Musim Inflasi : Jangan Perangkap & Bunuh Diri

July 22, 2008 at 5:31 am | Posted in ARTIKEL | Leave a comment

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Tekanan akibat kenaikan harga minyak semakin kelihatan meracuni pemikiran rakyat berpendapatan sederhana dan rendah sudah tentu. Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi dicatatkan setinggi 7 % pada bulan Jun 2008. Kadar faedah bank pula sudah kedengaran akan menaik sekurang-kurangnya 0.25 % hingga ke 0.5 %. Demikian juga info dari rakan-rakan di bank walaupun ia dikatakan masih tahap ‘cakap-cakap’ sahaja.

Apa yang diperhatikan, mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah terutamanya kelihatan cuba mendapatkan penyelesaian sementara yang kelihatan melegakan, namun hakikatnya ia menawarkan kehancuran dan bala di masa hadapan. Iaitu apabila mereka semakin berjinak-jinak dengan penggunaan kad kredit.

Apatah lagi hari ini individu berpendapatan sekitar RM 1,500 juga sudah layak untuk memiliki kad kredit. Malah, laporan menyebut penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Saya berkata demikian apabila membaca berita berikut :-

“Penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak seluruh negara meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak kerajaan melakukan penstrukturan semula subsidi minyak awal bulan ini.

Penggunaan kad kredit paling ketara adalah bagi urusan pembelian diesel yang kini mencecah 95 peratus, berbanding sebelum ini hanya 80 peratus. Kebanyakan pengguna diesel adalah kenderaan perdagangan.

Berkuat kuasa 4 Jun lalu, harga petrol dan diesel mencatatkan kenaikan masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata pembelian petrol menggunakan kad kredit pula meningkat kepada 75 peratus daripada 55 peratus. “ 

Malah, katanya penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Beliau berkata, kad kredit digunakan kerana mudah dimiliki berikutan syarat kelayakan yang minimum seperti hanya perlu berpendapatan RM1,500.

“Antara sebab peningkatan penggunaan ini ialah pengguna tidak perlu membayar tunai, sebaliknya boleh dijelaskan sebelum tarikh akhir pembayaran kad kredit. ( Sumber )

HANTU KAD KREDIT RIBA

Saya kerap mendedahkan dalam kuliah-kuliah berkenaan pertemuan saya dan rakan-rakan ketika berkhidmat di sebuah bank Islam dengan beberapa pegawai tinggi syarikat pengeluar kad kredit.

Secara terus terang mereka berkata, sasaran dan harapan mereak dari pelanggan adalah agar pelanggan sentiasa lambat bayar dan gagal bayar on time’ sehingga menyebabkan mereka mampu meariah interest yang lebih tinggi. Mereka juga tanpa segan silu mengatakan, kurang gemar dengan pelanggan yang kerap membayar penuh kos kegunaan mereka pada setiap bulan. Bagi mereka orang sebegini patutnya pergi menggunakan kad caj berbanding kad kredit.

Bayangkan, betapa dahsyatnya bisnes kad kredit ini. Ia bisnes cekik darah orang melalui kelemahan manusia lain. Ia juga sentiasa merangsang nafsu membeli pelanggan kerana terasa mudah. Mana tidaknya, mampu membeli tanpa mempunyai atau membawa duit di ketika itu.

Disebabkan itu, saya katakan ia menawarkan kenikmatan sementara tetapi kecelakaan masa depan.

Jika anda masih belum faham maksud saya, setiap kad kredit menawarkan kepada pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM 5000. Justeru pelanggan boleh membeli apa jua selagi jumlah RM 5000 belum dicapai.  Setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pihak pengeluar kad akan beroleh komisyen dari penjual atau pekedai sekitar 1 – 2.5 %. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.  

Kemudian, pihak pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli oleh pelanggan. Dengan demikian telah sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.

Namun hasil target ‘jahat’ si pengeluar kad, mereka MEMBENARKAN pengguna tadi membayar 5 % dari harag yang mereka guna sahaja terlebih dahulu. Bermakna jika, pelanggan guna sebanyak RM 4000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum sebanyak RM200 sahaja. Baki sebanyak RM 3800 DIGALAKKAN oleh pengeluar kad agar pelanggannya melenagh-lengahkannya. INi kerana mereka akan mengenakan interest sebanyak 15-20 % ke atas baki RM3800 itu. Dengan cara ini, meraka akan perolehi untung besar-besaran dan pelanggan akan semakin hampir kepada muflis dan tenggelam dengan hutang dan interestnya.

Inikah yang disukai dan diingini oleh pengguna kad kredit?.. Kelihatan anda mudah sementara di stesyen minyak dan pasaraya namun rupanya anda MENGORBANKANNYA DENGAN MENANGGUNG BEBAN interest sebesar 15-20 % yang amat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.!!!

Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan-tekanan hutang yang semkain menggila dan akhirnya boleh menyebabkan pengguna tertekan dengan begitu dahsyat sehingga macam-macam perkara buruk berlaku. Mungkin salah satu kesannya adalah sebagaimana yang tercatat dari petikan berita di bawah :-

“Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.

Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memberi racun itu kepada anak yang berusia enam tahun selepas seorang lagi menjerit dan menangis sekuat hati.

Difahamkan, hasil siasatan awal, wanita yang mempunyai tiga anak itu memberitahu dia melakukan perbuatan berkenaan KERANA MENGALAMI TEKANAN PERASAAN DAN MENANGGUNG HUTANG YANG BANYAK. ( Sumber

JIKA GUNA TAPI BAYAR PENUH SETIAP BULAN

Saya dapati ramai yang bertanya saya soalan ini. Mereka menggunakan kad kredit namun membayar penuh setiap jumlah kegunaan mereka dalam tempoh 20 hari yang terawal. Dengan cara ini tiada sebarang interest dikenakan, dan tatkala itu kad itu hanya seperti Kad Caj. Adakah halal?

Jawapnya telah saya ulas keputusan Majlis Fiqh dunia dalam artikel lepas. Kesimuplannya IA TETAP HARAM kerana sebagaimana yang diberitahu sebelum ini, setiap pembelian menggunakan kad kredit riba dari bank konvensional ini, pihak bank akan mendapat komisyen sekitar 1 peratus hingga 3 peratus daripada pihak penjual. DENGAN DEMIKIAN, INI JELAS MENUNJUKKAN PENGGUNA MENYOKONG INDUSTRI RIBA UNTUK BERKEMBANG, iaitu dengan memberikan lagi keuatan kepada mereka, lebih kurang sama dengan memberikan upah dan komisyen kepada perompak dan pembunuh atas kerja jahatnya. Bukankah itu dosa yang jelas..

Dosanya sama seperti mereka yang terlibat dengan riba secara langsung. Taubatlah. Tiada lagi alasan untuk menggunakannya, terutama di waktu wujudnya kad kredit Islam dank ad caj Islam yang diiktiraf Visa dan Mastercard, bermakna ia diterima di seantero dunia.

Berfikirlah berlandaskan Islam di musim kaya, miskin dan sukar, nescaya Allah melapangkan jalanmu.

Apa yang perlu dibuat sekarang!!! Ikutilah gambar di bawah jika kad anda adalah kad kredit riba.  Nescaya anda selamat.

Selamat memotong…agar tidak dipotong…

Sambil itu bertaubatlah dari kesilapan dan kelekaan dahulu. Bertaubatlah seikhlasnya sementara nafas masih ada wahai diriku dan sahabatku..Allah maha pengampun. Dengarkan MESEJ YANG AMAT BAIK pesanan melalui nasyid ini.

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: