Reaksi Mufti Perlis Kepada Kenyataan Dato Hasan Ali

May 30, 2008 at 6:36 am | Posted in BERITA | Leave a comment

1. Berhubung Dengan Pengharaman segala aktiviti Islam Hadhari di Selangor:
Dr. Mohd Asri menyebut: “Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan. Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu. Buang namanya, makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan. Tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.

2. PAS tidak akan mengharamkan arak dan judi di Selangor, tidak pernah berjanji pun untuk berbuat demikian. Bahkan beliau mencabar sesiapa yang dapat buktikan yang PAS pernah berjanji seperti itu.
Dr. Mohd Asri mengulas: “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini. Bahkan ada yang sampai menghukum akidah pemerintah kerana perkara yang seperti ini. Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”. Alangkah baik jika disebut; “kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti” atau seumpamanya. Bayangkan jika perkara seperti ini disebut oleh orang lain dari parti berkenaan, “apakah agaknya hukuman yang akan mereka jatuhkan?”

sumber: http://drmaza.com/?p=305

JH-MANHAJ-003- Kenali Sumber Utama Buku-Buku Mustolah al-Hadith

May 30, 2008 at 6:29 am | Posted in HADIS | Leave a comment

Ramai pengkaji hadith atau penuntut ilmu hadith yang suka membaca buku-buku Mustolah al-Hadith. Namun saya merasakan (berdasarkan apa yang saya temui) bahawa kebanyakan mereka suka membaca buku-buku yang ringkas, padat dan moden yang dianggap sebagai ringkasan terhadap buku-buku terdahulu.

Sebahagian yang lain pula memang suka membaca buku-buku terdahulu. Namun begitu, kita dapati terkadang mereka suka membaca buku-buku yang ditulis oleh ulama kurun kesembilan, kesepuluh dan seterusnya. Buku-buku seperti Nukhbat al-Fikar dan Nuzhat al-Nazor karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Mugith karya al-Sakhawi atau Tadrib al-Rawi karya al-Suyuthi seringkali meniti di bibir mereka.

Seeloknya kita mengenali buku-buku utama Mustolah al-Hadith agar kita tahu kedudukan buku-buku tersebut – sama ada kedudukan dari segi terdahulu atau kemudian, atau kedudukan dari segi buku yang utama atau yang ringkas dan sebagainya.

Sekiranya anda salah seorang yang memang meminati dan menceburi bidang hadith, saya ingin anda bertanya kepada diri anda: Pernahkah anda membuka atau membaca buku-buku Mustolah al-Hadith yang awal seperti Ma’rifat Ulum al-Hadith karya al-Hakim atau al-Kifayah Fi Ilm al-Riwayah karya al-Khatib al-Baghdadi?.

Saya ingin menegaskan bahawa kita PERLU membuka kembali buku-buku Mustolah al-Hadith yang awal kerana beberapa sebab, antaranya ialah:

Pertama, kerana buku-buku Mustolah al-Hadith yang terkemudian tidak dapat lari daripada mengambil maklumat asalnya daripada buku-buku terdahulu. Kenapa kita tinggalkan buku asal dan kita berpada hanya dengan buku yang menukilkan sebahagian maklumat asal tadi?

Kedua, kerana buku-buku Mustolah al-Hadith yang terdahulu lebih dekat dengan zaman kajian hadith yang awal. Maka ia dianggap lebih tepat dalam menghuraikan bagaimana kajian hadith itu berlaku menurut pemerhatian dan kajian penulis.

Ketiga, kerana buku-buku Mustolah al-Hadith yang terkemudian didapati mengubah beberapa sudut kajian Mustolah yang tidak mencerminkan 100 peratus Mustolah al-Hadith yang terdahulu. Maka untuk melihat dan mengenal pasti perbezaan itu, kita perlu membaca kedua-duanya – buku awal dan buku kemudian.

Mungkin juga ada di antara pencinta ilmu hadith tidak sedar atau terlupa bahawa buku-buku Mustolah al-Hadith adalah satu bentuk ’penceritaan semula’ tentang cara dan teknik kajian hadith ulama terdahulu dalam mengkaji hadith. Ia bukan kaedah yang muncul sebelum daripada kajian, tetapi ia adalah kaedah yang telah diamalkan dan digunakan oleh salaf bermula daripada para sahabat, tabi’in dan seterusnya untuk memastikan bahawa hadith terpelihara tanpa sebarang pengurangan atau penambahan. Maka adalah penting untuk mengaitkan antara teori dan praktikal, tidak semata-semata mempelajari buku Mustolah al-Hadith tanpa melihat sendiri bagaimana kajian hadith dibuat oleh ulama. Ini menuntut pelajar hadith agar membaca pelbagai jenis buku dalam bidang hadith dan mengaitkannya dengan teori-teori dan kaedah dalam Mustolah al-Hadith.

Maka cara yang paling baik untuk mendapatkan maklumat yang paling hampir dengan pengamalan kajian hadith oleh ulama salaf ialah – membaca buku-buku yang menjadi sumber Mustolah al-Hadith yang terawal dan mempelajarinya agar dapat diketahui bagaimana ia diaplikasikan. Seterusnya barulah ditambah dengan mempelajari buku-buku Mustolah al-Hadith yang terkemudian dan yang diringkaskan. Seterusnya ditambah pula dan dimantapkan lagi dengan pembacaan buku-buku Mustolah al-Hadith moden yang dianggap sebagai pemudah cara dan huraian semasa bagi ilmu ini.

Untuk memudahkan para pencinta ilmu hadith, saya akan cuba mengetengahkan buku-buku yang menjadi sumber awal daripada penulis terdahulu dalam bidang Mustolah al-Hadith yang dicadangkan untuk dibaca dan dipelajari.

BUKU-BUKU CADANGAN

Al-Risalah – الرسالة

Penulis: Imam al-Syafie (204H)

Buku ini walaupun dikenali ramai sebagai buku asas Usul Fiqh, namun di dalamnya terselit perbincangan yang mantap tentang Usul Hadith atau Mustolah al-Hadith. Kehebatan penulisnya yang merupakan seorang imam dalam fiqh dan hadith menjadikannya sebagai salah satu buku utama dalam kajian hadith dan fiqh secara teori dan amali.

Al-Tamyiiz – التمييز

Penulis: Imam Muslim (261H)

Buku ini merupakan antara buku penting dalam mengetahui ketelitian ulama salaf menapis hadith. Imam Muslim mengarang buku ini untuk memperjelaskan lagi kehebatan ilmu kajian hadith yang adakalanya dianggap sebagai ilmu yang tidak jelas atau tidak mempunyai kaedah. Di dalam buku ini, beliau memuatkan kaedah berserta contoh praktikal dan ini amat penting untuk pengkaji hadith.

Pendahuluan Sahih Muslim

Penulis: Imam Muslim (261H)

Walaupun pendahuluan Sahih Muslim agak ringkas, namun di dalamnya terdapat pelbagai maklumat yang berharga untuk diketahui oleh setiap pelajar dan pengkaji hadith masa kini. Sebagai contoh, di dalamnya terdapat penjelasan tentang maksud hadith ‘munkar’ dan juga tahap penerimaan periwayat.

Al-‘Ilal al-Saghir – العلل الصغير

Penulis: Imam al-Tirmidzi (279H)

Buku ini merupakan penutup atau penghujung bagi buku al-Tirmidzi yang terkenal iaitu Jami’ al-Tirmidzi atau dikenali juga dengan nama Sunan al-Tirmidzi. Buku yang ringkas ini menceritakan tentang kajian hadith secara umum termasuk beberapa istilah yang digunakan beliau dalam bukunya al-Jami’. Buku ini juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Ibn Rajab al-Hanbali (795H) dan dicetak dengan nama Syarh ‘Ilal al-Tirmidzi.

Ma’rifat ’Ulum al-Hadith – معرفة علوم الحديث

Penulis: al-Hakim (405H)

Buku ini merupakan himpunan kaedah-kaedah berserta contoh kajian ulama hadith salaf. Al-Hakim sendiri di dalam pendahuluan buku ini menyatakan bahawa beliau ingin mengumpulkan kajian ulama terdahulu agar dapat diketahui oleh umat Islam pada zamannya yang telah mula jauh daripada perkara tersebut. Pembahagiannya dan contoh-contoh yang dikemukakan itu menjadikan buku ini amat praktikal bagi pembacanya.

Al-Kifayah Fi ‘Ilm al-Riwayah – الكفاية في علم الرواية

Penulis: al-Khatib al-Baghdadi (463H)

Buku ini ditulis oleh al-Khatib al-Baghdadi dengan tujuan yang hampir sama dengan al-Hakim seperti yang dijelaskan sendiri di dalam pendahuluan bukunya ini. Buku ini amat diberikan perhatian serta banyak dinukilkan maklumatnya oleh penulis-penulis selepas beliau.

Sekian dulu untuk kali ini.

والله أعلم

alitantawi

sumber: http://www.al-ahkam.net

KULIAH USUL AL-FIQH – Siri 3

May 30, 2008 at 6:27 am | Posted in FIQH | Leave a comment

Sejarah Ringkas Permulaan dan Perkembangan ilmu Usul al-fiqh

3.1     Ilmu usul al-Fiqh bermula dan berkembang semasa kurun ke dua hijrah. Ini kerana , di zaman Rasulullah saw ilmu usul al-Fiqh tidak diperlukan.Segala hukum hakam yang terbentuk adalah melalui fatwa Rasulullah saw yang dipimpin oleh Allah swt dalam menyelesaikan segala kemelut permasalahan yang berlaku dikalangan umat Islam ketika itu.

Apabila berlaku sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan kepada jawapan , para Sahabat Rasulullah saw akan bersegera mendapatkan Rasulullah saw dan memohon kepada Baginda Fatwa dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku.Hal ini berlaku selama mana hayat Baginda saw.Walaubagaimana pun terdapat juga dikalangan sahabat yang diberi izin oleh Rasulullah saw untuk berijtihad dalam mengeluarkan sesuatu hukum yang tidak terdapat Al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah saw lantaran berada jauh dari Rasulullah saw seperti Muaz bin Jabal yang dihantar oleh Baginda saw ke Yaman.

3.2     Begitu juga di zaman para Sahabat radhiallahu anhum ajma’in , perkara yang sama juga turut berlaku lantaran jarak masa yang tidak jauh dengan zaman Rasulullah saw , menjadikan mereka tidak memerlukan kepada usul.Para sahabat adalah generasi yang paling memahami bahasa Arab disamping dapat menyaksikan episod-episod penurunan wahyu serta kekerapan berdampingan dengan Rasulullah saw membuatkan mereka mampu untuk berbincang dan berijtihad sesama mereka jika tidak kedapatan nas atau dalil dalam sesuatu masalah.Secara ringkasnya para sahabat mampu untuk mengistinbatkan hukum berdasarkan kepada 3 perkara :

1. Mempunyai tahap penguasaan bahasa Arab yang baik;

2. Mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab  wurud al-hadis lantaran keakraban dan kekerapan mereka bersama Rasulullah saw.

3. Mereka merupakan para Perawi Hadis.

3.3   Zaman Tabi’in adalah zaman permulaan berlakunya beberapa perubahan dalam perkembangan Agama Islam.Ini kerana pada zaman tersebut pembukaan kota-kota baru Islam menyebabkan ramai dikalangan orang ‘Ajam yang memeluk Islam.Akibat daripada itu maka , berlakulah percampuran adat dan budaya serta bahasa yang berbeza antara masyarakat Arab dan bukan Arab.Walaubagaimana pun pada zaman ini , kemurniaan bahasa Arab dan keupayaan para alim ulama masih lagi bertahan dengan kukuh.

3.4    Keadaan sebegitu berterusan hinggalah pada zaman atba’ al-tabi’in , yang mana pada akhir kurun ke dua Negara Islam , Islam telah begitu berkembang dan menjadi semakin luas sehingga berlaku berbagai-bagai peristiwa dan isu-isu baru yang memerlukan kepada Ijtihad. Ditambah pula pemikiran umat Islam pada ketika banyak dipengaruhi dengan ilmu falsafah yang mengelirukan.Di satu sudut pula , penguasaan Bahasa Arab menjadi semakin terhakis , sedangkan ianya merupakan satu elemen terpenting bagi seseorang mujtahid mengeluarkan hukum dari nas atau dalil.

Maka , dengan sebab itulah pada zaman / kurun tersebut Ilmu usul al-Fiqh sangat-sangat diperlukan sebagai panduan dan pedoman para ulama untuk mengeluarkan / meng’istinbat’kan hukum yang dicedok daripada khazanah Islamiah , Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah saw.

Menyedari hakikat tersebut , Al-Imam al-Syafi’ie rhm telah mengambil inisiatif dan langkah awal untuk mengarang dan menyusun segala perbahasan mengenai ilmu usul al-fiqh dan hasilnya beliau telah berjaya menyusun sebuah karya agong dalam ilmu usul al-fiqh yang mana ianya telah menjadi rujukan dan perintis atau sumber aspirasi para ulama selepas beliau untuk mula mengarang dan menyusun buku-buku mengenai ilmu usul al-fiqh ini.Karya beliau tersebut berjudul “Al-Risalah”.

Jika dilihat pada pendapat Ibn an-Nadim , orang yang mula-mula menghimpunkan karya-karya ilmu usul al-fiqh yang bertaburan adalah sahabat kepada Imam Abu Hanifah iaitu Al-Imam Abu Yusuf.Akan tetapi karyanya itu tidak sampai kepada generasi selepasnya sehinggalah ke hari ini. Sebab itulah terkenal dikalangan ulama bahawa al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie rhm (w : 204) adalah orang yang mula-mula mengarang dan menyusun ilmu usul al-fiqh ini lantaran karya al-Risalah nya itu telah sampai kepada kita sehingga ke hari ini.

Penyusunan dan penulisan Ilmu usul al-Fiqh

3.5 Selepas daripada kewujudan al-Risalah , terdapat ramai ulama-ulama yang mengambil tindakan mengikut jejak langkah Al-Imam as-Syafie dengan mengarang dan menyusun kitab-kitab ilmu usul al-fiqh.Walaubagaimana pun cara atau bentuk penyusunan dan penulisan ilmu usul al-fiqh terbahagi kepada 3 :

1. Kaedah ulama al-Syafie dan al-Kalam.

2. Kaedah ulama al-Hanafi

3. Kaedah ulama mutakhir

3.6    Ulama as-Syafie atau ulama al-kalam menyusun ilmu usul al-fiqh dengan cara menyusun dan membuat kaedah-kaedah usul al-fiqh berdasarkan kepada nas dan dalil atau dalam erti kata lain setiap kaedah usul al-fiqh itu mestilah disokong dengan dalil samada dalil aqli dan naqli.Mereka juga akan meninggalkan kaedah-kaedah yang bertentangan dengan dalil dan menetapkan dengan beberapa kaedah lain tanpa mengambil kira samada ianya bertepatan dengan masalah fiqh atau menyamai kaedah yang telah ditetapkan oleh Imam mereka.Sebab itu , para ulama al-Kalam dan Ulama Syafi’iyyah tidak memasukkan perbahasan mengenai masalah-masalah fiqh yang berkaiitan dengan kaedah usul dalam kitab-kitab mereka , kecuali sedikit sahaja yang dijadikan sebagai penjelasan terhadap sebahagian kaedah-kaedah usul.Mereka mengasingkan dan membiarkan segala perbahasan yang meyentuh masalah fiqh dibahaskan dengan panjang lebar dalam kitab-kitab fiqh sahaja.

Kaedah ini dipelopori oleh kebanyakkan ulama usuliyyin dari kalangan syafi’iyyah dan malikiyah.

Antara kitab-kitab yang terkenal dengan penulisan mengikut kaedah ini ialah :

1.    Al-Mustashfa min ‘Ilmi Al-Usul , ( المســتصفى من علم الأصول ) oleh Abu Hamid al-Ghazali al-Syafie (w:505h)

2.   Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam (الإحكام في أصول الأحكام) oleh Abu Hasan al-Amidi al-Syafie (w:631h)

3.   Al-Minhaj ( المــنهــاج ) oleh al-Baidhowi al-Syafie (w:685h)

4.   Al-Burhan (البرهان) oleh al-Imam al-Haramain ‘Abd al-Malik bin ‘Abdullah al-Juwaini.(w:413h)

5.   Al-Mu’tamad (المعتمد) oleh Abu al-Husain Muhammad bin ‘Ali al-Basri al-Mu’tazili (w:413h).

3.7     Seterusnya penyusunan ilmu usul al-fiqh mengikut kaedah ulama Hanafiah pula ialah dengan menyusun dan membentuk kaedah-kaedah fiqh berdasarkan kepada apa yang telah ditetapkan atau diijtihadkan oleh Imam mereka terhadap sesuatu permasalahan fiqh. Ini bermakna para ulama Hanafiah akan meletakkan kaedah yang dilihat bertepatan dan bersesuaian dengan Ijtihad dan istinbat hukum yang dilakukan oleh Imam mereka , sekiranya tidak, kaedah-kaedah tersebut akan diubah suai oleh mereka.Sebab itulah para ulama yang mengguna pakai kaedah penulisan ini akan memasukkan sekian banyak perbahasan dalam masalah fiqh ke dalam kitab-kitab usul mereka.

Antara kitab-kitab yang terkenal dengan penulisan mengikut kaedah ini ialah :

1.    Al-Usul (الأصول) oleh Abu Bakr Ahmad bin ‘Ali atau dikenali sebagai al-Jassas (w:370h)

2.    Al-Usul (الأصول) oleh Abu Zaid ‘Abdullah bin ‘Umar ad-Dabusi (w:430h)

3.    Al-Usul (الأصول) oleh Fakhr al-Islam ‘Ali bin Muhammad al-Bazdawi (w:482h)

4.    Kasyf al-Asrar (كشف الأسرار) oleh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Bukhari (w:730h)

3.8     Kaedah penyusunan dan penulisan mengikut ulama al-Muta’akhirin pula ialah dengan menggabungkan kedua-dua kaedah di atas iaitu dengan menetapkan sesuatu kaedah beserta dalil-dalilnya serta diaplikasikan atau dikaitkan dengan permasalahan fiqh. Antara kitab-kitab yang terkenal dengan penulisan mengikut kaedah ini ialah :

1.    Badi’ an-Nizam (بديع النظام) oleh Muzaffar ad-Din Ahmad bin ‘Ali as-Sa’ati al-Hanafi (w:649h)

2.    At-Tanqih (التنقيح) dan syarhnya at-Taudih (التوضيح) oleh Sadr as-Syari’ah ‘Abdullah bin Mas’ud al-Hanafi. (w:747h)

3.    Jam’ al-Jawami’ (جمع الجوامع) oleh al-Imam Taj ad-Din ‘Abd al-Wahhab bin ‘Ali as-Subki as-Syafi’e.(w:771h)

4.    Syarh at-Taudih ( شــرح التوضيح ) As-Syeikh Sa’d al-Din Mas’ud Ibn ‘Umar al-Tiftazani al-Syafi’ie (w:792h)

5.   Muslim al-Thubuth (مســلم الثــبوت ) oleh Ibn Abd al-Syakur (w:1119h) dan kitab Syarahnya oleh ‘Allamah Abd al-‘Ali Muhammad bin Nizam al-Din al-Ansari.

Bersambung pada siri ke 4………………….

sumber: http://www.al-ahkam.net

Posisi Tangan Semasa Solat

May 10, 2008 at 7:00 am | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

Soalan:

 

Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya.

Jawapan:

Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil.

Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-mana yang menolongnya mengekalkan ketaatan dan  khusyuk dalam solat.

Menjawab soalan tersebut, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di  Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan:

Tidak perlu untuk berkeras dalam hal ini, kerana amat dibenarkan untuk meletakkan tangan anda sama ada di bawah pusat sebagaimana di ajarkan oleh mazhab Hanafi, atau di atas pusat sebagaimana di ajarkan oleh mazhab Shafi`i. Dibenarkan juga oleh sebahagian pendapat untuk meletakkan tangan pada dada, atau menjatuhkannya ke tepi, sebagaimana dipegang oleh sebahagian ulama mazhab Maliki.

Amat penting bagi kita mengetahui yang perbezaan dikalangan pelbagai mazhab Fiqh atas hal ini bukannya berpunca kepada pendapat  pelik-pelik daripada imam-imam atau pengasas pelbagai mazhab itu;tetapi kerana berpunca daripada cara mereka belajar amalan dan perlakuan Rasulullah (SAW)  melalui Sahabat baginda sendiri. Dalam kata lain, perbezaan ini berpunca daripada Sahabat Rasulullah (SAW) di mana ajaran mereka para imam itu sampaikan kepada murid-murid.

Ini ialah satu-satunya kesimpulan yang kita dapati jika kita mengkaji perbincangan ulama muktabar yang tergolong daripada pelbagai mazhab dalam hal ini. Contohnya, Imam Ibn Al-Humam, seorang ulama besar mazhab Hanafi, menyebut, “Tiada riwayat sahih terbukti daripada Rasulullah (SAW) mewajibkan kita meletakkan tangan kita sama ada di bawah atau di atas pusat kita dalam maksud yg jelas.” Imam Tirmidhi, pengumpul utama Hadith, menunjukkan terdapat riwayat sahih daripada Sahabat dan pengikut mereka menunjukkan pada masa sebahagian daripada mereka memilih untuk meletakkan tangan di bawah pusat, yang lain memilih meletakkan tangan di atas pusat. Imam Ibn Al-Mundhir juga mengesahkan kenyataan diatas. Terdapat juga riwayat daripada Imam Ahmad yang  menunjukkan kedua-dua pandangan, tetapi beliau kelihatan tidak menyukai meletakkan tangan pada dada tetapi cenderung  kepada posisi bawah dada.

Kesimpulannya, anda amat dibenarkan untuk terus meletakkan tangan anda dibawah pusat sebagaimana yang telah di ajar oleh guru anda sendiri.

Terjemahan daripada: The Position of Hands in Prayer

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503549700&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Penterjemah: zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

sumber: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44190&mode=thread&order=0&thold=0

Isu Siti Fatimah Tan Abdullah

May 10, 2008 at 6:54 am | Posted in BERITA | Leave a comment

Oleh: zain-ys

Image Bila berita mengenainya disiarkan semalam, ramai yang terpinga-pinga. Di dalam Berita Harian menyiarkan berita bertajuk: Mahkamah benar Siti Fatimah isytihar keluar Islam

Benarkan isytihar murtad? Apakah semua ini? Sama seperti kes Lina Joy?

Di akhbar-akhbar mahupun melalui berita TV, kelihatan Siti Fatimah Tan bersama peguamnya. Seorang Melayu. Sudah tentu Islam.

Seorang Melayu Islam menjadi peguam Siti Fatimah Tan yang mahu isytihar murtad?

Tambah bingung lagi. Apakah semua ini?

Ramai yang mengenali peguam Siti Fatimah Tan. Beliau ialah Ustaz Ahmad Jailani. Saya juga mengenalinya. Beliau juga mengenali saya.

Banyak sudah tersiar samada di laman web mahupun di blog komen-komen yang tidak senang dengan apa yang berlaku. Sebahagiannya menjadikan Ustaz Ahmad Jailani sebagai sasaran kecaman.

Tadi, ada khutbah Jumaat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang mengulas tentang isu ini. Ustaz Ahmad Jailani sekali lagi menjadi sasarannya. Pelbagai tuduhan itu dan ini dilemparkan.

Image

Sebelum Jumaat, Piyan menelefon saya. Diajaknya saya untuk bersemuka sendiri dengan Ustaz Ahmad Jailani. Bertanya sendiri apa sebenarnya.

Saya kata OK!

Pukul 5.00 petang kami bertemu dengan beliau di pejabatnya. Kredit kepada Piyan atas usahanya hingga berjaya mewancara beliau. Membongkar apa di sebalik isu ini.

Segala-galanya kekusutan terungkai. Segala yang tersembunyi terbongkar. Itulah faedah bertanya kepada yang empunya diri. Bukan berdasarkan andaian itu dan ini.

Wawancara bersama Peguam Ustaz Ahmad Jailani

http://al-qayyim.net/news/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=9

Al-Ikhwan al-Muslimun

May 8, 2008 at 6:29 am | Posted in ARTIKEL | Leave a comment

TA’RIF
Al-Ikhwan al-Muslimun adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman modern ini. Seruannya ialah kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah serta mengajak kepada penerapan Syari’at Islam dalam kehidupan nyata. Dengan tegar gerakan ini telah mampu membendung arus sekularisasi di Dunia Arab dan Islam.

SEJARAH BERDIRI DAN TOKOH-TOKOHNYA
Pendirinya adalah Syaikh Hasan al-Banna (1324—1368 H/ 1906—1949 H). Lahir di sebuah kampung dikawasan Buhairah, Mesir. Ia tumbuh dalam lingkungan keluarga yang taat beragama, yang menerapkan Islam secara nyata. dalam seluruh aspek kehidupannya.

Di samping belajar agama di rumah dan di Masjid, ia belajar pada sekolah pemerintah. Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Dar al-‘Ulum, Kairo dan tamat pada tahun 1927.

Setelah tamat dari Dar al-‘Ulum, ia menjadi guru pada sebuah Sekolah Dasar di Isma’iliyyah. Dari Isma’iliyyah inilah ia memulai aktivitas keagamaannya di tengah-tengah masyarakat, terutama di warung-warung kopi di hadapan para karyawan Proyek Terusan Suez.

Dzul Qa’idah 1327 H/April 1928 M adalah bulan didirikannya cikal bakal gerakan al-Ikhwan al-Muslimun.

Tahun 1932 Hasan al-Banna pindah ke Kairo. Bersama itu pula gerakannya berpindah dari Isma’iliyyah ke Kairo.

Tahun 1352 H/1933 M beliau menerbitkan sebuah berita pekanan Ikhwan yang dipimpin oleh ustadz Muhibuddin Khatib (1303—1389 H/1886—1969 M). Kemudian tahun 1357 H/1938 M terbit majalah al-Nadzir. Lalu menyusul al-Syihab, tahun 1367 H/ 1947 M. Seterusnya majalah dan berita-berita Ikhwan terbit secara teratur.

Pada awal berdirinya, tahun 1941 M; Gerakan Ikhwan hanya beranggotakan 100 orang, hasil pilihan langsung ustadz Hasan al-Banna sendiri.

Tahun 1948 Ikhwan turut serta dalam perang Palestina. Mereka masuk dalam angkatan perang khusus. Peristiwa ini telah direkam secara rinci oleh ustadz Kamil Syarif dalam bukunya ‘AI-Ikhwan al-Muslimun fi Harbi Falasthin’.

Pada tanggal 8 November 1948, Muhammad Fahmi Naqrasyi, Perdana Menteri Mesir waktu itu, membekukan Gerakan Ikhwan dan menyita harta kekayaannya serta menangkap tokoh-tokohnya.

Desember 1948 M, Naqrasyi diculik. Orang-orang Ikhwan dituduh sebagai pelaku penculikan dan pembunuhan tersebut. Ketika jenazah Naqrasyi diusung, pendukung-pendukungnya berteriak-teriak, “Kepala Naqrasyi harus dibayar dengan kepala Hasan al-Banna”. Dan pada tanggal 12 Februari 1949 Hasan al-Banna terbunuh oleh pembunuh misterius.

Tahun 1950 berdasarkan keputusan Dewan Tertinggi Negara, Ikhwan direhabilitasi. Ketika itu Mesir diperintah oleh kabinet al-Nuhas. Dewan tersebut juga memutuskan bahwa pembekuan Ikhwan selain tidak sah, juga inkonstitusional.

Tahun 1950 ustadz Hasan al-Hudhaibi (1306—1393 H/ 1891—1973 M), terpilih menjadi Mursyid ‘Am al-Ikhwan al-Muslimun. Ia adalah salah seorang tokoh kehakiman Mesir. Ia juga berkali-kali ditangkap. Tahun 1954, ia divonis hukuman mati, tetapi kemudian diringankan menjadi seumur hidup. Tahun 1971 ia dibebaskan terakhir kalinya.

Oktober 1951 konflik antara Mesir dan Inggris semakin memuncak. Ikhwan melancarkan perang urat saraf melawan Inggris di Terusan Suez. Peristiwa ini telah direkam oleh Kamil Syarif dalam bukunya ‘AI Mugawamat al-Sirriyyah ftQanat Suwes’

Tanggal 23 Juli 1952, pasukan Mesir di bawah pimpinan Muhammad Najib, bekerja sama dengan Ikhwan melancarkan Revolusi Juli. Tetapi kemudian Ikhwan menolak kerja sama dalam pemerintahan, karena mereka rnempunyai pendapat dan pandangan yang jelas tentang metode revolusi. Jamal Abdunnashir menganggap penolakan tersebut sebagai penolakan terhadap mandat revolusi. Kemudian kedua belah pihak terlibat serangkaian konflik dan permusuhan yang semakin hari semakin tajam. Akibatnya, pada tahun 1954, pihak pemerintah melakukan penangkapan besar-besaran terhadap anggota Ikhwan dan beribu-ribu orang dijebloskan ke dalam penjara. Alasan pemerintah, karena orangIkhwan telah berupaya memusuhi dan mengancam kehidupan Jamal Abdunnashr di lapangan Mansyiyyah, Iskandariyyah. Bahkan pemerintah Mesir telah menghukum mati 6 anggota Ikhwan :
1 Abdulqadir Audah
2. Muhammad Farghali
3. Yusuf Thal’at
4. Handawi Duwair
5. Ibrahim Thayyib
6. Muhammad Abdullathif.

Tahun 1965—1966 bentrokan antara Ikhwan dan pemerintah Mesir terulang kembali untuk kedua kalinya. Pemerintah kembali melakukan penangkapan besar-besaran, melakukan penyiksaan serta memenjarakan anggota Ikhwan. Bahkan tiga orang di antaranya telah dihukum gantung, yaitu:
1. Sayyid Quthb (1324—1387 H/1906—1966 M). Ia termasuk pemikir Ikhwan nomor dua setelah Hasan al-Banna dan termasuk salah seorang tokoh Islam dizaman modern sekarang ini. Ditangkap pada tahun 1954 M dan disekap dalam penjara selama 10 tahun. Tahun 1964, ia dikeluarkan dari penjara atas desakan Presiden Iraq, Abdussalam Arif. Namun tidak lama kemudian, ia diciduk kembali untuk menghadapi hukuman mati. Karya-karyanya sangat terkenal di bidang sastra dan pemikiran Karya-karyanya yang paling monumental antara lain: Tafsir fi Zhilal al-Qur’an dan ma’alim fi al-Thariq, Buku ‘Adalat al-Ijtima’iyyah fi al-Islam dan Khasha’ish al-Tashawwur al-Islami wa Muqawwimatuhu, juga merupakan karyanya yang paling menonjol.
2. Yusuf Hawasi
3. Abdulfattah Isma’il.

Sejak itu Ikhwan bergerak secara rahasia sampai Jamal Abdunnashr meninggal dunia 28 September 1970.

Ketika Anwar Sadat berkuasa, orang-orang Ikhwan mulai dilepas secara bertahap.

Sepeninggal Hudhaibi, Umar Tilmisani (1904—1986 M) terpilih menjadi Mursyid ‘Am Ikhwan. Di bawah pimpinannya Ikhwan menuntut hak-hak jama’ah secara utuh dan mengembalikan hak milik jama’ah yang dibekukan oleh Jamal Abdunnashr. Tilmisani menempuh jalan tidak konfrontatif dengan penguasa dan berkali-kali beliau menyerukan, “Bergeraklah dengan bijak dan hindarilah kekerasan dan extremisme.”

Muhammad Hamid Abu Nashr, terpilih menjadi Mursyid ‘Am setelah Tilmisani. Jalan dan metode yang ditempuhnya sama dengan pendahulunya. .

Di luar Mesir banyak terdapat tokoh-tokoh Ikhwan yang muncul, antara lain :
1. Syaikh Muhammad Mahmud Shawwaf, pendiri dan pengawas umum Ikhwan di Iraq. Karya tulisnya cukup banyak. Setelah pindah .ke Makkah tahun 1959, ia sangat giat menyiarkan Islam di Afrika.
2. Dr. Mushthafa al-Siba’i (1334—1384 H/1915—1964 M), pengawas umum pertama Ikhwan di Suriah. Gelar doktornya diperoleh dari Fakulstas Syari’ah Universitas al-Azhar, tahun 1949. Memimpin beberapa divisi pasukan Ikhwan ke Palestina tahun 1948. Pernah dicalonkan sebagai wakil Ikhwan di Damaskus, tahun 1949. Selain itu ia terkenal sebagai khatib dan orator ulung. Tahun 1954, ia mendirikan Fakultas Syari’ah di Damaskus dan ia menjadi dekan pertamanya. Karya-karyanya antara lain Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri’ al-Islami, Al-Mar’ah baina al-Fiqh wa al-Qanun, Al-Qanun al-Ahwal al-Syakhshiyyah.
3. Gerakan Ikhwan di Yordania berdiri pada tanggal 13 Ramadhan 1364 H/19 November 1945 M. Pimpinan pertamanya ialah Syaikh Abdullathif Abu Qurrah. Ia pernah memimpin sejumlah pasukan Ikhwan Yordania ke Palestina tahun 1948. Selanjutnya tanggal 26 November 1953, ustadz Muhammad Abdurrahaman Khalifah (lahir tahun 1919) terpilih menjadi Ketua Umum Ikhwan di Yordania. Hingga kini beliau masih menduduki posisi tersebut.

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA
Pemahaman Ikhwan terhadap Islam bersifat universal, tidak mengenal adanya pemisahan antara satu aspek dengan aspek lainnya.

Ikhwan berusaha keras memperluas kawasan geraknya sampai menjadi sebuah gerakan internasional.

Berkenaan dengan da’wah Ikhwan, Hasan al-Banna mengatakan, “Gerakan Ikhwan adalah da’wah salafiyah, thariqah sunniyyah, haqiqah shufiyyah, lembaga politik, klub olah raga, lembaga ilmiah dan keburlayaan, perserikatan ekonomi dan pemikiran sosial.”

Selanjutnya Hasan al-Banna menegaskan bahwa ciri gerakan Ikhwan adalah:
1. Jauh dari sumber pertentangan.
2. Jauh dari pengaruh riya dan kesombongan.
3. Jauh dari partai politik dan lembaga-lembaga politik.
4. Memperhatikan kaderisasi dan bertahap dalam melangkah.
5. Lebih mengutamakan aspek amaliyah produktif daripada
propaganda dan reklame.
6. Memberi perhatian sangat serius kepada para pemuda.
7. Cepat tersebar di kampung-kampung dan di kota-kota.

Selain itu Hasan al-Banna menyebutkan karakteristik Ikhwan sebagai berikut :
1. Gerakan Ikhwan adalah gerakan Rabbaniyyah. Sebab, asas yang menjadi poros sasarannya ialah mendekatkan manusia kepada Rabb-nya.
2. Gerakan Ikhwan bersifat alamiyah (Internasional). Sebab, arah gerakan ditujukan kepada semua ummat manusia. Semua manusia pada dasarnya harus bersaudara. Asalnya satu, nenek moyangnya satu dan nasabnya satu. Hanya taqwa yang menentukan seseorang itu lebih dari yang lain. Dari ketaqwaannya akan terefleksi pada kebaikan dan keutamaannya yang utuh dan menyeluruh yang ia berikan kepada orang lain.
3. Gerakan Ikhwan bersifat Islami. Sebab, orientasi dan nisbatnya hanya kepada Islam.

Selain itu Hasan al-Banna menetapkan tingkatan amal yang merupakan konsekwensi logis setiap anggota, yaitu :
1. Memperbaiki diri, sehingga menjadi pribadi yang kuat fisik, teguh dalam berakhlaq, luas dalam berfikir, mampu mencari nafqah, lurus beraqidah dan benar dalam ber’ibadah.
2. Membentuk rumah tangga Islami. Sehingga keluarganya menjadi pendukung fikrah, menghormatinya dan memelihara tatakrama Islam dalam segala aspek kehidupan rumah tangganya sehari-hari.
3. Memotivasi masyarakat untuk menyebarkan kebaikan, memerangi kemungkaran dan kerusakan.
4. Memerdekakan negara dengan membersihkan rakyatnya dari berbagai bentuk kekuasaan asing kuffar di bidang politik, ekonomi ataupun mental spiritual.
5. Memperbaiki pemerintahan sehingga běnar-benar menjadi pemerintahan yang Islami.
6. Mengembalikan eksistensi negara-negara Islam dengan memer
dekakan negerinya dan menghidupkan kembali keagungannya.
7. Menjadi guru dunia dengan menyebarkan Islam ke tengah
tengah ummat manusia, sehingga tidak ada fitnah lagi dan Dien benar-benar hanya milik Allah.

“Dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan Nur (dien)-Nya. ” (QS, al-Taubah : 32).

Tentang tahapan da’wah, Hasan al-Banna membaginya menjadi tiga tahap :
1. Tahap pengenalan
2. Tahap pembentukan
3. Tahap pelaksanaan.

Dalam Risalah Ta’alim, Hasan al-Banna berkata, “Rukun Bai’at kita ada sepuluh. Karena itu hafallah baik-baik. Yaitu faham, ikhlash, ‘amal, jihad. berkorban, tetap pada pendirian, tulus, ukhuwwah dan percaya diri.” Kemudian ia memberi penjelasan terhadap rukun-rukun tersebut. Ia berkata, “Wahai saudaraku yang sejati! Ini merupakan garis besar da’wah Anda. Anda dapat menyimpulkan prinsip-prinsip tersebut menjadi lima kalimat berikut :
1. Allah tujuan kami
2. Rasulullah SAW teladan kami
3. Al-Qur’an dustur kami
4. Jihad j alan kami
5. Mati syahid cita-cita kami yang tertinggi.

Ciri-cirinya dapat disimpulkan pula menjadi lima kata, yaitu : sederhana, membaca Qur’an, shalat, sikap ksatria dan akhlaq.”

Ustadz Sayyid Quthb, dalam bukunya Khashaish al-Tashawwur al-Islami wa Muqawwimatuhu, memberikan gambaran tentang pemahamannya dan pemahaman Ikhwan. Karakteristik konsepsi Islam itu berasaskan kepada
1. Rabbaniyyah
2. Tetap
3. Seimbang
4. Positif
5. Realistik
6. Tauhid.

Setiap karakteristik diberi penjelasan tersendiri secara gamblang dan luas.

Lambang al-Ikhwan al-Muslimun ialah: dua bilah pedang menyilang melingkari al-Qur’an, ayat al-Qur’an ( ) dan tiga kata: haq (kebenaran), quwwah (kekuatan) dan hurriyyah (kemerdekaan).

AKAR PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA
Al-Ikhwan al-1’iluslimun telah mengadopsi da’wah salafiyyah menjadi gerakan da’wahnya. Ia menekankan kepada pentingnya penelitian dan pembahasan terhadap dalil serta pentingnya kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah dan membersihkan dari segala bentuk kemusyrikan untuk mencapai kesempurnaan tauhid.

Da’wah Ikhwan banyak dipengaruhi gerakan da’wah Syaikh Abdulwahhab, Sanusiyyah dan Rasyid Ridha. Pada umumnya da’wah tersebut merupakan kelanjutan dari Madrasah Ibnu Taimiyyah (wafat 728 H/1328 M), yang juga merupakan kelanjutan Madrasah Imam Ahmad bin Hambal.

Ikhwan menerapkan tashawwuf sebagai sarana pendidikan dan peningkatan jiwa seperti pernah dilakukan para ahli tashawwuf terdahulu yang aqidahnya benar dan jauh dari segala bentuk bid’ah, khurafat, menghina diri dan sifat negatif.

Hasan al-Banna merangkum semua pemahaman tersebut dalam da’wahnya. Ditambah pula dengan konsepsi-konsepsi yang sesuai dengan kebutuhan zaman dan lingkungan. Sehingga da’wahnya mampu menghadapi berbagai arus yang melanda Mesir dan kawasan lain.

PENYEBARAN DAN KAWASAN-KAWASAN PENGARUHNYA
Gerakan Ikhwan dimulai di Isma’iliyyah kemudian beralih ke Kairo. Dari Kairo tersebar ke berbagai pelosok dan kota di Mesir. Akhir tahun 40-an, cabang Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000. Tiap cabang memiliki anggota yang cukup banyak.

Gerakan tersebut kemudian meluas ke negara-negara Arab. Ia berdiri kukuh di Suriah, Palestina, Yordania, Libanon, Iraq, Yaman dan lain-lain. Dewasa ini anggota dan simpatisannya tersebar di berbagai penjuru dunia.

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?module=subjects&func=viewpage&pageid=77

Wahabi tidak pernah difatwakan sesat – Menteri

May 8, 2008 at 6:25 am | Posted in BERITA | Leave a comment
Azamin Amin
Thu | May 08, 08 | 2:09:55 pm MYT
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) – Kerajaaan mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa atau memutuskan bahawa fahaman Wahabi yang dipakai sebilangan umat Islam di negara ini sebagai sesat.Demikian jawapan yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Zahid Hamidi (BN-Bagan Datok) kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (KeADILan- Kulim Bandar Baru) berhubung dengan fatwa terhadap golongan Wahabi.

Sungguhpun begitu beliau telah menyenaraikan beberapa nama tokoh ulama di negara yang terdiri daripada golongan Wahabi antaranya Ustaz Abdullah Yassin dan Ustaz Hussein Yee Abdullah.

Semenjak tahun 1985 sehingga 1998 sebanyak enam kali Muzakarah Kebangsaan mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu golongan Wahabi beserta ‘pemuka-pemuka golongan’ itu dan kali terakhir ialah pada 30 Ogos 2007 di Putra Palace bertempat di Perlis bersama dengan Mufti Perlis Dato’ Dr Asri Zainul Abidin.

Mengemukakan soalan tambahan, Zulkifli berkata jika tidak pernah difatwakan sesat mengapa golongan Wahabi ini sentiasa diberi tekanan seperti dilarang memberi ceramah, mengadakan kuliah agama dan ada yang turut ditahan oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri.

“Ustaz Abdullah Yassin pernah dua kali ditahan malah ada kes-kes mahkamah yang melibatkan golongan Wahabi ini. Atas alasan apa dikenakan tindakan sedemikian jika golongan ini tidak pernah difatwakan sesat?” soal Zulkifli.

Menjawab soalan, Zahid menyatakan tindakan tersebut adalah disebabkan golongan tersebut tidak turut serta dan ‘memasuki’ mana-mana mahzab dan sentiasa menjadikan persoalan ‘bidaah’ sebagai satu polemik yang mengundang rasa tidak senang pihak lain khususnya majoriti masyarakat Islam yang bermahzab Syafie.

Ahli Parlimen (PAS Baling Taib Azzamuddin mencelah dengan berpendapat bahawa mana-mana Mufti yang dilantik oleh Majlis Fatwa mahupun Jabatan Perdana Menteri mestilah menyelidiki latar belakang Mufti terseut terlebih dahului memandangkan masyarakt umat Islam di sini merupakan umat Islam yang berfahaman mahzab Syafie.

Bagaimanapun Zahid yang bersetuju dengan pandangan Taib meminta pihak yang ingin membincangkan isu golongan Wahabi mahupun masalah kilafiyah ini membawa isu di platform yang lain dan bukannya di Parlimen. – mns

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14342&Itemid=28

UTeM XCHALLENGE

May 8, 2008 at 6:21 am | Posted in UTeM | 1 Comment

[copy-fly2.jpg]

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.