5 beranak maut dibedil Zionis

April 29, 2008 at 7:48 am | Posted in BERITA, PALESTIN | Leave a comment

GAZA 28 April – Empat beradik dan ibu mereka yang sedang bersarapan terbunuh apabila kereta kebal rejim Tel Aviv melepaskan tembakan ke arah rumah mereka di utara Genting Gaza, awal hari ini.

Bedilan itu turut mengorbankan seorang remaja berusia 17 tahun serta mengancam usaha gencatan senjata oleh Mesir di kawasan itu.

Empat kanak-kanak tersebut ialah Rudina Abu Meatik, 6; Hana, 3; Saleh, 4; dan Mousab, 15 bulan.

Serangan kereta kebal rejim Yahudi itu dilancarkan di bandar Beit Hanoun di utara Gaza berhampiran sempadan Israel yang sering digunakan oleh pejuang Palestin untuk melancarkan serangan roket ke selatan Israel.

Tentera rejim mendakwa, ia menggunakan kereta kebal dan pesawat gempur untuk menyerang kumpulan pejuang yang menghampiri sempadan.

Pejuang Palestin dilapor melancarkan beberapa siri serangan di sepanjang sempadan sejak beberapa minggu lalu.

Kumpulan pejuang Jihad Islam memberitahu, seorang anggotanya terkorban kira-kira 400 meter dari kediaman keluarga terbabit.

Tentera rejim Yahudi mendakwa, peluru kereta kebal terbabit tersasar daripada sasaran dan mengenai kediaman penduduk Palestin.

Seorang petani di Beit Hanoun, Omar Abdel Nabi berkata, dia sedang memandu traktor apabila dua atau tiga letupan menggegar kawasan ladangnya itu.

“Orang ramai menjerit bahawa peluru kereta kebal tersasar ke sebatang jalan raya. Saya membawa keluar dua mangsa yang berlumuran darah dari rumah itu,” jelasnya.

– AP

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: