Siapa Pembina Kaabah?

May 6, 2008 at 7:51 pm | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

SOALAN:

siapakah yang membina kaabah….nabi adam atau nabi ibrahim:

JAWAPAN:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Persoalan siapakah yang mula-mula sekali membina Ka’bah merupakan perkara yang diperselisihkan ulama’. Tidak ada dalil yang jelas menunjukkan pembinaan Ka’bah sebelum Nabi Ibrahim as. Bahkan, bukan sahaja khilaf pandangan ini diantara Nabi Adam as dan Nabi Ibrahim as, akan tetapi ada menyatakan bahawa Malaikat yang mula-mula membina Ka’bah sebelum kedatangan Nabi Adam as.

Terdapat didalam satu riwayat oleh Baihaqi yang menceritakan Adam as yang membina Ka’bah, akan tetapi riwayat ini sanadnya Dhaef.

Dalil yang paling jelas menunjukkan Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail membina Ka’bah adalah didalam firman Allah swt :-

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” [Surah al-Baqarah : 127].

Jika dikaitkan Ka’bah dan pembinaan Masjid al-Haram, kita dapat lihat bahawa pembinaannya adalah sekitar zaman Nabi Ibrahim as. Didalam sebuah hadith riwayat Abu Zarr ra. berkata :-

قلت يا رسول الله أي مسجد وضع في الأرض أول ؟ قال : المسجد الحرام ، قال : قلت : ثم أي ؟ قال : المسجد الأقصى ، قلت : كم كان بينهما ؟ قال : أربعون سنة ، ثم أينما أدركتك الصلاة بعد فصلِّ

“Kata berkata : Ya Rasulullah. Masjid mana yang dibina mula-mula sekali diatas muka bumi? Baginda menjawab : Masjid al-Haram. Aku berkata : kemudian yang mana pula? Baginda bersabda : Masjid al-Aqsa. Aku berkata : Berapa jarak masa diantara keduanya? Baginda bersabda : 40 tahun, Maka dimana sahaja kamu berada apabila dating waktu solat, maka bersolatlah” [Hadith Riwayat al-Bukhari #3186, Muslim #520].

Kesimpulannya ialah dalil sahih yang wujud dihapadan kita adalah Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as telah membina Ka’bah. Terdapat hadith dhaef dan cerita Bani Israel yang menceritakan peristiwa pembinaan Ka’bah; misalnya peranan malaikat dsb. Siapakah yang membina sebelum Nabi Ibrahim as dan anaknya, tidak ada dalil sahih yang dapat membuktikannya. WA,

Sekian, wassalam

Sumber :

بناء الكعبة
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528603064

من بنى الكعبة؟
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=17346&Option=FatwaId

PANEL FIQH Al-Ahkam.Net

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35738&sid=79463660a4ad974cb8c0f5b00c4b321e

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: