Sikap diskriminasi Umno punca muzakarah tidak diminati – Nik Aziz

July 24, 2008 at 9:13 pm | Posted in BERITA | Leave a comment
Mohd Nor Yahya
Thu | Jul 24, 08 | 6:59:08 pm MYT
KETEREH, 24 Julai (Hrkh) � Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan beliau tidak berminat untuk bermuzakarah dengan Umno memandangkan banyak penganiayaan yang dilakukan terhadap parti lawan.

 
   
   

Malah kata Menteri Besar Kelantan itu bermuzakarah dengan Umno tidak ada kesudahan dan hanya membuang masa sahaja.

�Kelantan menjadi mangsa diskriminasi pemimpin kerajaan pusat dan terbaru Kementerian Pelancongan menyekat bantuan sebanyak RM8 juta kepada negeri ini bagi membangunkan bandar pelancongan di Rantau Panjang.

�Selain itu sampai sekarang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang bertanggungjawab bagi projek penanaman padi tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri,� katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadumil Ilmi dekat sini, hari ini.

Menurutnya agensi lain di bawah persekutuan termasuk Mara juga menganaktirikan penyokong bukan Umno bagi menyewa premis milik agensi terbabit.

“Baru-baru ini ada penduduk di Tanah Merah diberi borang permohonan untuk menduduki bangunan Mara, tetapi di saat-saat akhir permohonan tersebut ditolak dengan alasan penyokong pembangkang,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai isu pembelian kereta Mercedes Benz oleh kerajaan Terengganu bagi kegunaan Exco dan pegawai kanan beliau mengakui Proton Perdana V6 membabitkan kos penyelenggaraan tinggi.

Namun katanya, kerajaan Kelantan masih lagi menggunakan kereta buatan Malaysia dan Mercedes sedia ada masih digunakan.

Menurutnya kerajaan negeri mendapati kos penyelenggaraan kereta nasional lebih tinggi berbanding kenderaan yang diimport dan sering mengalami kerosakan.

Kata beliau apa yang diperkatakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengenai masalah kereta Proton Perdana memang berasas.

“Kerajaan Kelantan pun pakai Perdana dan Mercedes lama, ada sedikit kelonggaran kita bagi. Namun sering rosak. Kadang-kadang cermin tak boleh naik, kadang-kadang nak tutup tak boleh sedangkan baru keluar dari kilang,” katanya.

Isu pembelian 14 buah Mercedes jenis E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar dan anggota Exco Terengganu dipertikai jemaah kabinet. – mj _

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15987&Itemid=28

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: