Yuran Jaminan Pulang Hutang & Hukum Cagaran

May 3, 2008 at 10:38 am | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/  

Soalan

Salam. Apakah hukumnya saya mengenakan comitmen fee kepada adik saya yang ingin meminjam duit? Ia sekadar bertujuan untuk memberikannya rasa lebih tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman itu kemudiannya. Saya berniat kalau dia telah bayar habis semua jumlah pinjamannya, saya akan memulangkan semula semua wang dari yuran komitmen itu.

Soalan dari sistem sms

Jawapan UZAR

Soalan yang bagus dan tujuan serta niat juga tiada sebarang masalah dari sudut Shariah.

Namun meletakkan yuran khusus sebagai yuran komitmen adalah bukan cara yang tepat apabila kita terlibat dalam aqad pinjam meminjam wang.  Ia tidak dianggap riba kecuali jika komitmen fee tetap hangus jika si peminjam membayar semua hutangnya.

Selain itu, dari sudut logik pula kelihatan sedikit janggal kerana adik saudara atau sesiapa sahaja yang ingin meminjam wang cash (tunai) sudah pastilah ia tidak mempunyai wang tunai.

Mungkin ada yang mengatakan yuran itu adalah tambahan dari jumlah pinjaman. Jika itu keadaannya, ia sudah tentu seperti bercanggah dengan tujuan si peminjam yang ketiadaan wang tunai. Untuk menjelaskan lagi keadaan ini, contohnya katalah adik anda ingin meminjam RM2000 tunai. Ini bermakna ia memerlukan jumlah itu untuk menyelesaikan apa jua tujuannya.

Jika saudara meminta adik saudara membayarkan RM200 sebagai yuran komitmen, sudah tentu ini menjadikan pinjaman adik saudara sudah menjadi RM 1800 sahaja. Maka ia sudah tentu tidak menepati objektif peminjam yang inginkan RM2000 tunai.

Benar, memang saudara boleh menaikkan jumlah kepada RM 2200. Tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi, ia bercanggah dengan objketif peminjam, kerana terpaksa pula dia mengeluarkan wang tunainya pula. Padahal dia tidak punyai wang tunai sendiri.

Cara Yang Betul

Cara yang tepat serta diiktiraf oleh Islam adalah konsep ar-rahn atau cagaran.

Iaitu bagi memastikan komitmen peminjam untuk membayar hutangnya, pemberi hutang dibenarkan oleh Shariah untuk meletakkan syarat tertentu yang boleh menguatkan janji orang berhutang untuk menyempurnakan hutangnya.

Caranya adalah dengan meminta orang berhutang meletakkan apa-apa asset yang sesuai dengan nilai pinjamannya sebagai cagaran. Aset yang ingin dicagar perlu melihat syarat berikut ( Al-‘Uqud Al-Musammah, Az-Zuhayli, hlm 362) :-

a- Punyai nilai di sisi Islam dan undang-undang seperti komputer, motorsikal, televisyen, radio dan lain-lain.

b- Bukan benda yang diharamkan sepeti arak, babi, bon riba dan lain-lain sepertinya.

c- Benda yang tidak dimiliki orang yang mencagar.

d- Bukan hutang orang ketiga yang belum sabit statusnya. Ertinya, tidak boleh mencagarkan hutang orang lain yang belum pasti pemulangannya kepada kita sebagai cagaran untuk hutang kita.

Haram  dan dosa besar mencagarkan isteri atau anak perempuan sebagaimana kes yang pernah berlaku di zaman jahiliyah silam dan moden ini.

Sebagai contoh, pinjaman RM 2000, maka adik anda perlu mencagarkan computer peribadinya kepada saudara. Ini menyebabkan computer itu akan berada dalam simpanan saudara. Apabila adik anda gagal menyelesaikan hutangnya, anda dibenarkan untuk menjual computer itu di pasaran dengan harga biasa. Jika saudara Berjaya perolehi RM 2500, baki RM 500 perlu diserahkan kembali kepada adik , manakala RM 2000 adalah milik anda sebagai bayaran hutang yang gagal dibayar tadi.

Jika hasil jualan hanya RM1500, anda masih berhak menuntut baki RM 500.

Selain itu bagi sesiapa yang berkemampuan, Islam juga menggalakkan mereka memberikan tangguh tempoh pembayaran hutang TETAPI DENGAN SYARAT TIADA SEBARANG PENALTI (kerana ia riba)..atau lebih hebat dari itu adalah menghalalkan sahaja jumlah hutang yang gagal di bayar itu.

Ia tercatat dalam firman Allah swt : –

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

30 April 2008

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: