal, kata Dr Mazeni, kepada politik Islam yang menghargai nilai-nilai yang sejajar dengan demokrasi.

“Beliau (Dr Dzulkifly) sebenarnya memainkan peranan penting mencipta semula (imej) PAS dan menyediakan manifesto (negara kebajikan) dalam pilihanraya umum ke-12 yang jelas sekali mendukung semangat politik seumpama itu,” tambahnya.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/81826

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: