AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur’an

July 31, 2008 at 1:54 am | Posted in AL-QURAN | Leave a comment

 
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan (menyebut) Nama Allah yang Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

Segala puji bagi Allah Subhahu waTa’ala (SWT), selawat dan salam ke atas junjungan RasuluLlah shallahu ‘alaihi wassalam (SAW), juga selawat dan salam ke atas kaum keluarga baginda (ahlul bayt), para sahabat, kaum salaf dan sesiapa yang menjejaki sunnah baginda hingga ke penghujung usia alam buana ini.

Siri ini dinamakan Ahkamul Qur:an, yakni tafsir ayat-ayat Al-Qur:an (AQ) dengan penekanan khusus kepada aspek hukum2 fiqih, memandangkan itulah pengkhususan penulis, yakni dalam bidang fiqh Islami.

Sebelum kita memulakan siri yang panjang ini, elok rasanya Penulis memberi sedikit sebanyak mengenai dunia tafsir ahkamul Qur:an yang juga merupakan suatu bab dalam ilmu tafsir.

Pertama: Istilah
Tafsir ahkamul Qur:an bermaksud pentafsiran AQ yang lebih berorientasikan kepada ayat-ayat hukum atau fiqih. Ia bukanlah suatu yang bid’ah atau baru kerana tafsir ahkam atau tafsir fiqih sebenarnya satu bab dari tafsir bil makthur atau tafsir para salaf. (Zarkasyi, al-Burhan fii Uloom al-Qur:an, Lebanon, Daar alKutub al-Ilmiyah/13)
Seperti yg kita tahu, AQ mengandungi pelbagai variasi ayat, ada ayat2 yg dikategorikan sebagai ayat2 akidah, ada ayat2 qashash atau ayat2 mengenai kisah-kisah silam, ayat2 sains (kauniah), ada kelompok ayat2 akhlak dan kelompok ayat2 ahkam yaitu ayat2 yang mengandungi hukum2 fiqih atau ayat halal dan haram ( Ibn Jazzi, Kitab alTashil li Uloom al Tanziil, Lebanon: darul Fikir/17)

Kedua: Jumlah ayat hukum atau fiqih dalam AQ
Tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana ianya isu khilaf di kalangan mufassir. Tinjauan rawak, kita paparkan khilaf bilangannya:
150 ayat ahkam (Thantawi Jawhari)
200 ayat (Ahmad Amin, pengarang Dhuha ul Islam)
228 ayat (syaikh Abdul Wahab Khalaf)
400 ayat (alQadhi Ibn al-Arabi alMaliki)
500 ayat (Imam alGhazali, al-Razi, al-Jazzai dan Ibn Qudamah)
900 ayat (Ibn Mubarak)
1000 ayat (dr Wahbah Zuhaili)
1100 ayat (Imam Abu Yusof)

Ketiga: Perkembangan Tafsir Ahkam
Mufassir pertama AQ ialah Nabi SAW dan beliaulah yang berautoroti mentafsir hukum-hakam dari AQ: dalilnya:
AQT5. 67. “Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. ”
AQT 16:44 “Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur’an, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan, Ya’ni: perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Qur’an.”
Manakala para sahabat yg terkenal sebagai mufassir ahkamul qur:an ialah khulafa arrasyidin, Ibn Abbas, Ibn Mas’ood dan Abu Musa al-Asy’ari (semuanya RA)
Period tabi’in yang masyhur dgn kepakaran ilmu tafsir ahkam ialah murid2 Ibn Abbas di Mekah (Mujahid, Sa’id bin Jubair, Ikrimah), di Kufah ialah murid2 Ibn Mas’ood (alQamah, asySya’bi dan Ibrahim Nakha’iy) dan di kota Madinah sendiri seperti Malik bin Anas, adDhahak, al-Rabi’ bin Anas, dll.
Manakala period awal pembukuan tafsir, tafsir ahkam adalah dipelopori oleh Ibn Hibban al-Busti (w. 203H), dan Ibn Jarir atTabari (w 310H).
Keempat: Tafsir Ahkam yang popular
1. ahkamul Qur:an alJasysyah oleh Imam Abu Bakar Ahmad al-Jasysyah (w. 370H). Kitab 3 jilid ini dan ia amat dipengaruhi oleh mazhab pengarangnya yakni madzhab Hanafi
2. Ahkamul Qur:an oleh Ibn al-Arabi. Kitab 4 jilid ini dikarang oleh alQadhi Cordova, al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Abdillah (w. 543H). Ia adalah kitab tafsir yang amat berkualiti, walapun pengarangnya bermadzhab Maliki tapi beliau mentafsir secara muqaran (perbandingan) dgn mengemukakan pendapat semua Imam.
3. al-Jaami’ li Ahkamul Qur:an oleh al-Imam Abu Abdillah Muhammad al-Qurthubi (w. 671H). Ia amat tebal, ada cetakan dalam 10 jilid dan ada dalam 22 jilid. Ia adalah sebuah tafsir yg monumental dan amat bermutu.
4. Tafsir Fath alQadir oleh Imam Muhammad bin Ali al-Syaukani (w. 1250H) setebal 5 jilid juga merupakan sebuah kitab tafsir ayat ahkam.
5. Tafsir alMaraghi oleh Grand syaikh of al-Azhar (w. 1945) setebal 10 jilid.
6. tafsir Ayatul Ahkam oleh Dr Muhammad Ali al-Sais, w. 1976 setebal 1 jilid, mukasurat 814. Asalnya ia adalah teks kuliah fakulti syari’ah al-Azhar akhirnya diterbitkan dalam bentuk kitab.
7. Tafsir al-Munir oleh Prof Dr Wahbah azZuhaili, dekan universiti Damsyiq, sekarang, setebal 16 jilid.

Maka berasaskan kitab2 tafsir ahkam inilah, maka kita akan terbitkan secara bersiri, siri tafsir ahkam al-Qur:an cyber pertama di AFN

next..tafsir surah al-Fatihah siri 1

oleh: Sheikh Tuan Hassan Tuan Lah-thtl (www.al-fikrah.net)

sumber: http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=4039.html#4039

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: