Posisi Tangan Semasa Solat

May 10, 2008 at 7:00 am | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

Soalan:

 

Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya.

Jawapan:

Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil.

Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-mana yang menolongnya mengekalkan ketaatan dan  khusyuk dalam solat.

Menjawab soalan tersebut, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di  Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan:

Tidak perlu untuk berkeras dalam hal ini, kerana amat dibenarkan untuk meletakkan tangan anda sama ada di bawah pusat sebagaimana di ajarkan oleh mazhab Hanafi, atau di atas pusat sebagaimana di ajarkan oleh mazhab Shafi`i. Dibenarkan juga oleh sebahagian pendapat untuk meletakkan tangan pada dada, atau menjatuhkannya ke tepi, sebagaimana dipegang oleh sebahagian ulama mazhab Maliki.

Amat penting bagi kita mengetahui yang perbezaan dikalangan pelbagai mazhab Fiqh atas hal ini bukannya berpunca kepada pendapat  pelik-pelik daripada imam-imam atau pengasas pelbagai mazhab itu;tetapi kerana berpunca daripada cara mereka belajar amalan dan perlakuan Rasulullah (SAW)  melalui Sahabat baginda sendiri. Dalam kata lain, perbezaan ini berpunca daripada Sahabat Rasulullah (SAW) di mana ajaran mereka para imam itu sampaikan kepada murid-murid.

Ini ialah satu-satunya kesimpulan yang kita dapati jika kita mengkaji perbincangan ulama muktabar yang tergolong daripada pelbagai mazhab dalam hal ini. Contohnya, Imam Ibn Al-Humam, seorang ulama besar mazhab Hanafi, menyebut, “Tiada riwayat sahih terbukti daripada Rasulullah (SAW) mewajibkan kita meletakkan tangan kita sama ada di bawah atau di atas pusat kita dalam maksud yg jelas.” Imam Tirmidhi, pengumpul utama Hadith, menunjukkan terdapat riwayat sahih daripada Sahabat dan pengikut mereka menunjukkan pada masa sebahagian daripada mereka memilih untuk meletakkan tangan di bawah pusat, yang lain memilih meletakkan tangan di atas pusat. Imam Ibn Al-Mundhir juga mengesahkan kenyataan diatas. Terdapat juga riwayat daripada Imam Ahmad yang  menunjukkan kedua-dua pandangan, tetapi beliau kelihatan tidak menyukai meletakkan tangan pada dada tetapi cenderung  kepada posisi bawah dada.

Kesimpulannya, anda amat dibenarkan untuk terus meletakkan tangan anda dibawah pusat sebagaimana yang telah di ajar oleh guru anda sendiri.

Terjemahan daripada: The Position of Hands in Prayer

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503549700&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Penterjemah: zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

sumber: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44190&mode=thread&order=0&thold=0

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: